KOTA TINGGI: Kementerian Perpaduan Negara merancang menambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara sebagai usaha berterusan memupuk semangat perpaduan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata setakat ini, terdapat 1,781 Tabika Perpaduan dengan 35,238 murid di seluruh negara.
Beliau berkata Jabatan Perpaduan Negeri akan melakukan semakan dan bancian terlebih dahulu sebelum hasrat itu dilaksanakan dan setakat ini, Perlis, Melaka serta Putrajaya merupakan antara negeri paling sedikit memiliki tabika tersebut.
"Tabika Perpaduan ini adalah dalam kawasan penempatan perbandaran terutama dalam kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Rasionalnya, bilangan yang kita tambah itu adalah berdasarkan bancian yang sedang dilakukan oleh Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan bantuan persekolahan kepada pelajar sekolah menengah, sekolah rendah dan starter kit Tabika Perpaduan, di sini hari ini.
Ahli Parlimen Kota Tinggi itu juga berkata silibus pembelajaran Tabika Perpaduan ditambah baik dengan pengenalan dua mata pelajaran baharu iaitu pendidikan asas Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.
"Anak-Anak ini berkawan dengan pelbagai kaum, oleh sebab itu, kita perkenalkan silibus baharu ini. Jadi, kita harap kualiti silibus mengikut ketetapan yang ditentukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
"Pada masa sama, kita juga perkenalkan silibus kemahiran diri untuk ajar mereka bagaimana menguruskan diri, kemas katil, kasut disusun di mana dan sebagainya," katanya.
Halimah berkata pada tahun ini, murid Tabika Perpaduan turut diberikan pelbagai kelengkapan persekolahan seperti dua pasang uniform, tudung, beg serta kasut sekolah dan peralatan menulis secara percuma dalam usaha membantu ibu bapa ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
Menyentuh Komuniti Rukun Tetangga (KRT), beliau berkata jumlahnya juga akan ditambah mengikut populasi iaitu mewujudkan KRT bagi setiap 1,000 rumah di satu-satu kawasan.
"Ini dasar baharu yang saya buat. Kalau dahulu 1,500 rumah satu KRT tetapi sekarang kita kecilkan kepada 1,000 dengan satu KRT, begitu juga dengan Skim Rondaan Sukarela (SRS)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021

Datuk Halimah Mohamed Sadique (tiga, kiri) pada Program Bantuan Persekolahan Kepada Pelajar Sekolah Menengah, Sekolah Rendah dan Starter Kit Tabika Perpaduan di Dewan Muafakat Johor, Taman Pasak Indah, hari ini. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Bahasa isyarat akan diperkenalkan di Tabika Perpaduan tahun depan
Pengajaran bahasa isyarat itu merupakan penambahan pengajaran bahasa ketiga di Tabika Perpaduan, selain bahasa Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban.

KPN rancang tambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara
Kementerian Perpaduan Negara merancang menambah bilangan Tabika Perpaduan di seluruh negara sebagai usaha berterusan memupuk semangat perpaduan bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak.

1,781 Tabika Perpaduan laksana PdPR
Halimah berkata, kaedah PdPR dilaksanakan adalah secara lancar di seluruh TP menerusi dua kaedah berkenaan.

Sarawak terima geran Kerajaan Persekutuan bagi pembangunan KRT
Kerajaan negeri Sarawak menerima geran Kerajaan Persekutuan bernilai RM3,615,800.00 bagi menyokong pelaksanaan pembangunan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negeri itu.