Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pahang menggerakkan 50 pegawai penguatkuasa bagi memantau harga barang kawalan di seluruh negeri ini sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2019.
Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Alwi Abdul Hamid berkata sebanyak 12 jenis barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Tahun Baharu Cina 2019 yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula 30 Jan dan berakhir pada 8 Feb.
Beliau berkata kesemua pengawai berkenaan akan melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga, pemborong dan peruncit mematuhi harga yang ditetapkan.
"Tindakan tegas akan dikenakan kepada peniaga sekiranya mereka cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang semata-mata untuk mengaut keuntungan lebih sempena perayaan ini," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran skim berkenaan di Pasaraya Pantai Selamat di sini, pada Khamis.
"Selain memeriksa tanda harga dan aktiviti pencatutan, kita juga akan memastikan peniaga menggunakan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan kawalan bagi membolehkan pengguna membezakan jenis barangan berkenaan," katanya.
Alwi berkata barang kawalan itu adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kobis bulat import, bawang putih import, ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi mengikut jenis.
Beliau berkata peniaga juga digalakkan untuk menjual barang pada harga lebih rendah daripada harga kawalan sekiranya harga yang diperoleh lebih rendah walaupun 12 harga barangan berkenaan telah ditetapkan.
Alwi berkata orang ramai boleh membuat aduan mengenai peniaga yang tidak mematuhi skim harga yang ditetapkan dengan melayari e-mel ke [email protected], talian 03-80008000 di 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) atau melaporkan di mana-mana pejabat KPDNHEP seluruh negeri.
Katanya individu yang didapati bersalah menjual barang kawalan melebihi harga maksimum yang ditetapkan akan dikenakan denda sebanyak RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutuan 2011.
Bagi syarikat pula, mereka boleh didenda sehingga RM500,000 atau kompaun sehingga RM250,000.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 31 2019
![KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61466136432_ayampasar.jpg)
Antara barang kawalan itu adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur ayam gred A, B dan C, kobis bulat import, bawang putih import, ikan bawal putih, udang putih besar dan daging babi. - Gambar fail
![Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739656099_TBSydney.jpg)
Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Prabowo rancang 15 projek mega teruskan dasar hiliran Jokowi
Prabowo menjelaskan bahawa usaha hiliran sumber semula jadi bagi meningkatkan nilainya selaras dengan misi utama pentadbirannya.
![Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739655954_TBAaronAgoDagang.jpg)
Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.
![Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2 Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739655416_TBChallengeCup.jpg)
Dihukum kad merah, Selangor FC tetap benam PDRM FC 3-2
Selangor dan PDRM seterusnya akan bertemu sekali lagi bagi final kedua pada 22 Feb ini di venue yang sama.
![MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739654077_TBAmirHamzah.jpg)
MOF jangka peruntukan Kampung Angkat MADANI dibelanjakan sepenuhnya tahun ini
Peruntukan itu, yang diumumkan dalam Belanjawan 2024, bertujuan merapatkan jurang antara desa dan bandar dengan menyediakan kemudahan diperlukan.
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61466136432_ayampasar.jpg)
KPDNKK Pahang tempat 50 pegawai pantau harga sempena Tahun Baru Cina
Sebanyak 12 jenis barang diletakkan di bawah Skim Kawalan Harga Tahun Baharu Cina 2019 yang berkuatkuasa selama 10 hari bermula 30 Jan dan berakhir pada 8 Feb.
![Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51527657174_KosSaraHidupBUDGET.jpg)
Peniaga diminta patuhi arahan sifar GST pada 1 Jun
Peniaga yang ingkar dengan arahan itu akan dikenakan tindakan mengikut.
![Lagi peniaga durian dikompaun kes alat timbang tak sah Lagi peniaga durian dikompaun kes alat timbang tak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/41512696818_durian.jpg)
Lagi peniaga durian dikompaun kes alat timbang tak sah
Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Datuk Mark Ujin berkata, daripada jumlah itu, tiga kes adalah di Jerantut, dua di Raub dan satu kes di daerah ini.