SEREMBAN: Terdapat 901 peniaga Bazar Ramadan Rahmah (BRR) telah berdaftar dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi melaksanakan inisiatif Menu Rahmah setakat ini, kata Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Salahuddin berkata susulan sambutan mengalakkan itu kementerian bercadang untuk membangunkan pangkalan data yang lebih komprehensif bagi memperluaskan Menu Rahmah untuk dipasarkan di pasar malam dan pasar harian.
"Kita menjangkakan dengan sistem pendaftaran yang lebih efisyen, promosi dapat dipergiatkan, saya jangkakan pada tahun depan jumlah peniaga akan meningkat sekali ganda lagi.
"Kementerian akan pastikan bahawa peniaga ini dapat meneruskan aktiviti mereka dan saya yakin ia dapat dilakukan di Bazar Ramadan, pasar malam atau pasar harian," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan mesra dan melancarkan BRR dan Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (REDI) Peringkat Negeri Sembilan di BRR Bandar Prima, Senawang, di sini, hari ini.
Salahuddin berkata menerusi usaha itu kementerian akan mengadakan libat urus dengan peniaga terlibat dan peniaga akan diberikan kursus jangka pendek untuk membantu meningkatkan jualan mereka serta berbincang mengenai bantuan yang dapat disalurkan kepada peniaga.
Dalam pada itu, Salahuddin berkata pihaknya turut menerima keluhan daripada beberapa peniaga yang mengalami masalah penjualan makanan Menu Rahmah ini namun pada skala yang kecil.
"Saya ada mendengar keluhan itu, kita hantar pegawai berjumpa dan temu bual mereka, boleh dikatakan yang mengadu itu kes terpencil kerana melalui pemerhatian kita, mungkin lokasi penyediaan menu belum dikenali dan perkara itu diambil perhatian supaya dapat pergiatkan promosi menu tersebut," katanya.
Terdahulu, Salahuddin turut menyampaikan sumbangan Bakul Rahmah iaitu sepersalinan pakaian kepada 50 anak yatim dan asnaf serta menyampaikan sumbanganSuruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kepada 10 asnaf dari Taman Satria Senawang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023

Salahuddin berkata susulan sambutan mengalakkan itu kementerian bercadang untuk membangunkan pangkalan data yang lebih komprehensif bagi memperluaskan Menu Rahmah untuk dipasarkan di pasar malam dan pasar harian. - Foto BERNAMA

Sidang kemuncak Arab di Kaherah terima pelan pembinaan semula Gaza Mesir sebagai inisiatif 'bersatu'
Kenyataan akhir sidang kemuncak menetapkan bahawa pelan dikemukakan oleh Mesir sebagai satu rancangan komprehensif Arab.

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

KPDN laksana Ops Pantau sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri
Operasi itu dilaksana di seluruh negara dengan tumpuan di bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.