KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengendalikan sebanyak 2,959 kes penderaan berbentuk fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak-kanak, dari Januari hingga Mei tahun ini.
KPWKM dalam kenyataan hari ini menyebut daripada jumlah itu, 647 kes berlaku di Selangor, diikuti Sabah sebanyak 333 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (326 kes).
Menurut kenyataan itu, KPWKM telah menubuhkan 140 Pasukan Pelindungan Kanak-Kanak (PPKK), 133 Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (PKKK) dan 142 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) sebagai mata dan telinga kementerian itu sekali gus mewujudkan program advokasi kepada masyarakat setempat.
"Kerjasama strategik dengan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut diadakan sebagai sinergi antara kementerian dalam meneruskan program advokasi kepada masyarakat agar lebih cakna dalam isu ini," menurut KPWKM.
Pihak KPWKM juga menyediakan Talian Kasih iaitu talian prihatin masyarakat sebagai akses kepada orang awam dan berfungsi sebagai single point of contact kepada masyarakat sebagai usaha mewujudkan persekitaran selamat kepada kanak-kanak.
"Sebarang bentuk pengabaian dan penderaan kanak-kanak bolehlah dilaporkan di Talian Kasih 15999 atau WhatsApp 019 2615999 atau kunjungi mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran atau menghubungi mana-mana balai polis yang berdekatan," menurut kenyataan itu.
Berhubung Program Advokasi Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak yang dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri hari ini, kenyataan itu menyebut program itu ialah inisiatif menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan golongan kanak-kanak di negara ini.
"Program Advokasi hari ini menjadi platform kepada masyarakat setempat khususnya guru-guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta komuniti setempat berperanan dalam membantu KPWKM mencegah berlakunya peningkatan kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023
Daripada 2,959 kes penderaan dan pengabaian itu, 647 kes berlaku di Selangor, diikuti Sabah sebanyak 333 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (326 kes). - Gambar hiasan
Parlimen: Kerajaan belum muktamad projek LPT3
Cadangan projek pembinaan Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT 3) dengan anggaran kos RM9.8 billion masih belum dimuktamadkan.
Anak muda Malaysia kini kurang berhibur di Sungai Golok
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan, peratusan anak muda Malaysia yang berhibur di Sungai Golok kini semakin berkurangan susulan penutupan pangkalan haram 1 Disember 2024.
Malaysia lihat tanda awal pemulihan populasi - Nik Nazmi
Malaysia kini melihat tanda-tanda positif dalam pertumbuhan populasi harimau Malaya, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Perubahan iklim: Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
Malaysia menggesa negara anggota ASEAN mengambil pendirian yang lebih tegas dan bersatu dalam menangani isu perubahan iklim sempena pemegangannya sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih
Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.
[TERKINI] Taklimat media Khazanah Annual Review 2025
Ikuti taklimat media oleh Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sempena Khazanah Annual Review (KAR) 2025 di Innovation Centre, Mercu UEM.
'Bukan main masukkan saja sesuka hati' - YB Masjid Tanah
Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengkritik & mempersoalkan kesahihan data kemasukan pelancong asing yang dinyatakan Menteri Pelancongan, Tiong King Sing dalam laporan media sebelum ini.
#AWANInews
#AWANInews
Perang perdagangan tidak akan jejas pertumbuhan KDNK Malaysia pada 2025 - Rafizi
Malaysia berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran KDNK 2025 walaupun berdepan risiko daripada perang tarif.
PKP: Jangan terus jadi mangsa dera, hubungi Talian Kasih dan PDRM - Ismail Sabri
Tindakan itu diambil selepas wujud kebimbangan mengenai kes penderaan domestik yang mungkin akan meningkat sepanjang tempoh PKP