IPOH: Sebuah kilang memproses biskut di Taiping berdepan tindakan undang-undang kerana gagal mengemukakan permit berkaitan barang kawalan gula yang merupakan barang berjadual di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Pengarah KPDN Perak Datuk Kamalludin Ismail berkata, premis itu juga disyaki menyimpan barang kawalan tersebut tanpa kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia.
Menurutnya, kesalahan itu dikesan hasil pemeriksaan sepasukan anggota penguat kuasa daripada Taiping, ke premis berkenaan, pada Khamis.
“Sehubungan itu, satu tindakan kes telah diambil di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan barang kawalan iaitu gula pasir kasar sebanyak 400 kilogram serta dokumen berkaitan telah disita.
“Nilai keseluruhan barang rampasan adalah dianggarkan berjumlah RM1,464,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Kamalludin berkata, KPDN memandang serius peniaga yang melakukan kesalahan melibatkan barang kawalan yang diselia di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
Menurutnya, tindakan tegas akan diambil sekiranya gagal mematuhi perundangan yang ditetapkan di bawah akta yang dikuatkuasakan oleh KPDN.
Katanya, pengguna boleh menyalurkan sebarang kepada KPDN untuk tindakan selanjutnya melalui saluran-saluran yang disediakan.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jul 12 2024

KPDN mengesan kesalahan dilakukan di sebuah kilang memproses biskut, termasuk gagal mengemukakan permit berkaitan gula, ketika menjalankan pemeriksaan ke atas premis berkenaan pada Khamis. - Foto KPDN Perak

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

KPDN Perak sita 400kg gula di kilang biskut
Premis itu juga disyaki menyimpan barang kawalan gula tanpa kebenaran Pengawal Bekalan Malaysia.

Lagi kilang biskut di Taiping diserbu KPDN, guna logo halal tidak sah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak melakukan serbuan terhadap sebuah kilang biskut di Taiping yang menggunakan sijil halal tamat tempoh, semalam.

Kilang biskut guna logo halal tidak sah kena serbu
Sebuah kilang memproses biskut di sini, diserbu pada Khamis kerana menggunakan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan.

KPDNHEP Kedah ambil tindakan kilang biskut guna logo halal meragukan
Kilang yang terletak di Bukit Pinang itu diserbu penguat kuasa KPDNHEP bersama pegawai JHEAIK pada jam 11 pagi.

KKM jalankan verifikasi terhadap kilang biskut popular
Setiap premis pengeluaran makanan di Malaysia diwajibkan melaksanakan program jaminan keselamatan makanan.