IPOH: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang untuk membangunkan pasar-pasar awam lama sebagai pasar warisan sekali gus menjadi produk pelancongan negara.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata bagi mencapai objektif itu, pihaknya akan melakukan kajian ke atas pasar-pasar usang di seluruh negara dengan memberi keutamaan kepada premis yang lama supaya ciri-ciri warisannya dapat dikekalkan mengikut akta sedia ada.
"Sebagai contoh, pasar awam bertaraf warisan negara di Taiping yang menjadi kebanggaan negeri Perak sedang dalam pembinaan dijangka siap pada tahun hadapan sempena ulang tahun ke-150 jadi harap ia dapat siap sepenuhnya dan dirasmikan ketika itu.
"Ia mampu menjadi tarikan pelancong sebab itu mengambil masa panjang untuk mereka bentuk kerana ada ciri keistimewaaan yang kita tidak boleh sewenang-wenangnya hendak robohkan, malah kayu pun kena pilih jenis sama," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan program Walkabout sempena Tahun Baru Cina di Pasar Besar Ipoh di sini hari ini.
Nga yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang berkata beliau juga akan melakukan lawatan di pasar warisan yang dikenal pasti termasuk Pasar Awam Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang dibina pada pertengahan 1960-an dan pernah terbakar pada 2014.
Dalam lawatannya hari ini, beliau mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi kerja membaik pulih Pasar Besar Ipoh yang dibina pada 1959 berikutan keadaan yang usang.
"Kerja membaik pulih akan dimulakan tahun ini termasuklah bagi kerosakan wayar, lantai dan longkang dan kita akan memastikan perkara asas diutamakan dahulu.
"Kemudian kita akan merancang proses menaik taraf secara keseluruhan supaya pasar awam menjadi bertaraf antarabangsa yang bukan sahaja bersih tetapi mempunyai tarikan pelancong, dan peruntukan akan disediakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Pasar Besar Ipoh yang terletak di Jalan Laksmana, Taman Jubilee. - Foto BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Pasar berusia lebih 50 tahun diutamakan untuk bina semula, naik taraf - Nga
Bangunan pasar yang melebihi tempoh berkenaan sudah usang dan perlu diberi perhatian bagi memastikan keselesaan peniaga dan orang awam.
KPKT akan bangunkan pasar lama sebagai pasar warisan negara
Bagi mencapai objektif itu, pihaknya akan melakukan kajian ke atas pasar-pasar usang di seluruh negara.