BANTING: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyeru agar semua pekebun kecil Orang Asli di Selangor untuk menyertai Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) kerana ia menawarkan pelbagai faedah bagi meningkatkan produktiviti dalam penanaman kelapa sawit.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata sehingga Jun tahun ini 69 KPSM telah ditubuhkan di seluruh negara dengan 24 daripadanya di Semenanjung.
Daripada 24 KPSM di Semenanjung, dua KPSM telah ditubuhkan di Selangor, iaitu Kuala Selangor Selatan Bhd dan Kuala Langat Bhd, katanya ketika menyantuni masyarakat Orang Asli di Program Sembang Santai bersama Pekebun Kecil Sawit Negeri Selangor bersempena Trek Komoditi (Zon Tengah Semenanjung) yang diadakan di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun, Pulau Carey, di sini pada Ahad.
Berdasarkan rekod semasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dianggarkan seramai 200 Orang Asli di Pulau Carey terlibat dalam sektor kelapa sawit sebagai pekebun kecil.
Fadillah berkata penyertaan pekebun kecil Orang Asli di Selangor dalam KPSM akan memberikan peluang kepada mereka untuk menikmati pelbagai inisiatif dan bantuan yang disalurkan kerajaan.
"Koperasi ini boleh membantu dari segi pengumpulan dan juga menambah pendapatan mereka supaya mereka boleh membeli misal kata baja secara pukal.
Apabila membeli secara pukal ianya lebih murah dan ini sudah pasti akan dapat membantu input pertanian itu di peringkat harganya yang lebih memberi pendapatan tambahan kepada koperasi dan ahli-ahli koperasi tersebut," katanya.
Fadillah juga berkata kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menyalurkan pelbagai bantuan kepada pekebun kecil sawit persendirian antaranya ialah Skim Pembiayaan Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS), Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), Skim Insentif Integrasi Tanaman (ITa) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan (ITe).
Katanya hasil interaksi dengan beberapa pekebun kecil membolehkan pihaknya untuk menilai permasalahan serta bantuan kerajaan yang dapat disalurkan terutamanya dari segi input pertanian, racun dan baja.
Selain itu, beliau turut mencadangkan pelaksanaan integrasi pertanian dalam kalangan pekebun kecil Orang Asli bagi membantu mengukuhkan sumber pendapatan tambahan sekali gus membantu menyumbang kepada bekalan makanan negara.
Ketika program itu, sijil Minyak Sawit Mampan Malaysia (MPSO) turut disampaikan kepada pekebun kecil Orang Asli untuk mengesahkan pematuhan mereka terhadap kelestarian alam sekitar.
Fadillah juga hadir ke sesi santai mesra bersama pengusaha tanaman koko di Tanjung Sepat, Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 06 2023

Fadillah berkata sehingga Jun tahun ini 69 KPSM telah ditubuhkan di seluruh negara dengan 24 daripadanya di Semenanjung. - Foto BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Harimau kumbang jantan mati dilanggar di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 40 hingga 50 kilogram mati dipercayai akibat dilanggar kenderaan di Kampung Orang Asli Tering, Jalan Tampin-Kuala Pilah, dekat sini, malam tadi.

UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Johor tambah 20 lokasi Jumaat sempena perubahan cuti hujung minggu
Kerajaan Johor meluluskan 20 lokasi baharu bagi solat Jumaat berkuat kuasa hari ini, selaras perubahan cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad mulai 2025.

Peruntukan RM4.8 juta bagi PPRS bina baharu di Negeri Sembilan tahun ini - Exco
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah memperuntukkan RM4.8 juta menerusi Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) Bina Baharu membabitkan 62 unit rumah di Negeri Sembilan tahun ini.

Bomba terbangkan kanak-kanak Orang Asli ke hospital
Pesakit mengalami demam panas, sesak nafas, cirit-birit dan muntah berlarutan selama enam hari.

Keterbatasan internet cabaran sampai maklumat kerjaya sektor awam kepada Orang Asli
Hanya terdapat anggaran kurang daripada satu peratus masyarakat Orang Asli di seluruh negara terlibat secara langsung dalam sektor awam.

Pemilik perlu peka pengumuman penggilan semula kenderaan untuk pemeriksaan - Loke
Pemilik kenderaan diminta supaya lebih peka terhadap pengumuman pemanggilan semula kenderaan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan keselamatan terjamin ketika di jalan raya.