MACHANG: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM3.4 juta bagi pemulihan enam projek terbengkalai di Kelantan, tahun ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Perumahan Swasta) Jabatan Perumahan Negara (JPN) KPKT, Norsazila Nordin berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada kerajaan negeri, dan kerja-kerja pemulihan pula akan dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
"KPKT akan meneruskan pemantauan berterusan bagi memastikan semua kerja-kerja pemulihan melibatkan enam projek terbengkalai ini dapat disiapkan menjelang akhir 2024.
"Sesi libat urus dengan agensi-agensi teknikal juga turut dipergiatkan bagi mencari penyelesaian terhadap isu-isu teknikal yang menjejaskan penyiapan projek-projek perumahan swasta yang lewat, sakit dan terbengkalai," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas melakukan tinjauan rumah terbengkalai di Taman Animaz, di sini hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Hal Ehwal Korporat) PKINK Hishamuddin Hussein.
Norsazila berharap kerjasama erat antara agensi teknikal dan pihak berkuasa negeri dapat menangani masalah projek lewat, sakit dan terbengkalai di seluruh negara dilakukan secara lebih efektif demi menjamin kebajikan pembeli-pembeli perumahan yang terjejas.
"Sehingga 31 Mei 2023, keseluruhan projek perumahan swasta terbengkalai di Semenanjung Malaysia adalah sebanyak 112 projek dan 20 projek berkenaan adalah di Kelantan, yang melibatkan 1,140 unit rumah.
"Sebanyak RM20 juta di bawah peruntukan tahunan dan inisiatif Belanjawan MADANI 2023 telah diumumkan bagi pemulihan projek perumahan terbengkalai," katanya.
Beliau berkata meskipun pemaju bertanggungjawab sepenuhnya untuk menyiapkan projek perumahan swasta berkenaan, namun kerajaan bersetuju menyediakan peruntukan ini sebagai tanggungjawab sosial dengan mengambil kira bebanan rakyat iaitu pembeli rumah yang sudah lama terkesan.
"Ini penting bagi memastikan projek-projek itu memperolehi Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) atau Sijil Kelayakan Menduduki (CFO) supaya rumah kediaman berkenaan disahkan selamat untuk diduduki," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 24 2023

Peruntukan itu akan disalurkan kepada kerajaan negeri, dan kerja-kerja pemulihan pula akan dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). - Gambar hiasan

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.

Papan tanda 'Tidak Pada Dadah' dicadang antara syarat konsert permit konsert
Polis Selangor mencadangkan papan tanda atau plakad 'Tidak Pada Dadah' diletakkan pada laluan masuk ke tempat konsert sebagai syarat permit permohonan penganjuran konsert di negeri berkenaan.

Hari Cuci Malaysia ditetapkan setiap Sabtu terakhir September
Jemaah Menteri bersetuju menetapkan hari Sabtu terakhir bulan September sebagai Hari Cuci Malaysia di seluruh negara, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

PEKB bantu tingkatkan potensi diri golongan B40
Dua NGO EcoDistrict Association (EDA) dan Persatuan Komuniti Kebajikan Pandan (PEKA) dipilih sebagai pelaksana program PEKB tahun ini.

Selangor, Pulau Pinang terima pakai Akta 672
Jemaah Menteri pada minggu lepas membuat keputusan secara dasar untuk menerima Selangor dan Pulau Pinang sebagai negeri terkini yang mengguna pakai Akta 672.

Kerajaan lulus RM60 juta untuk pelebaran LTSAS - Nga
Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta untuk tujuan projek pelebaran Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) Ipoh.

RM144.6 juta lebihan skim PKBC, penduduk layak diseru memohon - Nga
KPKT menyeru penduduk Kampung Baru Cina yang layak memohon pembiayaan di bawah Skim Pinjaman Khas Penduduk Kampung Baru yang masih mempunyai lebihan.

JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.