PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.
Modul tersebut akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata modul itu membolehkan guru dan pelajar mendapat penghayatan khususnya untuk memastikan nilai pesanan dan perkara baik dalam hadis dibaca dan dihayati.
"Saya tiada masalah untuk nilai-nilai dalam hadis dibawa ke sekolah dan dalam masa sama, komitmen kita besar untuk melihat anak muslim benar-benar menghayati hadis 40 berkaitan nilai baik.
"Satu daripada hadis Ad Deen An Nasihah bermaksud agama itu adalah nasihat dan inilah yang nak cuba terjemah bila kita minta untuk menghayati semula hadis. Cabaran kita hari ini memastikan semua orang bercakap perkara baik di sebalik kebanjiran idola dan kemarau teladan," katanya ketika berucap pada Karnival dan Peluncuran Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di SMKA Putrajaya di sini hari ini.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Islam KPM Omar Salleh berkata modul tersebut dibangunkan selari dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu kerajaan mengambil inisiatif melalui KPM dan Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menerbitkan semula himpunan hadis 40 Imam Nawawi bagi diedarkan di seluruh sekolah.
Beliau berkata ini supaya penghayatan hadis 40 bermula di peringkat sekolah lagi serta dapat memupuk semangat kasih sayang selain menerapkan kefahaman agama khususnya dalam kalangan pelajar Islam.
"Sehubungan itu, KPM telah mengambil pendekatan dengan membina modul penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang boleh dijadikan panduan kepada semua sekolah KPM. Selain itu, kita turut menggalakkan guru-guru Pendidikan Islam yang aktif di TikTok untuk menghasilkan TikTok yang pelbagai mengikut kreativiti masing-masing yang mengandungi hadis 40," katanya.
Omar berkata modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengukuhan dalam dan luar bilik darjah dan tidak terhad kepada sekadar membaca hadis sahaja.
Ia termasuk aktiviti seperti pembacaan dan huraian hadis 40 selepas solat, mewujudkan sudut info pengajaran hadis, perkongsian pengajaran hadis dalam perhimpunan mingguan, gotong-royong bertemakan amalan hadis 40 dan silang budaya.
"Kaedah penerapan dirangka ini secara tidak langsung mampu memupuk kasih sayang dalam kalangan murid, manakala penganjuran aktiviti silang budaya yang diterjemahkan melalui modul ini mampu membina karakter dan semangat perpaduan mengikut acuan masyarakat majmuk di Malaysia," katanya sambil menambah hadis 40 merangkumi semua aspek kehidupan seperti iman, moral, nasihat dan komunikasi.
Beliau berkata modul dirangka dan dibina KPM serta melibatkan pelbagai pihak yangmempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing terutamanya dalam bidang hadis, telah mengambil kira pendekatan meliputi semua peringkat sekolah termasuk sekolah dalam aliran perdana seperti sekolah rendah atau sekolah menengah harian biasa.
Omar berkata KPM berharap melalui modul itu, ia dapat menerapkan asas kefahaman agama dan keindahan akhlak Islam yang berupaya mengangkat martabat insan (karamah insaniah) dalam usaha untukmelahirkan anak baik lagi cerdik menerusi aktiviti pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah dengan berpandukan kandungan Hadis 40 Imam Nawawi.
Beliau berkata melalui penghayatan hadis 40, murid dapat memahami asas Islam, iman dan ihsan untuk dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian selain mempamerkan keindahan muamalat Islam dalam kehidupan bermasyarakat dengan meraikan kepelbagaian agama dan bangsa, di samping membudayakan nilai murni dalam kehidupan dengan melaksanakan tuntutan ajaran Islam yang melarang umatnya melakukan kerosakan di muka bumi.
Sementara itu, Karnival Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi itu diisi dengan aktiviti seperti gotong-royong, pameran melibatkan 10 sekolah dengan setiap sekolah mempamerkan kejayaan, kebitaraan dan kemahiran yang menjurus kepada penghayatan Hadis 40 selain jualan buku ilmiah dan akademik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 19 2023

Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula pada sesi persekolahan 2024/2025 - KPM
Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi mula dilaksanakan di semua institusi pendidikan pada Sesi Persekolahan 2024/2025 bagi memartabatkan syiar Islam, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).

KPM sedia bincang kekeliruan pelaksanaan modul penghayatan hadis
Kementerian Pendidikan (KPM) sedia bertemu mana-mana pihak untuk berbincang mengenai kekeliruan berhubung pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara.

'Usah jadi hero dalam isu hadis 40' - Ahmad Fadhli
Pelaksanaan inisiatif itu dibenarkan di bawah Seksyen 50 (1) Akta Pendidikan 1996.

KPM lancar modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.