Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengarahkan setiap bangunan kerajaan supaya wajib menjalankan latihan kebakaran sekurang-kurangnya sekali setahun.
Kata menterinya, Tan Sri Noh Omar, ia sebagai persiapan sekiranya berlaku sebarang kecemasan di samping memastikan semua sistem keselamatan yang ada dapat berfungsi dengan baik.
Latihan diwajibkan kepada mana-mana bangunan kerajaan kecuali tempat kediaman seperti kuarters, rumah pangsa serta kondominium dan sebagainya.
“Selain bangunan kerajaan, 9 jenis premis lain juga diwajibkan mengadakan latihan iaitu perpustakaan, hospital, hotel, asrama, pejabat, kedai, kilang, tempat perhimpunan dan storan.
“Mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, Ketua Jabatan boleh memohon bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk memberi khidmat nasihat dan latihan yang diperlukan,” katanya di Parlimen hari ini.
Ia sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tebrau, Khoo Soo Seang yang ingin tahu sama ada latihan kebakaran diwajibkan kepada semua bangunan, pangsapuri, kondominium dan seumpamanya milik kerajaan.
Sementara itu, dalam menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung isu pili bomba tidak berfungsi, Noh memaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi mendapatkan aduan daripada orang ramai.
Katanya, pelbagai program telah dijalankan pihak bomba malah kementeriannya bercadang untuk mewujudkan Bomba Komuniti di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
“Sekurang-kurangnya mereka dapat beri kerjasama dan maklumkan kepada pihak bomba sekiranya ada pili bomba yang tidak berfungsi,” ujarnya.
Pelbagai inisiatif dan aktiviti kesedaran dilaksanakan oleh JBPM di seluruh negara merangkumi semua lapisan masyarakat seperti ceramah, demonstrasi dan pameran kebombaan.
Sehingga Oktober 2016, 4,301 ceramah, 3,791 demonstrasi dan 1,406 pameran kebombaan telah diadakan di seluruh negara termasuk 1,578 kali latihan kebakaran.
Bagi tempoh itu juga, 1,556 pasukan Bomba Komuniti dan 180 pasukan MyBomba JPP telah ditubuhkan, melibatkan 20,628 ahli bagi kedua-dua program tersebut sebagai usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat dalam pencegahan kebakaran.
Israr Khalid
Tue Nov 15 2016
Latihan kebakaran diwajibkan kepada mana-mana bangunan kerajaan kecuali tempat kediaman seperti kuarters, rumah pangsa serta kondominium dan sebagainya. - Gambar hiasan
UNRWA berdepan ancaman kewujudan selepas larangan Israel
UNRWA terus beroperasi di Gaza meskipun diharamkan oleh Israel. Pesuruhjaya Philippe Lazzarini menegaskan agensi itu kekal memberi bantuan kepada pelarian Palestin walaupun berdepan tekanan global.
Resipi radikalisme: jordan angkat bendera amaran terhadap pelan trump
Rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza ke Jordan dianggap sebagai ancaman besar yang berpotensi mencetuskan radikalisme dan kekacauan di seluruh Asia Barat.
WHO: krisis kesihatan Gaza kritikal, kemudahan perubatan terhad
WHO mendedahkan sistem kesihatan Gaza lumpuh dengan hospital dan pusat kesihatan beroperasi sebahagian. Pihaknya gesa pembukaan Rafah diperluas bagi rawatan pesakit di Mesir.
Konflik Gaza: Israel serah Gaza kepada A.S setelah konflik berakhir – Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Khamis umum bahawa Israel akan menyerahkan Kawasan Gaza kepada Amerika Syarikat setelah konflik berakhir.
ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang
Turun dalam aksi wajib menang, Miroslav Kuljanac memilih corak permainan bertahan berbanding tuan rumah yang mempamerkan corak menyerang.
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
Thailand ketatkan kawalan sempadan selepas potong bekalan elektrik ke Myanmar
Polis peronda sempadan Thailand dan pasukan tentera telah menguatkan keselamatan di sepanjang sempadan dan semua agensi yang berkaitan.
Marcelo, bekas bintang Real Madrid umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo yang berusia 36 tahun mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
PGA tumpaskan penyeludupan tanaman hiasan bernilai RM1.25 juta di Rantau Panjang
Lori yang dipandu oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sekitar 12.20 tengah malam ketika menjalankan tugas dalam Op Taring Wawasan Kelantan.
KPKT arah bangunan kerajaan wajib jalani latihan kebakaran
Tan Sri Noh Omar berkata, ia sebagai persiapan jika berlaku sebarang kecemasan di samping memastikan semua sistem keselamatan berfungsi dengan baik.