PUTRAJAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini menafikan sebarang penglibatan dengan iklan yang menawarkan skim pinjaman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang tular di media sosial dan laman web.
Ia berikutan iklan yang menyasarkan pemilik akaun KWSP tersebut menggunakan nama syarikat pemberi pinjam wang (PPW) berlesen atau kredit komuniti yang berdaftar di bawah KPKT.
KPKT dalam satu kenyataan memaklumkan iklan tersebut menawarkan pinjaman dengan kadar faedah antara lima hingga tujuh peratus sebulan, jauh melebihi kadar faedah yang ditetapkan dalam Akta Pemberi Pinjam Wang (1951) (Akta 400) iaitu maksimum 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun bagi pinjaman individu.
Ia juga mengandungi maklumat pinjaman mencurigakan bertujuan memperdaya orang ramai antaranya skim pinjaman tanpa bayaran bulanan dengan hanya penyata KWSP diperlukan bagi semakan kelayakan pinjaman, dengan sasaran individu berumur antara 48 hingga 55 tahun.
KPKT yang memandang serius iklan berkenaan menegaskan bahawa urusan dengan pihak kredit komuniti hanya boleh dilakukan dalam premis perniagaan berdaftar dan sah sahaja.
"Orang ramai perlu mendapatkan pengesahan maklumat daripada KPKT dahulu sebelum sebarang perjanjian dibuat dan tidak menandatangani perjanjian kosong," katanya.
KPKT berkata iklan berkenaan dikhuatiri menjejaskan imej dan kredibiliti sektor kredit komuniti dan memberi implikasi negatif kepada orang ramai khususnya peminjam yang terjebak dengan aktiviti yang tidak bertanggungjawab tersebut.
KPKT berkata mana-mana syarikat kredit komuniti berlesen yang didapati terlibat dengan pinjaman mengelirukan atau mengenakan kadar faedah tinggi boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 17A Akta 400 yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-duanya sekali.
Sebarang aduan berkaitan boleh dikemukakan melalui Sistem Aduan Bersepadu KPKT iaitu aduan.kpkt.gov.my, aplikasi mudah alih i-KrediKom, Talian Hotline Bahagian Kawalan Kredit Komuniti (BKKK) di talian 03-8891 4694/4690 ataupun hadir di Kaunter Aduan KPKT di Aras 1, KPKT di Putrajaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021

KPKT yang memandang serius iklan berkenaan menegaskan bahawa urusan dengan pihak kredit komuniti hanya boleh dilakukan dalam premis perniagaan berdaftar dan sah sahaja. - Gambar hiasan

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Papan tanda 'Tidak Pada Dadah' dicadang antara syarat konsert permit konsert
Polis Selangor mencadangkan papan tanda atau plakad 'Tidak Pada Dadah' diletakkan pada laluan masuk ke tempat konsert sebagai syarat permit permohonan penganjuran konsert di negeri berkenaan.

Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.

Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.

RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.

JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

475 projek perumahan swasta sakit bernilai RM52 bilion diselamatkan pada 2024
TFST berjaya menyelamatkan 475 projek melibatkan 59,050 unit rumah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM52.67 bilion sepanjang tahun lepas.

Hukuman khidmat masyarakat jika buang sampah merata-rata - Nga
Hukuman berbentuk khidmat masyarakat akan dikenakan terhadap individu yang didapati bersalah kerana membuang sampah merata-rata, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.