MELAKA: Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-72 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Mohd Rustam hari ini.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan Acryl Sani menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Menurut kenyataan itu, turut menerima anugerah sama adalah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.
Selain itu, seramai 14 individu menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira antaranya Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Dr Noor Zari Hamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Md Rawi Mahmud, ADUN Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman dan lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Ann.
Tiga individu pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Hakim Mahkamah Rayuan Darryl Goon Siew Chye, Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Anselm Charles Fernandis dan Pengarah Eksekutif Perodua Auto Corp Kazuyoshi Nagata.
Penerima-penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, antaranya ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Abd Aziz Engan, Ketua Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri Melaka Shamsudin Sharif, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan Unit Dewan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka Haelmy Mohd Hanifah dan Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Mustafa Musa.
Selain itu, kerajaan Negeri Melaka turut menganugerahkan Bintang Cemerlang Melaka kepada pemain badminton negara Aaron Chia Teng Fong dan Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia Ahmad Janius Abdullah.
Menurut kenyataan itu Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka akan diadakan selepas Melaka melangkah ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.
"Kerajaan negeri turut mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan yang lebih teruk," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 23 2021

Acryl Sani menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri. - Gambar fail
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani terima Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dianugerahkan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam.

PUNB peruntuk RM5 juta, sasar lebih 300 peserta JumPER tahun ini - Acryl Sani
Pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.

Acryl Sani dahului 1,209 senarai penerima darjah kebesaran Sabah
Acryl Sani adalah antara dua penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.

'Saya tinggalkan PDRM dengan hati terbuka' - Acryl Sani
Selepas 37 tahun mencurah bakti, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani hari ini mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Sang Saka Biru.

Peralihan kuasa kepimpinan PDRM: 'Tidak ada apa yang janggalnya' - KPN Acryl Sani
Kata Acryl Sani, tiada apa yang janggal dalam proses peralihan kuasa kepimpinan Polis Diraja Malaysia membabitkan dirinya.

Tiada kontroversi dalam soal penggantian Acryl Sani - Saifuddin Nasution
Katanya, soal penggantian jawatan Ketua Polis Negara ialah satu proses biasa.

Sultan Perak rasmi Kem Batalion 3 PGA Bidor
Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 9.35 pagi disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Ketua Polis Daerah diseru tingkat mutu perkhidmatan, kurangkan birokrasi - KPN
Semua ketua polis daerah dinasihat agar menghindari sikap buruk yang menonjolkan sifat angkuh, sebaliknya menerapkan nilai-nilai murni serta memberi keutamaan kepada keperluan pelanggan.

Polis siasat kumpulan dakwa pewaris Kesultanan Sulu - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima satu laporan polis berhubung tindakan sekumpulan penuntut yang mendakwa sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang mengemukakan tuntutan melalui notis timbang tara mele