Kerajaan belum bercadang menjadikan tanaman ketum sebagai satu daripada produk komoditi negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Beliau menjelaskan memang terdapat cadangan mengenai isu tersebut dibangkitkan ketika pemerintahan kerajaan sebelum ini, namun cadangan itu masih dalam peringkat perbincangan antara kementerian yang terlibat, sebelum ia boleh dilaksanakan.
"Jika dilihat terdapat isu negatif dan positif dalam soal tanaman ketum dan elok jika Kementerian Kesihatan Malaysia selesaikan isu tersebut dahulu," katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan dan ziarah 'Mahabbah' (Kasih sayang) ke kediaman Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di sini, pada Selasa.
Beliau mengulas pertanyaan pemberita apakah pendirian kerajaan terhadap cadangan menjadikan ketum sebagai komoditi di negara ini.
Sebagai rekod sebelum ini ketika era pemerintahan kerajaan Barisan Nasional terdapat cadangan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) agar penanaman ketum dibenarkan sebagai usaha membantu pekebun kecil getah.
Sementara itu, Mohd Khairuddin berkata kementeriannya kini memberi fokus kepada tanaman lain sedia ada, yang turut membantu meningkatkan ekonomi negara.
"Tumpuan kementerian ketika ini adalah untuk memperkasakan hasil komoditi sedia ada seperti kelapa sawit, getah, kayu kayan, koko dan kenaf terlebih dahulu, kemudian baru kita melihat hala tuju yang lebih besar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020

Kerajaan belum bercadang menjadikan tanaman ketum sebagai satu daripada produk komoditi negara. - Bernama

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

Isu calon PM PN: Wan Saiful jumpa Hashim Jasin
Datuk Wan Saiful Wan Jan mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin di kediamannya di Perlis pada Sabtu.

Pas dijangka pinda pelembagaan, libatkan keahlian bukan Islam
Pas dijangka membuat beberapa pindaan perlembagaan antaranya melibatkan keahlian individu bukan Islam menyertai parti itu sebagai ahli bersekutu, pada Muktamar Pas ke-70.

Saranan hidupkan semula kerjasama UMNO-Pas melalui MN tidak ikhlas - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan saranan Pas supaya kerjasama antara kedua-dua parti melalui Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula sebagai tidak ikhlas.

Mursyidul Am Pas nasihatkan Sanusi jaga ucapan
Hashim berkata, Sanusi perlu memastikan apa yang diucapkan tidak menyentuh sensitiviti berkaitan kaum, agama dan institusi diraja (3R) hingga menimbulkan kontroversi.

Isteri Mursyidul Am Pas meninggal dunia
Isteri kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini pada petang Khamis.

Pilihan Tun Mahathir tidak tepat - Mursyidul Am Pas
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menganggap pilihan Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebagai tidak tepat.

Rundingan 'gelap' Pas-UMNO, itu dianggap tidak rasmi - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata sekiranya perbincangan atau rundingan itu dilakukan secara individu, maka ianya bukan dianggap rasmi buat UMNO.

Pas tidak terdesak kerjasama dengan UMNO - Mursyidul Am
Sejak 1951, Pas sudah melalui pelbagai tekanan selain pernah berjuang secara solo selain berpakat dengan gabungan lain dalam pilihan raya.

Pas sentiasa buka ruang kerjasama, tapi jangan tikam belakang - Mursyidul Am
Tegasnya, kebaikan Pas perlu dibalas dengan tindakan yang memberi manfaat kepada kesepakatan umat.

'Hubungan Pas-MN, ibarat kita duduk baik dengan bini kita' - Idris
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad memberi gambaran bahawa hubungan partinya masih baik bersama UMNO dalam Muafakat Nasional (MN).