NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan pelbagai program melibatkan agenda pendidikan negara.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata hal itu termasuk usaha memberikan peluang dan ruang kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) untuk menikmati pembelajaran seperti murid-murid lain di aliran perdana.
Pada masa sama, beliau berkata KPM akan memastikan MBPK dapat mengikuti pendidikan setara dan berkualiti selain menikmati fasiliti pembelajaran terbaik, selaras konsep Pendidikan Manusiawi yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025).
"Saya berharap agar kerjasama antara kumpulan sokongan profesional seperti ahli terapi dengan guru-guru dapat dirancakkan lagi supaya MBPK menerima manfaat perkhidmatan, sekali gus berupaya untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang KPM," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Bilik Multisensori Able Perfect Sdn Bhd di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di sini hari ini.
Able Perfect membelanjakan RM250,000 untuk empat Bilik Multisensori itu yang dibangunkan dengan kerjasama Yayasan Didik Negara dan mendapatkan khidmat nasihat daripada guru serta pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri.
Selain SK Seri Sentosa, Fadhlina berkata tiga lagi sekolah yang menerima Bilik Multisensori berkenaan ialah SK Long Jaafar Kamunting, SK Seri Setiawan dan SK Pendidikan Khas Ipoh di Perak.
Sehubungan itu, beliau juga berharap Bilik Multisensori dapat menyokong kefungsian dan kemenjadian MBPK daripada peringkat pendidikan sekolah rendah sehingga ke peringkat menengah dan seterusnya bersedia ke arah kebolehpasaran mereka apabila tamat persekolahan.
Menurut Fadhlina, kemudahan tersebut amat sesuai digunakan oleh murid yang mempunyai masalah pembelajaran seperti Autisme, Sindrom Down, Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) dan sebagainya.
Beliau berkata permasalahan membabitkan akses pendidikan muncul dari pelbagai penjuru seperti demografi, kemiskinan multidimensi dan kesamarataan peluang pendidikan khususnya bagi anak-anak berkeperluan khas.
Justeru, katanya KPM sentiasa menyokong dan mengamalkan prinsip pendidikan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang, ketidakupayaan, kaum dan ekonomi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berucap pada Majlis Perasmian Bilik Multisensori Pendidikan Khas Sekolah Rendah Seri Sentosa di sini hari ini. - Foto Bernama

Wartawan portal berita disyaki terbabit rasuah dibebaskan hari ini - Azam Baki
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.
57 MP pembangkang khianat usaha reformasi institusi Parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan 57 Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, sebagai telah mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.
Azad, Nabil, Radin dan dua kakitangan digantung, Astro bertemu MCMC
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 4 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews

Tindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima - Teo Nie Ching
Teo berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

Polis tumpaskan dua sindiket pengedaran, rampas dadah bernilai RM6.3 juta
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran dadah dengan rampasan bernilai RM6.3 juta menerusi serbuan di Kuala Selangor dan KLIA pada 28 Feb hingga 2 Mac lepas.
#AWANIRingkas 4 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Mac 2025
1️⃣ PM beri teguran tidak sentuh isu 3R
2️⃣ Wanita jatuh bangunan isteri usahawan terkenal
3️⃣ Peter Anthony kekal dipenjara
#awaniringkas
1️⃣ PM beri teguran tidak sentuh isu 3R
2️⃣ Wanita jatuh bangunan isteri usahawan terkenal
3️⃣ Peter Anthony kekal dipenjara
#awaniringkas
AWANI Borneo [4/3/2025] – Infrastruktur padi | Projek JPS | Pengambilalihan
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
RM22.28 juta diperuntuk bangunkan jelapang padi Sabah
RM51.5 juta diperuntuk kurangkan risiko banjir di Sarawak
AirBorneo akan serap semua kakitangan MASWings
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Lelaki ditahan kes ugutan jenayah ketika mesyuarat agung parti politik
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah semasa mesyuarat agung tahunan sebuah parti politik di Kuala Selangor, Sabtu lepas.
Elak pembaziran, peniaga sedekah kepada golongan memerlukan
Peniaga di bazar Ramadan, Jalan Pantai, Pusat Bandar Sandakan bersedekah dengan memberikan jualan yang tidak habis dijual kepada masjid dan surau termasuk golongan gelandangan.

KPM tingkatkan kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus mempertingkatkan aspek pendidikan keselamatan jalan raya dalam kalangan murid dengan menggunakan modul serta kurikulum sedia ada.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
Ia merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah melibatkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

59.3 peratus murid Tahun Satu kuasai kemahiran 3M
Sebanyak 59.3 peratus daripada 122,062 murid tahun satu dikenal pasti menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) sepanjang tahun lepas.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Pencen Awal: Pendidik minta lantik pembantu guru, naikkan gred Guru Cemerlang sekolah rendah
Beban tugasan guru-guru di sekolah perlu diringankan, di samping menyediakan ganjaran yang sewajarnya kepada perkhidmatan mereka dalam mendidik generasi bangsa.

Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan - Fadhlina
Kementerian Pendidikan menerima baik cadangan DBKL untuk membina sekolah 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya namun perlu diteliti dari aspek keselamatan dan kesesuaiannya.

Waktu sekolah seperti biasa sepanjang Ramadan - KPM
Sekolah sesi petang di Semenanjung akan tamat pada pukul 5.30 petang, manakala 5 petang di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sepanjang Ramadan ini.

Sekolah baharu, kelas kabin antara inisiatif atasi isu sekolah padat - KPM
Kementerian Pendidikan mengenal pasti beberapa inisiatif bagi mengatasi isu kepadatan pelajar di sekolah, susulan peningkatan jumlah murid terutamanya di Selangor.

Kerajaan peruntuk RM9 juta hantar guru jalani kursus kepimpinan, AI di luar negara
Ia merupakan projek perintis KPM tahun ini khusus untuk meningkatkan kemahiran guru dalam bidang kepimpinan dan kecerdasan buatan.