KANGAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tegas melaksanakan penguatkuasaan arahan larangan menjual diesel dan petrol RON95 secara berulang dalam usaha mengekang kegiatan penyeludupan minyak itu sekali gus menangani isu ketirisan subsidi minyak berkenaan.
Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN Datuk Azman Adam berkata untuk itu, surat arahan kepada semua pengusaha stesen minyak di Perlis mengenai larangan penjualan minyak tersebut secara berulang pada hari sama telah diserahkan kepada mereka yang berkuat kuasa serta-merta selepas Kelantan.
"Arahan Pengawal ini dikeluarkan berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 12A, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 berhubung larangan menjual diesel dan petrol RON95 secara berulang dalam hari yang sama kepada kenderaan berpendaftaran Malaysia dan asing yang berkuat kuasa serta-merta.
"Arahan ini terpakai kepada kesemua 39 stesen minyak dan pemegang lesen runcit bahan api diesel dan semua gred petrol bagi negeri Perlis," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Arahan Pengawal Bekalan kepada 39 pemilik stesen minyak di Perlis di sini hari ini.
Azman berkata jika didapati pengusaha stesen minyak itu ingkar serta bersubahat dengan pihak yang melakukan penyelewengan minyak itu, mereka bakal dikenakan tindakan penggantungan atau pembatalan lesen.
Beliau berkata pegawai KPDN juga akan berada di stesen minyak yang menjadi lokasi panas selain kamera litar tertutup (CCTV) untuk pemeriksaan semula bagi mengesan sekiranya berlaku sebarang aktiviti penyelewengan minyak bersubsidi itu.
Dalam pada itu, beliau berkata sebanyak 22,306 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh negara menerusi OPS TIRIS 3.0 bagi tempoh 1 Jan sehingga 25 Jun lepas dengan daripada jumlah tersebut sejumlah 1,156 kes diambil tindakan melibatkan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM64.84 juta yang membabitkan 397 tangkapan.
"Di bawah pelaksanaan OPS TIRIS 3.0 juga, KPDN telah menempatkan pegawai penguat kuasa di lapan lokasi pintu masuk sempadan negara iaitu negeri Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sehingga penubuhan Single Border Agency (MCBA) bagi membanteras ketirisan dan aktiviti penyeludupan barangan kawalan dan bersubsidi.
Selain itu, Azman berkata berdasarkan statistik penguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara bermula 20 Jan sehingga 25 Jun lalu, sebanyak 31,076 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah itu, terdapat sebanyak tujuh kes.-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024

Azman berkata jika didapati pengusaha stesen minyak ingkar serta bersubahat dengan pihak yang melakukan penyelewengan minyak itu, mereka bakal dikenakan tindakan.- Gambar fail/Bernama
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.

Krismas: 14 barangan di bawah Skim Harga Maksimum
Armizan berkata, penguatkuasaan itu akan berlangsung selama lima hari bermula 23 Disember ini.

KPDN teliti mekanisme kesan ketirisan rantaian minyak masak
KPDN melihat mekanisme seperti batch number atau nombor siri sebagai kaedah pengesanan bagi menyekat aktiviti penyeludupan minyak masak bersubsidi.

KPDN perkenal dua strategi interim lindungi hak pengguna sebelum Lemon Law dimuktamad
Armizan berkata ketika ini melalui perundangan sedia ada, platform untuk pengguna menuntut hak mereka ialah Tuntutan Tribunal Pengguna Malaysia (TTPM).

KPDN pastikan Orang Asli tidak terputus barangan keperluan asas
Antara langkah dilaksanakan termasuk Jualan Rahmah di perkampungan masyarakat itu yang menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

Pengusaha stesen minyak di Kedah dilarang jual diesel, petrol berulang
Arahan itu telah diserahkan kepada semua pengusaha stesen minyak di negeri ini dalam satu pertemuan pagi tadi.

KPDN tetapkan lokasi bekalan minyak masak paket subsidi, kekang ketirisan - Armizan
Sebelum ini, syarikat pembungkusan dibenarkan menentukan lokasi pengedaran atau membuat penghantaran bekalan minyak masak mengikut permintaan.

Muat turun aplikasi 'Price Catcher' untuk bantu KPDN atasi kenaikan harga mendadak - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa Komuniti MADANI untuk memuat turun aplikasi "Price Catcher" bagi membantu menangani masalah kenaikan harga barang yang mendadak.

Peniaga medan selera berdepan tindakan jual minyak masak bersubsidi kepada warga asing
Peniaga berusia lewat 50-an itu ditahan dalam operasi penyamaran yang dilakukan anggota penguat kuasa KPDN kira-kira jam 11 pagi tadi.

KPDN tahan penjaga stor, sita 4,000 liter diesel bersubsidi di Tawau
Pasukan penguat kuasa KPDN menemukan 2,000 liter minyak diesel di dalam 18 tong dram serta 2,000 liter di dalam tangki treler disyaki untuk diseleweng.