KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berjaya membantu serta membimbing 300 wanita yang hilang punca pendapatan, pencari nafkah utama dan ibu tunggal menerusi Kursus Bimbingan Perniagaan Bagi Program MyKasih Kapital iaitu inisiatif di bawah Program Wanita Bangkit@KWPKM.
KPWKM dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan kursus yang dijalankan di Lahad Datu, Sabah itu dirasmikan oleh Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri bagi menggerakkan Program Wanita Bangkit@KPWKM dan setakat hari ini, ia telah menerima sejumlah 4,130 peserta.
"Objektif Kementerian menerusi inisiatif MyKasih Kapital adalah untuk memperkasa ekonomi kumpulan sasar dan meningkatkan taraf hidup golongan wanita yang memerlukan bantuan segera kewangan untuk memulakan perniagaan melalui bantuan MyKasih Kapital," menurut kenyataan itu.
Setakat Ahad, Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM telah membimbing dan membangunkan seramai 18,900 wanita seluruh negara melalui kursus keusahawanan serta bimbingan permulaan perniagaan dengan kolaborasi strategik pelbagai jabatan, agensi dan syarikat korporat.
Menurut kenyataan itu, pendekatan tersebut adalah bagi mengoptimum potensi individu berdasarkan kemahiran dalam perniagaan bagi menjana pendapatan.
"Kursus bimbingan yang diberikan adalah persediaan asas bagi golongan wanita untuk mempersiapkan diri bagi memulakan perniagaan e-dagang, drop-ship (pesan hantar) dan perniagaan kecil-kecilan yang bukan di bawah skim keusahawanan yang ditawarkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional serta Amanah Ikhtiar Malaysia," katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan aspek psikopendidikan turut menjadi fokus utama program tersebut supaya wanita terbabit diberi perkongsian untuk memantapkan diri dengan mengenali potensi diri oleh Kaunselor Berdaftar Pusat Sokongan Sosial Setempat.
"Melalui perkongsian potensi diri, para peserta dapat meningkatkan jati diri wanita dan memberi kesedaran serta penerokaan ilmu baharu melalui sokongan emosi yang mampu membangkitkan daya tahan untuk memulakan kehidupan yang baharu akibat hilang punca pendapatan kesan pandemik COVID-19, penceraian, penderaan dari segi fizikal atau emosi dan peningkatan kos sara hidup," katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan KPWKM komited untuk terus memartabatkan kaum hawa dalam aspek sosioekonomi dan yakin inisiatif tersebut dapat membantu golongan terjejas khususnya wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 16 2023
Setakat Ahad, Program Keusahawanan Wanita Bangkit@KPWKM telah membimbing dan membangunkan seramai 18,900 wanita seluruh negara. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Bekas Datuk Bandar disyaki lulus projek, 3 yang lain terima imbuhan
Bekas Datuk Bandar yang ditahan dalam Op Ragada bersama dua wanita dan seorang lelaki pada Rabu dan semalam disyaki antara individu yang bertanggungjawab meluluskan projek diselewengkan pegawai pengurusan tertinggi sebuah stesen penyiaran di Sarawak.
Dua lelaki terlibat pelbagai jenayah di empat negeri ditahan
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
Polis Selangor terima 31 laporan libatkan RM2.1 juta kerugian
Polis setakat ini menerima 31 laporan membabitkan kerugian RM2.1 juta berhubung penipuan umrah di negeri itu.
Empat diberkas bersama dadah bernilai RM4.03 juta di Johor
Polis menahan empat individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM4.03 juta dalam serbuan di dua kondominium mewah di sekitar bandar raya ini pada 10 dan 11 Januari lalu.
Saya harap ayah ditemukan sama hidup atau mati - Anak
Anak kepada salah seorang nelayan yang dikhuatiri hilang di Pulau Undan, Melaka tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berharap pasukan penyelamat dapat membawa pulang bapanya dengan selamat.
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
ASEAN 2025: Malaysia akan meremajakan mekanisme utama
Malaysia juga tidak mahu terjebak dengan pertikaian kuasa-kuasa besar, sebaliknya lebih suka bekerjasama dengan negara-negara anggota yang sehaluan dan rakan dialog.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.