JITRA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengenal pasti sebanyak 18 lokasi bagi pembangunan loji sisa pepejal kepada tenaga (WTE) di seluruh negara sebagai kaedah baharu pengurusan sisa pepejal.
Menterinya Nga Kor Ming berkata pembangunan loji itu yang menjadi hala tuju baharu negara dalam menguruskan sisa pepejal akan menggunakan teknologi canggih dan terkini yang telah terbukti berjaya di beberapa negara Eropah selain China dan Jepun.
"Hala tuju kementerian pada masa akan datang ialah tukar sisa buangan kepada tenaga dan menjadi tunai. Ini akan menjadi hala tuju kerajaan untuk memastikan supaya bukan saja kita mesra alam, sampah yang telah pun dibuang boleh dijadikan tenaga boleh diperbaharui.
"Malaysia kini akan mengadaptasi teknologi yang paling canggihselepas belajar daripada kesilapan orang lain," katanya.kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Inisiatif Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting, dekat sini semalam.
Turut hadir Ketua Setiausaha KPKT Datuk Wira Noor Azman Taib dan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) Dr Mohd Azhar Abd Hamid.
Sementara itu, Nga berkata Projek Inisiatif Hijau Pemuliharaan Alam Sekitar itu bertujuan untuk mengurangkan kewujudan tapak pelupusan tidak sanitari selaras dengan pewartaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).
Beliau berkata pelaksanaan inisiatif tersebut telah dilaksanakan di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting yang disiapkan pada 1 Sept tahun lepas dengan kos keseluruhan berjumlah RM13 juta dan merupakan tapak pelupusan tidak sanitari ke-175 yang dihentikan operasi dan telah ditutup di seluruh negara.
"Tapak pelupusan ini telah pun beroperasi sejak tahun 1974, tahun ini genap 50 tahun, akhirnya kita berjaya menutupnya, maka penduduk di sekitar pun berasa selesa, selamat, tidak ada lagi bau yang kurang menyenangkan," katanya.
Menurutnya tapak pelupusan yang berkeluasan 5.26 hektar itu sebelum ini telah dihentikan operasi dan ditutup pada 1 Jan 2019.
Dalam pada itu, Mohd Azhar berkata terdapat sebanyak 154 tapak pelupusan konvensional yang masih beroperasi di seluruh negara dan kini telah melalui proses sanitari bagi mengawal limpahan air larut resap, pelepasan gas metana dan bau.
"Tapak pelupusan sanitari ini adalah tapak-tapak pelupusan yang dikawal dari segi hidrosfera, atmosfera dan litosfera iaitu tanah, udara dan air," katanya yang turut memberitahu kira-kira 60 tapak pelupusan tidak sanitari dijangka akan ditutup operasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Nga (tiga, kanan) hadir ke Tapak pelupusan ke-175 iaitu Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Paya Kemunting, di Jitra, Kedah yang berjaya disiapkan pada 1 Sept 2023 dengan kos keseluruhan RM13 juta. --fotoBERNAMA
Polis Filipina sahkan pemergiaan Malabed satu kehilangan
Polis Filipina pada Jumaat mengesahkan seorang pegawainya Kolonel Polis Pergentino Malabed berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke Sungai Potomac selepas bertembung dengan helikopter Black Hawk Tentera pada Rabu.
Junta tentera lanjutkan darurat
Junta Tentera melanjutkan darurat selama enam bulan lagi, sehari sebelum ulang tahun keempat rampasan kuasa.
Hamas umum nama tiga tebusan bakal dilepaskan
Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan yang bakal dilepaskan pada Sabtu.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Tiga individu itu ialah Ofer Calderon, Keith Siegel dan Yarden Bibas.
Pemimpin pembangkang India ditahan atas dakwaan rogol, serangan
Seorang pemimpin parti pembangkang Kongres India ditangkap pada Khamis atas tuduhan rogol dan serangan.
FDA lulus ubat baharu berpotensi jadi alternatif opioid
Pil itu dinamakan Journavx, yang digunakan untuk merawat sakit akut jangka pendek yang sering berlaku selepas pembedahan atau kecederaan.
Malaysia bantu permudah Timor-Leste sertai perjanjian ekonomi ASEAN
ASEAN menantikan kesediaan daripada Timor-Leste untuk menyertai perjanjian-perjanjian dan bersedia memberikan sokongan pembinaan kapasiti.
Sekitar Masjid Umawi sempena solat Jumaat pertama selepas pembentukan kerajaan sementara
Hari Jumaat di Syria merupakan hari hujung minggu. Hujung minggu kali ni sedikit berbeza kerana rakyat Syria dilihat keluar beramai-ramai solat Jumaat di Masjid Umawi di Damsyik dan Hilal Azmi yang berada di lokasi sempat bertemu dengan pelajar Malaysia di sana.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Bantuan RM25 juta amat diperlukan - Hajiji
Menyambut baik dan berterima kasih atas bantuan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata bantuan segera merangkumi RM1,000 untuk semua keluarga yang terkesan juga amat penting dalam usaha membantu mangsa banjir.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di tujuh kawasan di Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu di tujuh kawasan di Sarawak.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Ketua Pengarahnya Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata analisis model ramalan cuaca terkini menunjukkan luruan monsun yang sedang berlaku dijangka berterusan hingga Sabtu.
Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.
RM15 juta naik taraf Pasar Besar Ipoh jadi tarikan pelancong, moden - Nga
Peruntukan berkenaan adalah di bawah projek naik taraf pasar warisan berusia lebih 50 tahun yang antara keutamaan kementerian.
RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.
Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
PBT digesa percepat warta tanah lapang awam, elak salah guna - Nga
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) digesa mempercepat proses pewartaan tanah lapang awam di kawasan masing-masing bagi mengelakkan ia disalah guna oleh mana-mana pihak.
2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata anggaran sisa dibersihkan 1,500 tan dengan melibatkan kos berjumlah RM412,000.
PR1MA rancang perkenal rumah pintar, mesra alam
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) merancang memberikan nilai tambah dalam pembangunan projek perumahan mampu milik menerusi pengenalan rumah pintar dan berkonsepkan mesra alam.