PUTRAJAYA: Rang undang-undang berhubung cadangan pindaan Seksyen 15 dan 16 di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang akan memberikan kebebasan kepada mahasiswa dalam beberapa perkara termasuk aktiviti berpersatuan, dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.
Bercakap kepada media selepas Sesi Townhall AUKU di sini hari ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata rang undang-undang AUKU 1971 itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pertengahan Jun ini.
"(Pindaan rang undang-undang) sudah dikenal pasti seksyen-seksyennya dan sedang dimurnikan ayat-ayatnya.
"Kementerian sedang dalam proses memuktamadkan fasal-fasal yang melibatkan pelajar dan akan menambahkan lagi ruang dan kebebasannya untuk bergerak sepanjang masa sebagai mahasiswa, ini melibatkan soal kegiatan yang mereka jayakan dan juga soal tanggungjawab dan peluang mereka untuk mengendalikan sendiri akaun mereka," katanya.
Mohamed Khaled berkata kementerian mengambil maklum keluhan mahasiswa yang tidak bebas untuk membuat aktiviti di dalam kampus kerana perlu merujuk dan mendapatkan kelulusan daripada pihak universiti selain berdepan dengan kekangan kewangan untuk menganjurkan sebarang aktiviti.
"Memandangkan ini perkara yang kita percaya boleh atasi soal perasaan mahasiswa yang tersekat, kita akan pinda perkara ini lebih-lebih lagi kita berpendapat ini juga satu cara kita bangunkan kematangan dan kedewasaan pelajar-pelajar, bila dia bertanggungjawab, dia sendiri mengurus dan menjaga akaun dan dia sendiri menguruskan jenis aktiviti.
"Jadi sebab itu pindaan terhadap perkara ini (dibuat)," katanya.
Terdahulu, semasa berucap di hadapan 500 mahasiswa dan pegawai akademik dari 20 universiti awam, Mohamed Khaled berkata sekiranya pindaan terhadap AUKU berjaya dilaksanakan kerajaan juga akan meminda Akta Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Langkah itu bagi memastikan mahasiswa UiTM yang tidak tertakluk kepada AUKU turut mendapat kebebasan yang sama seperti pelajar di universiti awam yang lain.
"UiTM tidak tertakluk kepada AUKU tetapi fasal yang ada mirip dengan AUKU jadi kita akan pinda juga supaya tiada yang boleh mengatakan pelajar UiTM terkebelakang daripada universiti lain sebab akta universiti mereka tidak dipinda," katanya.
AUKU ialah akta untuk membuat peruntukan bagi menubuhkan, menyelenggara dan mentadbir universiti dan kolej universiti dan bagi perkara lain yang berkenaan dengannya.
Hanya Seksyen 15 dan 16 di bawah AUKU yang secara khusus memperuntukkan aspek mahasiswa, manakala selainnya mengenai kuasa menteri dan pentadbiran universiti secara umum termasuklah cara pengurusan hal ehwal kewangan universiti.
Pada 10 Dis 2018, Dewan Rakyat meluluskan pindaan AUKU membabitkan pemansuhan Seksyen 15(2)(c) yang menghalang mahasiswa terbabit dalam kegiatan politik di kampus, sekali gus memberi lebih banyak ruang dan kebebasan dalam bersuara serta berpolitik.
Pada 19 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan memberi jaminan akan menghapuskan peruntukan dalam AUKU yang menyekat kebebasan mahasiswa dan pensyarah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023
Mohamed Khaled berkata rang undang-undang AUKU 1971 itu akan dihantar ke Jabatan Peguam Negara (AGC) pertengahan Jun ini. - Fail/BERNAMA
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Dilema tersorok ekonomi, apa yang kritikal?
Perbincangan eksklusif bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, menyelami isu-isu tersirat dalam ekonomi Malaysia. Bagaimana dari tekanan inflasi yang semakin perlahan hingga kebimbangan terhadap pertumbuhan global, apakah cabaran kritikal yang perlu ditangani segera? Ikuti diskusi lanjut.
ELSA Speak: AI Revolusi Pembelajaran Bahasa Inggeris di WEF 2025
Syarikat ELSA Speak mencuri perhatian di World Economic Forum 2025 di Davos dengan inovasi AI mereka yang mempermudah pembelajaran bahasa Inggeris. Editor kanan, Najib Aroff, menemubual pengasasnya, Vu Van, untuk mendalami perjalanan syarikat ini sejak sebelum kecerdasan buatan menjadi arus perdana.
Insentif berasaskan dasar, pacu perubahan ekonomi tingkah laku - Rafizi
Kerajaan akan memperkenalkan lebih banyak insentif baharu menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13) selain daripada pengagihan dana dan projek untuk merangsang ekonomi, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli. Beliau berkata insentif itu akan dirangka mengikut dasar yang diperlukan bagi memacu perubahan ekonomi tingkah laku dan masyarakat bagi menyokong transformasi negara.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4320/4480 berbanding dolar AS daripada 4.4420/4465 semalam.
Trump tandatangan perintah eksekutif jadikan Amerika pusat AI dunia
Pendekatan baharu Trump untuk menjadikan Amerika sebagai peneraju global dalam inovasi teknologi sambil menghapuskan dasar era Biden.
KPT jangka pindaan AUKU dibentang hujung tahun ini - Mohamed Khaled
Rang undang-undang berhubung cadangan pindaan Seksyen 15 dan 16 di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.