LUMUT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata anak mangsa yang belajar di universiti pula akan dikecualikan yuran pengajian.
Beliau berkata keputusan itu dibuat sebagai usaha mengurangkan beban keluarga mangsa dalam bidang pendidikan dan ia mendapat persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Setakat ini, data yang kita kumpul menunjukkan ada 21 anak mangsa yang masih bersekolah dan telah dikenal pasti serta akan diberi akaun SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) secara percuma.
"Kita akan kemas kini bilangan sebenar anak mangsa yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Pegawai Waran II Allahyarham Mohd Shahrizan Mohd Termizi di Taman Bunga Tanjung, Batu 10 Lekir malam tadi.
Beliau berkata tabungan PTPTN itu akan memudahkan mereka menerima bantuan lain pada masa depan.
"Saya percaya di peringkat Kementerian Pertahanan mungkin ada perancangan untuk anak mangsa, jadi dengan adanya simpanan SSPN akan memudahkan bantuan disumbangkan termasuk oleh agensi lain.
"Bagi pengecualian yuran pendidikan di universiti pula, setakat ini hanya seorang sahaja anak mangsa iaitu Nurul Shahfiqah Mohd Shahrizan, 21, yang belajar di Universiti Malaysia Kelantan," katanya.
Zambry juga berkata pihaknya mengambil maklum dan memandang serius isu seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi selain tidak menghormati sentimen masyarakat seperti yang tular di media sosial.
"Susulan itu, saya telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera. Saya turut meminta Universiti Malaya menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut," katanya.
Pada masa sama, beliau mengingatkan setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan menyemak latar belakang mana-mana individu dengan teliti sebelum menjemput mereka ke majlis serta program yang dianjurkan.
Zambry berkata setiap keputusan perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan.
"Walaupun institusi pendidikan tinggi diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi itu bukan bermakna ia bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
![KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714004716_ZambryAbdKadir.jpg)
Zambry sertai solat jenazah sebelum dibawa ke tempat pengebumian masing-masing. - Foto Facebook/Zambry Abdul Kadir
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734615702_ZambryAbdulKadir.jpg)
Jangan perbesar isu pakar runding sambilan hospital digantung kerja - Zambry
Zambry meminta semua pihak tidak memperbesarkan isu berkaitan penggantungan kerja seorang pakar runding sambilan di sebuah hospital universiti.
![Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737192476_ProfIzani.jpg)
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
![Transformasi mahasiswa daripada pencari kepada pencipta kerja antara fokus KPT Transformasi mahasiswa daripada pencari kepada pencipta kerja antara fokus KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736960154_TBruangbicara.jpg)
Transformasi mahasiswa daripada pencari kepada pencipta kerja antara fokus KPT
Usaha mentransformasikan mahasiswa daripada seorang pencari pekerjaan kepada pencipta pekerjaan selepas menamatkan pengajian menjadi fokus KPT dalam PPPM 2025-2035 yang sedang dirangka.
![Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736668791_PalisadesFire.jpg)
Kebakaran: KPT minta pelajar Malaysia di Los Angeles kemas kini butiran diri
Semua pelajar Malaysia yang berada di Los Angeles, Amerika Syarikat digalak untuk mengemas kini butiran diri dan pengajian melalui sistem MyData@EducationMalaysia4U.
![UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736301518_naibcanselor.jpg)
UTM, UMPSA terima Naib Canselor baharu - KPT
Pelantikan kedua-dua individu ini berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang akademik dan pengurusan universiti.
![UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734761628_UniversitiMalaya.jpg)
UM, pihak berkuasa siasat dakwaan pensyarah lakukan gangguan seksual - KPT
Unit Integriti Universiti Malaya (UM) sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti tersebut.
![Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51709162013_KementerianPendidik.jpg)
Jenayah seksual: KPT pandang serius salah laku dalam kalangan IPT
Kementerian menyeru agar semua pihak memberikan ruang untuk siasatan menyeluruh dilaksanakan.
![Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731511755_ZambryAbdulKadir.jpg)
Banjir: KPT beri ruang universiti laksana pembelajaran dalam talian
Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Zaini Ujang.
![KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732374617_TBZAMBRY.jpg)
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
![KPT hasrat sedia lebih penajaan program sub kepakaran, sabatikal kepada pensyarah UA KPT hasrat sedia lebih penajaan program sub kepakaran, sabatikal kepada pensyarah UA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731324812_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT hasrat sedia lebih penajaan program sub kepakaran, sabatikal kepada pensyarah UA
KPT kini sedang menyemak semula kemudahan penawaran dan syarat kelayakan baharu untuk program pascakedoktoran dan tidak terhad kepada pensyarah berjawatan tetap sahaja.