KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan menyaring semula data Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang tercicir markah PAJSK.
KPM menerusi kenyataan hari ini memaklumkan data itu akan diserahkan kepada Unit Pusat Universiti (UPU) bagi tujuan padanan dan penawaran melanjutkan pengajian yang tertakluk kepada kelayakan calon dan kekosongan program.
"KPM mengambil serius isu calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tercicir markah PAJSK.
"Tindakan segera telah diambil untuk menyaring semula data PAJSK calon yang tercicir," menurut kenyataan itu.
Kementerian juga sedang menjalankan siasatan secara terperinci mengenai perkara berbangkit itu dan melaksanakan langkah intervensi bagi menyelesaikannya dan memastikan isu sama tidak berulang pada masa akan datang.
Untuk rekod, pelajar lepasan SPM yang ingin memohon melanjutkan pengajian melalui sistem UPU, pengiraan markah merit akan merangkumi markah 10 peratus kokurikulum selain keputusan peperiksaan.
Baru-baru ini, media melaporkan isu markah PAJSK lepasan SPM yang kosong sehingga mengakibatkan ada pelajar gagal dalam permohonan untuk meneruskan pengajian ke institut pendidikan tinggi atau tawaran yang diperoleh bukan pilihan pertama.
Antaranya, penjaga pelajar sebuah sekolah mendakwa anaknya gagal mendapat pilihan pertama selepas keputusan permohonan UPU lepasan SPM 2023 diumumkan pada 27 Mei lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024

Kementerian juga sedang menjalankan siasatan secara terperinci mengenai perkara itu bagi memastikan ia tidak berulang pada masa akan datang. - Foto fail/BERNAMA
Ikhlas Capital bantu perkukuh perniagaan PMG Healthcare
Pengerusi dan Rakan Pengasas Ikhlas Capital, Tan Sri Nazir Razak, berkata,PMG Healthcare telah membuktikan rekod prestasi yang baik, kepimpinan yang kukuh, budaya yang mantap dan keupayaan yang terbukti dalam bidang yang diceburinya.
PMKS sumbang RM29.bilion kepada ekonomi Sarawak pada 2022
Awang Tengah menyifatkan mintred telah berjaya melaksanakan tugasnya dengan cemerlang apabila membimbing para pengusaha mikro, kecil dan sederhana, mencapai pelbagai kejayaan hingga menyumbang 29.7 bilion kepada ekonomi Sarawak pada 2022.

Asteroid 2024 YR4 tidak lagi timbulkan ancaman besar kepada Bumi - NASA
NASA mengesahkan bahawa asteroid 2024 YR4 yang pada awalnya dianggap sebagai ancaman berpotensi, tidak lagi menimbulkan ancaman besar kepada Bumi pada 2032 atau selepas itu, lapor Xinhua.

Pencarian CFO baharu masih berjalan, siasatan dalaman kes terpencil - Presiden Maybank
Siasatan dalaman itu merupakan kes terpencil dan tidak dicetuskan oleh pihak berkuasa, dan tiada pelanggaran peraturan ditemui semasa siasatan dalaman.
Ekonomi Sarawak diunjur berkembang sebanyak 6 peratus – Timbalan Premier
Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yakin ekonomi Sarawak dijangka berkembang antara lima hingga enam peratus tahun ini.

JPS semak kesesuaian akta, pertimbang empangan jadi kawasan riadah
JPS akan menyemak kesesuaian Akta 298 bagi mempertimbangkan agar kawasan empangan tertentu boleh dibangunkan sebagai lokasi riadah.
Pusat AI Sabah pertama dijangka beroperasi hujung tahun ini
Penubuhan pusat AI tersebut seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan ke arah menggalakkan penggunaan teknologi ini di Sabah.
Sarawak komited capai liputan 100 peratus
Sarawak komited untuk memastikan liputan bekalan elektrik mencapai 100 peratus menjelang tahun 2030.
Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas, namun tiada pertuduhan dikenakan terhadap penganjur.
Empat PPS dibuka di Telupid
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid, SABAH susulan banjir yang melanda daerah itu.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.