PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan industri francais negara berkembang antara 20 hingga 30 peratus tahun ini, didorong prospek yang memberangsangkan terhadap sektor itu walaupun berdepan cabaran ekonomi semasa.
Ketua Setiausaha kementerian (KSU) Datuk Azman Mohd Yusof berkata sasaran itu boleh dicapai sekiranya semua pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan membantu sektor francais untuk berkembang dengan menawarkan inisiatif yang bersesuaian.
"Ini (sasaran pertumbuhan) boleh berlaku dengan syarat semua pihak memainkan peranan untuk sama-sama mengusahakan bentuk-bentuk inisiatif yang baik kepada kumpulan francais ini tidak kira KPDN, pihak berkuasa tempatan atau kementerian lain.
"Kalau di luar negara, kita harap kementerian terlibat dapat membantu francais kita berurusan dengan lebih mudah," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran outlet Oldtown White Coffee di IOI City Mall di sini pada Sabtu.
Azman berkata KPDN akan terus memberi sokongan penuh kepada sektor francais termasuk mempermudah proses-proses (perniagaan), mengatasi masalah birokrasi selain bekerjasama dengan kementerian lain untuk membantu sektor itu berkembang maju.
"Dalam proses ini melibatkan beberapa agensi yang lain kerana sekiranya hendak mewujudkan outlet ini, berkemungkinan terlibat dengan agensi lain. Kita terlibat dengan memberi lesen. Mungkin kita akan bersama-sama agensi kerajaan untuk membicarakan semula apa yang boleh kita permudahkan.
"Inilah caranya kita menyahut seruan kerajaan kali ini untuk membantu masyarakat yang terkesan dengan kos sara hidup. Kita juga memastikan bidang ekonomi tidak terkecuali," katanya.
Terdahulu, Azman dalam ucapannya berkata KPDN selaku kementerian yang bertanggungjawab kepada industri francais Malaysia akan terus memberi sokongan penuh kepada penglibatan masyarakat dalam sektor itu termasuk usahawan yang ingin menaik taraf perniagaan kepada sistem francais.
"Dalam usaha untuk membantu usahawan dan masyarakat umumnya, kementerian akan melaksanakan inisiatif untuk mengawal kenaikan harga barang dan merangka pemberian subsidi bersasar untuk meringankan kos sara hidup.
"Saya yakin industri ini dapat berkembang dengan lebih cemerlang pada masa akan datang dengan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak," katanya.
Azman berkata program promosi perniagaan francais di dalam dan luar negara juga akan terus dipergiatkan bagi menyokong penggiat dan usahawan francais untuk mempromosikan perniagaan dan bersama-sama menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi negara.
Naib Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA) Mohamad Shukri Salleh pula berkata sehingga Disember tahun lepas, sebanyak 1,154 jenama francais telah berdaftar dengan kementerian.
Beliau berkata ketika ini jenis perniagaan francais yang mewakili sektor francais adalah makanan dan minuman, peruncitan dan perkhidmatan.
Beliau berkata MFA sentiasa bekerja seiring dengan kementerian dan menjadi pendokong kepada kerajaan sejak dahulu sehingga kini, selain turut mempromosikan industri francais dalam bentuk jerayawara serta pameran di dalam dan luar negara.
"Kita juga bersama-sama KSU telah mengenal pasti beberapa negara dan francaisor yang berkelayakan untuk kita bawa ke luar negara kerana bukan sewenang-wenangnya kita bawa. Kita akan ambil kekuatannya (francaisor) untuk dibawa ke luar negara.
"Kalau kita berjaya di luar negara, kita dapat membawa balik banyak royalti masuk ke Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 08 2023

Azman bercakap kepada pemberita pada majlis pelancaran outlet Oldtown White Coffee di IOI City Mall, Putrajaya, 7 Jan 2023. --fotoBERNAMA

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Lebih 50 usahawan bimbingan RichWorks capai jualan hingga RM500 juta setahun
Lebih 50 usahawan Titanium bimbingan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencapai jualan RM10 juta hingga RM500 juta setahun.

NADI pelengkap usaha Sarawak beri kemudahan internet kepada rakyat
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menjadi pelengkap usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan internet kepada rakyat terutama di luar bandar.

Bebaskan peniaga kecil daripada gambaran salah mengenai AI - Pakar
Peniaga-peniaga kecil perlu diberikan gambaran yang tepat mengenai keupayaan kecerdasan buatan (AI) mentransformasikan perniagaan mereka.

Mangsa dakwa ditipu pempengaruh, usahawan pelancongan diminta buat laporan polis
Polis meminta orang ramai yang menjadi mangsa penipuan pempengaruh dan usahawan agensi pelancong yang beroperasi di Korea Selatan untuk tampil membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

Majoriti kanak-kanak GISB di perak telah dituntut keluarga - Exco
Sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Perak telah dituntut ahli keluarga masing-masing.

Banjir: Kerajaan akan ambil kira kawasan selamat dan tinggi untuk bina sekolah baharu
Kerajaan akan mengambil kira kawasan yang selamat dan tinggi bagi pembinaan sekolah baharu pada masa hadapan sebagai langkah memastikan bangunan sekolah kekal kondusif dan selamat.

Khairul Aming belum pulih, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut
Khairul Aming, dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak pulang dari Misi Bantuan Orang Baik di Kelantan baru-baru ini.

Industri agrikultur: Syarikat tempatan, Taaveekun, tembusi pasaran Thailand
Kumpulan Taaveekun terus mengukuhkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila pusat jualannya di Hatyai, Thailand, meraih pensijilan Q Shop.

China, Malaysia perlu tingkatkan komunikasi, penyelarasan dalam pelbagai isu - Duta
China dan Malaysia perlu meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dalam isu antarabangsa dan serantau dan menyokong satu sama lain dengan baik.