GEORGE TOWN: Kementerian Pendidikan (KPM) akan menambah baik proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan termasuk memasukkan terus ke dalam akaun bank murid atau ibu bapa mereka supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya juga mengambil maklum semua cadangan yang dikemukan pelbagai pihak berhubung proses pembayaran wang bantuan awal persekolahan itu sebanyak RM150 bagi setiap murid.
"Kita ambil maklum semua cadangan cuma proses pembayaran bantuan awal persekolahan itu ada prosedur operasi standard (SOP) dan bahagian kewangan telah tentukan bagaimana proses itu berlaku.
"Setakat ini kita kekalkan dulu dengan proses yang sedia ada tapi kami akan tambah baik dari semasa ke semasa...termasuk cadangan pembayaran terus ke akaun mereka (murid atau ibu bapa) pada tahun-tahun hadapan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baharu Cina kepada 103 warga emas di Perkampungan Jawi, di sini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi Jason H'ng Mooi Lye.
Fadhlina berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan daripada bekas Menteri Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin yang mahu pembayaraan bantuan awal persekolahan seeloknya dimasukkan terus ke dalam akaun bank murid supaya lebih selamat dan menjimatkan masa.
Radzi dilaporkan berkata cadangan itu supaya isu samun melibatkan wang berkenaan tidak berulang lagi pada masa depan, malah pendekatan memasukkan terus bantuan berkenaan ke akaun bank murid atau ibu bapa dapat meningkatkan produktiviti dan menjimatkan masa banyak pihak.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata ketika ini pihaknya masih perlu melakukan proses pemberian wang bantuan awal persekolahan itu secara bersemuka kerana mengambil kira terdapat ibu bapa yang tiada akaun bank.
"Memang ada makluman ibu bapa yang tiada akaun bank sebab itu kita masih guna cara kovensional ini tapi kita ambil maklum cadangan-cadangan yang dikemukan untuk tambah baik perkara itu demi kepentingan semua," katanya.
Isu cara pembayaran bantuan awal persekolahan timbul selepas seorang guru besar berputih mata apabila wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang, Selangor hilang selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya di Semenyih dalam kejadian 10 pagi Isnin lepas.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan, berdasarkan keterangan guru besar terbabit, mangsa yang berpengalaman 10 tahun mengendalikan transaksi pengeluaran wang tidak membuat sebarang permohonan polis pengiring kerana sudah biasa melakukan sebegitu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menyantuni murid-murid di Sekolah Kebangsaan Chepor ketika beliau melawat sekolah tersebut pada Selasa. - Foto BERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM
Kementerian Pendidikan mengenal pasti beberapa inisiatif bagi mengatasi isu kepadatan pelajar di sekolah, susulan peningkatan jumlah murid terutamanya di Selangor.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.

Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.

Lebih 8,000 calon SPM 2024 tidak hadir peperiksaan bertulis
Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Feb lepas.

48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.

KPM bangun sistem kesan murid tercicir, diperkukuh dengan AI
SiPKPM bertujuan untuk mengesan pergerakan murid secara komprehensif, termasuk murid yang berisiko cicir, diperkukuhkan dengan AI

KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan sistem sekolah satu sesi di seluruh negara dalam masa lima tahun.