NIBONG TEBAL: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan hampir RM18 juta bagi melaksanakan 10 projek pembangunan infrastruktur awam di kawasan Seberang Perai demi kesejahteraan penduduk.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu meliputi kategori bina baharu, baik pulih pembangunan, kerja-kerja menaik taraf landskap serta penyaluran peruntukan kepada enam Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI).
Beliau berkata, antara projek yang menerima peruntukan terbesar ialah pembinaan balai bomba baharu di Permatang Tinggi, Bukit Mertajam bernilai RM13.8 juta di kawasan seluas 2.428 hektar, dengan dimulakan pada 24 Mac tahun depan dan dijangka siap pada Mac 2027.
"Apabila siap, balai bomba ini dapat membantu balai bomba kawasan sekitar seperti Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap, Batu Kawan serta Nibong Tebal seterusnya mencapai tempoh tindak balas kurang 10 minit yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan projek gelanggang bola keranjang bersempena siri jelajah Sentuhan Kasih KPKT ke Pulau Pinang di Sungai Udang, di sini, pada Selasa.
Nga berkata, selain balai bomba, peruntukan berjumlah RM500,000 disalurkan untuk kerja-kerja mengecat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ampangan; melebar dan menurap semula jalan serta menaik taraf longkang dan lantai keliling Dewan Kampung Baru Sungai Kechil (RM191,690); membina gelanggang bola keranjang di Bandar Tasek Mutiara (RM300,000); menaik taraf tingkat 1 Pasar Awam Bukit Panchor kepada Dewan Komuniti Seberang Perai Selatan (SPS) (RM1 juta) serta menaik taraf bumbung Pasar Awam Bandar Tasek Mutiara (RM500,000).
Projek lain yang menerima impak daripada peruntukan itu ialah menaik taraf landskap dan lain-lain kerja berkaitan di Taman Bukit Panchor (RM200,000); naik taraf sistem perparitan di Taman Seruling Emas, Sungai Bakap (RM300,000); menaik taraf tandas awam dan kerja berkaitan di Pasar Awam Bandar Tasek Mutiara (RM120,000) serta RM1.019 juta kepada enam persatuan RIBI di SPS dengan jumlah keseluruhan peruntukan RM17.9 juta.
Menurut Nga, semua projek itu telah dirancang dengan teliti untuk memastikan setiap wang dibelanjakan memberikan pulangan pelaburan tinggi sekali gus bukan sekadar memberi manfaat kepada komuniti tetapi juga berdaya maju dari segi ekonomi.
Terdahulu, siri lawatan Sentuhan Kasih KPKT hari ini bermula dengan tinjauan ke projek menaik taraf bumbung, tandas awam dan kerja-kerja yang berkaitan di Pasar Awam Tasek Mutiara, diikuti projek menaik taraf tingkat 1 Pasar Awam Bukit Panchor kepada Dewan Komuniti SPS.
Nga turut melawat projek menaik taraf bumbung di Flat Kos Rendah Taman Bukit Panchor yang terdiri daripada 186 unit sebelum lawatan serta perasmian projek gelanggang bola keranjang Sungai Udang.
Pulau Pinang merupakan lokasi ketiga siri jelajah berkenaan selepas Melaka dan Perlis. - BERNAMA
Bernama
Tue Jun 11 2024

Nga berkata, peruntukan itu meliputi kategori bina baharu, baik pulih pembangunan, kerja-kerja menaik taraf landskap serta penyaluran peruntukan kepada enam RIBI. - Gambar fail/Bernama
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

RM267.76 juta untuk projek prasarana awam, rumah ibadat bukan Islam di Johor
KPKT mengumumkan peruntukan RM267.76 juta bagi 40 projek prasarana awam serta pembaikan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan Islam (RIBI) di Johor tahun ini.

KPKT peruntuk hampir RM18 juta laksana 10 projek di Pulau Pinang
Peruntukan itu meliputi kategori bina baharu, baik pulih pembangunan, kerja-kerja menaik taraf landskap serta penyaluran peruntukan kepada enam Rumah Ibadat Bukan Islam.

KPKT lulus RM2.65 juta, selenggara 20 rumah ibadat bukan Islam di Kuala Lumpur
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan bantuan kewangan sebanyak RM2.65 juta, untuk penyelenggaraan 20 Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di Kuala Lumpur.

KPKT lulus 56 bantuan RIBI berjumlah RM7.45 juta
Peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM50 juta bantuan oleh kerajaan untuk menyelenggara dan membaik pulih rumah ibadat masing-masing.