NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan sentiasa menambah baik kaedah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan pentaksiran itu.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata proses memantapkan PBD berjalan dari semasa ke semasa dan kaedah itu sentiasa diperbaiki termasuk dengan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dan ibu bapa.
"Malah kita di KPM juga merujuk pada pakar serta dalam masa sama memastikan guru-guru dilatih dan terlibat dengan latihan pengukuhan.
"Ini untuk pastikan mereka ini (guru-guru) diangkat dari segi prestasi, kompetensi dan kecekapan mereka untuk membuat pentaksiran serta libat urus dengan ibu bapa untuk memahamkan mereka bagaimana pentaksiran itu dilaksanakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung usaha KPM untuk memperkemaskan pelaksanaan PBD di sekolah.
FADHLINA-PBD 2 (AKHIR) NIBONG TEBAL
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ditemui selepas merasmikan Majlis Penutupan Sesi Libat Urus Bersama Lembaga Pengelola Sekolah Pulau Pinang (LPS) dan Penyerahan Cek Cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di sini hari ini.
Sebelum ini, Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Anuar Ahmad dilaporkan berkata PBD ialah langkah yang baik tetapi jika dilaksanakan dengan tidak tepat maka akan berlaku kekeliruan dalam kalangan guru dan ibu bapa.
Anuar berkata guru-guru juga tidak dapat melaksanakan PBD dengan berkesan disebabkan jumlah murid yang terlalu ramai di dalam kelas.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata penting untuk memahamkan semua pihak khususnya ibu bapa bagaimana pentaksiran itu dilakukan oleh para guru di sekolah.
PBD katanya ialah kaedah terbaik untuk memastikan proses menilai aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial murid dijalankan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sementara itu, Fadhlina berkata KPM giat menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) di semua sekolah bermula 10 Jan lepas dan dijangka selesai pada 11 Feb ini.
"Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM788.17 juta BAP kepada 5.5 juta pelajar di seluruh negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata proses memantapkan PBD berjalan dari semasa ke semasa dan kaedah itu sentiasa diperbaiki termasuk dengan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan dan ibu bapa. - Foto BERNAMA

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Februari 2025
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
AWANI Tonight: Transnational repression within Malaysia’s borders
With Malaysia as ASEAN 2025 chair, Douglas Teoh from the End Transnational Repression Alliance speaks on the implications of the country’s role in transnational repression particularly in the face of Myanmar’s junta.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).

KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.