KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) disaran agar mempertimbangkan pengambilan pelajar kali ini tidak hanya berdasarkan keputusan akademik semata-mata tetapi turut mengambil kira kemahiran dan latar belakang mereka.
Koordinator Sekretariat Mahasiswa Majlis Belia Malaysia (MBM), Jurais Abdullah berkata, pelajar yang fokus kepada akademik tidak semestinya boleh bercakap di hadapan khalayak ramai dan berkomunikasi secara berkesan.
Jelasnya, KPT dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) juga perlu memastikan graduan pada akhir nanti mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi, mempunyai kemahiran berkomunikasi yang jelas dan mempunyai keputusan akademik yang baik.
Ujarnya, perlu untuk di peringkat yang pertama ini, KPT dan IPTmemastikan tiga tunjang utama pengambilan pelajar diberikan perhatian.
"Pertama, pendidikan atau akademik; yang kedua, kemahiran; dan ketiga, latar belakang. Selain itu kita boleh lihat juga adakah KPT bersedia untuk memastikan pelajar baru ini akan belajar di dalam sistem pembelajaran dalam talian ataupun bersemuka.
"Kita tidak tahu lagi bagaimana keadaan pandemik negara yang hari ini semakin menular. Oleh yang demikian, KPT dan juga IPT perlu berdiskusi dan berbincang serta menyelesaikan masalah PdPR yang mana kita lihat pelajar yang berada di kampus mempunyai tekanan masing-masing seperti berjauhan dengan keluarga, tidak mempunyai kewangan dan walaupun internet laju serta mempunyai akses perpustakaan di kampus namun kita lihat juga pelajar di rumah yang mempunyai tekanan tersendiri," katanya dalam sidang maya pada Jumaat.
Dalam pada itu jelas Jurais, pelajar di rumah juga mempunyai tekanan tersendiri yang jelas diluahkan dalam beberapa video tular di media sosial.
Ujarnya, KPT seharusnya memastikan dua permasalahan itu mendapat penyelesaian segera untuk memastikan kementerian itu dan IPT sendiri sentiasa mesra pelajar.
Selain itu katanya, KPT juga boleh memberikan waktu bertenang kepada pelajar berkenaan dan mengecualikan mereka dari tugasan serta sebarang kerja untuk dihantar dalam satu tempoh tertentu.
Terdahulu, KPT dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan permohonan kemasukan ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat Sijil, Asasi dan Diploma, serta Ijazah Sarjana Muda Senibina Universiti Teknologi Mara (UiTM), bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan diumumkan hari ini.
Astro Awani
Fri Jul 16 2021

Jelas Jurais, pelajar di rumah juga mempunyai tekanan tersendiri yang diluahkan dalam beberapa video tular di media sosial. - Foto Astro AWANI

Pendandan rambut mengaku tidak bersalah cederakan suami guna penyapu, pisau
Seorang pendandan rambut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan mencederakan suaminya, Jumaat lepas.

Wanita dipenjara 10 tahun kerana amang seksual anak perempuan jiran
Seorang wanita dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, selepas didapati bersalah melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 13 tahun.

Empat RUU berkaitan kecekapan perkhidmatan, kerajaan tempatan dibentang di Dewan Rakyat
RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 bertujuan meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan perkhidmatan kerajaan.
[TERKINI] Dua lagi kakitangan digantung, pengurusan Astro bertemu MCMC
Astro Audio adakan siasatan dalam terperinci berhubung kes kandungan dalam talian yang menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat khususnya kaum India. Pengurusan Tertinggi Astro telah mengadakan perjumpaan dengan MCMC.

Kandungan kurang sensitif: Astro Audio bertemu MCMC, gantung tugas Azad, Nabil, Radin dan dua lagi
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Pagi ERA dan dua lagi.

Pengembalian autonomi Parlimen sebahagian besar reformasi institusi Madani - PM
Kerajaan mahu pastikan Parlimen berfungsi sebagai badan legislatif yang benar-benar bebas, berwibawa, dan berdaya saing.
Hakim Jepun dipilih sebagai presiden baharu ICJ
Hakim Jepun, Yuji Iwasawa dipilih sebagai presiden baharu Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi tempoh 2025 sehingga 5 Februari 2027.
Tingkat kemahiran, produktiviti mampu lonjak pendapatan
Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Polis sahkan wanita Jepun jatuh dari tingkat 4 isteri usahawan dan pempengaruh
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian wanita warga Jepun yang maut terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium adalah isteri kepada usahawan dan pempengaruh media sosial.

Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah
Remaja perempuan Orang Asli hilang dari rumah

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).