GEORGE TOWN: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sentiasa mengambil langkah serius untuk terus menjadikan bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada agenda penting pendidikan tinggi negara kerana ia selayaknya menjadi pemangkin yang memacu pemugaran atau pembaharuan sistem yang baik dalam diri masyarakat.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antaranya ialah pelancaran Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi (IPT).
"Di bawah pelan tindakan itu, KPT bersetuju dengan saranan agar mata pelajaran umum universiti yang diwajibkan kepada pelajar antarabangsa boleh digantikan dengan Kursus Bahasa Melayu Komunikasi mengikut kesesuaian dan program pengajian di sesebuah universiti.
"Selain itu, usaha kementerian turut merangkumi penganugerahan tokoh bahasa, penubuhan kursi-kursi bahasa Melayu dan kerjasama erat dengan pelbagai institusi yang menawarkan pengajian berkaitan bahasa Melayu di seluruh dunia.
"Kesemua ini kita ikhtiarkan kerana kita yakin, bahasa Melayu mempunyai kekuatannya yang tersendiri dan kita mahu lebih ramai lagi yang mendalami bahasa Melayu sebagai bidang yang penting dan berpotensi," katanya semasa berucap merasmikan Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2023 kali ke-15 di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM), di sini, pada Sabtu malam.
Mohamed Khaled berkata, dalam mengangkat kedudukan bahasa Melayu dan prestij pengajian bidang itu, KPT turut mempunyai beberapa sasaran antaranya mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai tarikan dan pengisian dalam menjayakan diplomasi pengetahuan.
Beliau berkata, ini bermakna, dalam membina dan mengukuhkan hubungan antarabangsa yang berasaskan pengetahuan dan ilmu, bahasa Melayu mesti menjadi sebahagian daripada disiplin yang diketengahkan.
"Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa yang sejagat dalam menyerlahkan sistem nilai yang baik khususnya dalam menterjemah agenda negara yang merentas kaum dan bangsa.
"Malaysia MADANI misalnya ialah satu etos nasional yang dipasak pada sistem nilai yang baik yang harus menjadi pegangan dan citra bangsa yang dibudayakan dengan penuh kesungguhan dan rasa bangga," katanya.
Mohamed Khaled berkata, KPT juga menyambut baik ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan semua urusan bertulis dan persuratan rasmi kerajaan dilakukan dalam bahasa Melayu.
"Kita ingin pasakkan secara jelas bahawa bahasa bukan sahaja jiwa bangsa, tetapi juga bahasa ialah suri dan seri negara yang mempunyai kedudukan istimewa. Bukan sekadar menjadi pengisi Perlembagaan, tanpa menjadi amalan yang sebenar dalam segenap ruang dan disiplin," katanya.
PABM mula diperkenalkan pada 2007 yang mempertandingkan tiga kategori iaitu Alam Melayu disertai peserta dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand, manakala kategori Antarabangsa pula disertai oleh negara-negara selain lima negara berkenaan.
Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia pula terbuka kepada pelajar universiti di Malaysia selain dari negara bagi kategori Alam Melayu.
Pusingan awal dan suku akhir diadakan secara dalam talian pada September lepas dan sebanyak tiga peserta terbaik daripada setiap kategori terpilih untuk ke pusingan akhir secara bersemuka yang berlangsung di USM malam ini.
Sebanyak tujuh negara yang terlibat dalam pusingan akhir iaitu Malaysia, Brunei, Uzbekistan, China, Bangladesh, Sudan dan Timor-Leste.
Johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 berserta piala pusingan dan piala iringan, manakala naib johan pula menerima hadiah wang tunai sebanyak RM8,000 dan RM5,000 bagi tempat ketiga. - BERNAMA
Bernama
Sat Nov 04 2023
Mohamed Khaled berkata, antara usaha yang diambil Kementerian Pengajian Tinggi ialah melancarkan Pelan Tindakan Pemerkasaan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu di Institut Pengajian Tinggi (IPT). - Foto/fail
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
Khazanah Nasional catat untung operasi RM5.1 bilion pada 2024
Khazanah Nasional Berhad mencatat keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion bagi tahun kewangan 2024, berbanding RM5.9 bilion pada 2023.
Sidang Dewan Rakyat kecoh, bilangan Ahli Parlimen tidak cukup korum
Sidang Dewan Rakyat kecoh susulan isu bilangan Ahli Parlimen yang hadir didapati tidak cukup korum pada sesi perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, pada Rabu. #AWANInews
NAFAS: Syarikat subsidiari tidak berfungsi akan digabung atau ditutup
Syarikat subsidiari Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan distruktur semula melalui proses penggabungan bagi meningkatkan kecekapan operasi.
Kos pelaksanaan PLKN 3.0 lebih rendah - Mohamed Khaled
Kos pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 lebih rendah berbanding dua siri program berkenaan sebelum ini.
Malaysia, Thailand komited perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu dalam pertahanan
Malaysia dan Thailand komited untuk memperkukuhkan hubungan sedia ada, selain meneroka peluang kerjasama baharu termasuk dalam konteks pertahanan.
UMNO cadang had umur anggota sayap Puteri 40 tahun - Khaled Nordin
Cadangan berkenaan sudah dibawa ke peringkat negeri dan bahagian UMNO di seluruh negara untuk dibincang serta diperhalusi secara mendalam.
Kementerian Pertahanan gariskan tiga fokus sepanjang Kepengerusian ASEAN
Mohamed Khaled berkata fokus kedua adalah bagi memastikan ASEAN diangkat sebagai platform diplomasi terbaik dalam menguruskan sebarang cabaran serantau.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
Siasatan RCI berkaitan Batu Puteh bagi fahami fakta di sebalik keputusan tidak teruskan semakan
Mohamed Khaled berkata siasatan itu penting kerana ia melibatkan kedaulatan negara sehingga menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.
Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.
PLKN 3.0 dilaksana berdasarkan kajian terperinci, mendalam - Mohamed Khaled
Kerajaan dan Kementerian Pertahanan telah menjalankan kajian terperinci secara kuantitatif dan kualitatif pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0.