KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap lebih banyak syarikat perhotelan akan menyertai inisiatif 'Payung Rahmah' dengan menawarkan pakej tertentu bagi membantu meningkatkan pertumbuhan sektor pelancongan domestik.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, setakat ini dua hotel telah menyertai inisiatif tersebut iaitu Hotel Elopura di Sandakan, Sabah dan Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur.
"Pakej ini adalah satu tarikan yang sangat bernilai bagi mereka yang hendak datang ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah, tetapi pada masa sama dapat meningkatkan pertumbuhan industri perhotelan dan pelancongan domestik.
"Jadi dengan usaha ditunjukkan oleh hotel-hotel ini, kita mengharapkan supaya banyak lagi syarikat perhotelan akan dapat menyediakan Pakej Rahmah seperti ini dalam apa jua bentuk dan tidak semestinya hanya pada Ramadan," katanya.
Terdahulu, dalam ucapannya, Salahuddin memaklumkan mahu menjadikan usaha membantu meringankan beban rakyat, sebagai satu sistem di negara ini.
"Semalam dalam pasca mesyuarat Kabinet, saya telah melontarkan pandangan kepada rakan-rakan sepasukan supaya kerajaan memulakan usaha untuk membina satu sistem dalam apa bentuk sekali pun bagi meneruskan kerja-kerja kebajikan (usaha bantu ringankan beban rakyat).
"Ini penting supaya kebajikan rakyat yang memerlukan tidak dipinggirkan dengan kita akan memastikan bantuan yang diberikan mudah, berlandaskan satu sistem yang telus mengikut data-data kementerian berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Salahuddin Ayub berkata, setakat ini dua hotel telah menyertai inisiatif tersebut iaitu Hotel Elopura di Sandakan, Sabah dan Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur. -Gambar fail/Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Konsep Payung Rahmah diperluas dengan penyertaan swasta, industri - Armizan
Melalui inisiatif berkenaan, pihak swasta dan industri boleh memperkenalkan sebarang program berbentuk ihsan kepada komuniti serta pekerja seperti pemberian diskaun, rebat dan pulangan tunai.

Inisiatif Payung Rahmah diteruskan sebagai agenda nasional negara
Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diteruskan kerana ia merupakan agenda nasional negara.

Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terima kasih semua, legasi Payung Rahmah akan terus diperjuangkan
KPDN yakin semua usaha-usaha serta sumbangan Allahyarham akan terus diperjuangkan sebagai legasi yang hidup sepanjang zaman.

Keperibadian tinggi Salahuddin dikenang rakan Kabinet, pemimpin politik
Salahuddin akan dikenang sebagai pemimpin berjiwa besar dalam menjalankan tugas khususnya bagi meringankan beban serta kos sara hidup rakyat menerusi inisiatif Payung Rahmah.

Belasungkawa: 'Rahmah adalah Salahuddin, Salahuddin adalah Rahmah' - Prof Siva
Susur galur dan pengalaman Allahyarham dalam bidang politik juga memberi paparan bahawa beliau seorang pemimpin yang mengetahui apa yang berlaku di peringkat bawah.

Salahuddin Ayub pejuang kos sara hidup rakyat
Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dikenang sebagai pejuang rakyat terutama dalam isu kenaikan kos sara hidup dengan memperkenal pelbagai inisiatif di bawah 'Payung Rahmah'.

Kempen 'Kasih Sayang Ibu dan Si Manja' di bawah inisiatif Payung Rahmah dilancarkan
KPDN hari ini melancarkan kempen 'Kasih Sayang Ibu dan Si Manja' di bawah Inisiatif Payung Rahmah, anjuran pasar raya Mydin bagi mengurangkan beban ibu bapa dalam membeli barangan keperluan anak-anak.

Lebih sejuta rakyat nikmati inisiatif Payung Rahmah sejak diperkenalkan - Salahuddin
Lebih sejuta rakyat di negara ini khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar telah menikmati manfaat inisiatif Payung Rahmah.

Inisiatif Payung Rahmah terbukti berjaya stabilkan inflasi - Salahuddin
Kedudukan inflasi dengan trend mereda bagi Subkumpulan Makanan di Luar Rumah iaitu pada kadar 8.1 peratus turut disumbangkan oleh pengenalan Menu Rahmah pada 31 Jan lepas.