Satu sindiket penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) subsidi di Klang dikesan menjana keuntungan mudah dan menyebabkan kerugian subsidi berjumlah RM10 juta sejak setahun yang lepas.
Keuntungan itu diperolehi sindiket berkenaan hasil pemindahan gas daripada tong domestik seberat 12 dan 14 kilogram (kg) ke tong industri seberat 50 kg.
Kegiatan haram sejak setahun lalu itu lumpuh apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya yang menyerbu stor haram LPG itu di Jalan Kebun Nenas.
Operasi khas pada jam 12.30 tengah hari itu membawa kepada penemuan 319 tong gas bersubsidi dan lori tangki membabitkan nilai rampasan melebihi 82 ribu ringgit.
Timbalan Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, serbuan dilakukan hasil risikan pihaknya di premis yang berada di lokasi terpencil itu.
“Sekali lagi pasukan Operasi Khas KPDNKK Putrajaya telah berjaya mengesan dan melumpuhkan sindiket mencuri gas masak bersubsidi di kawasan Klang,” katanya.
Sementara itu, Iskandar berkata sepanjang tahun lepas menerusi Ops Gasak, sebanyak 23 kes penyelewengan gas bersubsidi membabitkan kerugian berjumlah RM5 juta berjaya dipatahkan penguatkuasa KPDNKK.
Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 20(1) dan 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 serta Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974.
Astro Awani
Tue Jan 17 2017

Satu sindiket penyelewengan tong LPG subsidi di Klang dikesan menjana keuntungan mudah dan menyebabkan kerugian subsidi berjumlah RM10 juta. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

KPDNHEP rampas rokok tiruan RM3.38 juta di Pelabuhan Klang
KPDNHEP berjaya membanteras aktiviti pengedaran rokok tiruan apabila merampas satu kontena mengandungi 520,000 kotak rokok disyaki tiruan.

Kenaikan harga ayam: KPDNHEP buka lapan kertas siasatan
KPDNHEP telah membuka lapan kertas siasatan ke atas peniaga-peniaga ayam disyaki melakukan kesalahan mencatut.

KPDNHEP siasat hospital swasta kenakan harga penutup hidung dan mulut RM11.20 sekeping
Ia susulan aduan orang awam yang dikenakan bayaran RM201.60 bagi 18 keping penutup hidung dan mulut tiga lapisan.

Selain KFC, KPDNHEP turut siasat kenaikan harga makanan di McDonalds
Rungutan pengguna disebabkan dakwaan kenaikan harga mendadak bagi hidangan makanan di kedua-dua restoran makanan segera itu, khususnya di ibu negara.

KPDNKK tumpas sindiket seleweng LPG subsidi
Satu sindiket penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) subsidi di Klang dikesan menjana keuntungan mudah dan menyebabkan kerugian subsidi berjumlah RM10 juta sejak setahun yang lepas.