KUALA LUMPUR: Harga lantai baharu bagi mengerjakan ibadah umrah untuk 12 hari 10 malam kini ditetapkan sebanyak RM6,900.
Kenaikan itu menandangkan terdapat peningkatan kos susulan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP), sama ada di pihak Arab Saudi atau kerajaan Malaysia.
Perkara itu diumumkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi satu kenyataan hari ini.
Kali terakhir penetapan harga lantai atau kos minimum dibuat ialah pada 2016, iaitu pada paras harga RM4,900.
"Antara faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan kos adalah bilangan kapasiti di dalam bilik penginapan di Arab Saudi, kapasiti pergerakan pengangkutan yang membenarkan 50 peratus dari jumlah kapasiti sebenar dan pengurusan mutawif serta ujian swab COVID-19.
"Harga lantai akan disemak semula apabila wabak COVID-19 diisytiharkan berakhir dan keadaan sudah kembali normal, yang mana kekangan SOP tidak lagi dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia dan Arab Saudi," menurut MOTAC dalam kenyataan tersebut.
BACA: Solat dengan kapasiti penuh di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bermula Ahad
BACA: Selepas Masjid Nabawi, air zamzam kini disediakan di Masjidil Haram
Tambah MOTAC, harga itu juga merupakan panduan bagi pihak kementerian dalam melaksanakan pemantauan terhadap industri umrah.
Ia juga boleh dijadikan panduan oleh orang ramai dalam membuat pertimbangan bagi memilih syarikat pengendali umrah yang sesuai dengan bajet mereka.
"Orang ramai perlu mengambil langkah berhati-hati jika didapati harga yang ditawarkan terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada yang telah ditetapkan bagi mengelak kes-kes penipuan pakej umrah," kata MOTAC.
Justeru, orang ramai boleh menghubungi pejabat MOTAC negeri atau melayari laman web rasmi MOTAC bagi mengenal pasti syarikat-syarikat yang telah dilesenkan.
Ketika ini, terdapat 444 buah syarikat pengendali umrah yang berlesen di bawah MOTAC.
Perdana Menteri Malaysia pada 15 Okt lalu mengumumkan kebenaran bagi pergerakan Keluarga Malaysia ke luar negara untuk mengerjakan umrah bermula 18 Okt (esok).
Ia setelah selama dua tahun ibadah umrah tidak dapat dilakukan akibat penutupan sempadan negara dan larangan oleh negara Arab Saudi untuk mengerjakan haji dan umrah kepada semua negara.
Astro Awani
Sun Oct 17 2021

Orang ramai diminta berhati-hati jika didapati harga mengerjakan umrah yang ditawarkan terlalu rendah atau terlalu tinggi daripada yang ditetapkan. - Gambar hiasan/Twitter Haramain Sharifain
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

PERKIM Datuk Keramat taja mualaf cemerlang tunai umrah
Pengerusi PERKIM, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mahu menyuntik semangat golongan mualaf mempelajari Islam.

Anwar, Wan Azizah tunai umrah, titip doa kesejahteraan bumi Palestin
Anwar bersama Wan Azizah menunaikan ibadah umrah di tanah suci Makkah hari ini, selepas menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar OIC di Riyadh.

'Allah jaga semua' - Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin tunai umrah lagi, tinggalkan 3 anak
Syatilla yang memuat naik foto mereka bersama cahaya mata di lapangan terbang meminta agar semua mendoakan perjalanannya.

Arab Saudi mulakan pengeluaran e-visa umrah
Ia sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.

Arab Saudi lancar mekanisma baharu permohonan visa lawatan peribadi, tunai umrah
Permohonan visa ini boleh dibuat secara elektronik di platform visa dan prosesnya sangat mudah dan senang.

Puteri Sarah bawa dua anak tunai umrah, kelibat Syamsul Yusof tidak kelihatan
Hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail selain ahli keluarga Sarah dilihat hadir ke KLIA.

Sambut baik kebenaran umrah, SAFTTA sedia bincang SOP
Pemakluman awal itu memudahkan pihaknya berurusan semula dengan jemaah terutama berkenaan jadual perjalanan.

Ibadah umrah dibenarkan semula bermula 8 Februari - Nancy
Keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat memanjangkan tempoh penggantungan perjalanan ibadah itu.

Kos minimum ibadah umrah naik kepada RM6,900 - MOTAC
Menurut MOTAC, penetapan kali terakhir harga lantai dibuat pada tahun 2016 iaitu pada paras harga RM4,900.

Kebenaran tunai umrah dijangka diberikan dalam tahun ini - Zulkifli
Rakyat Malaysia dijangka dibenarkan mengunjungi Arab Saudi termasuk menunaikan ibadah umrah dalam tahun ini.