CYBERJAYA: Kre8tif!, platform rangkaian untuk pemain industri kandungan digital terus menyokong matlamat Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk mengukuhkan Malaysia sebagai kuasa serantau dalam ekosistem kandungan digital yang kondusif, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata di bawah teraju cemerlang MDEC, kementerian yakin Kre8tif! akan membuka pintu kreatif pencipta kandungan Malaysia dan membantu meningkatkan nilai ekosistem kandungan digital tempatan.
"Ini sejajar dengan inisiatif strategik nasional baharu kami, Malaysia Digital untuk menggalakkan dan menarik syarikat, bakat dan pelaburan di samping membolehkan perniagaan Malaysia dan rakyat untuk memainkan peranan utama dalam ekonomi digital global," katanya dalam ucapan alu-aluan sebelum melancarkan Kre8tif! Persidangan dan Pertukaran Perniagaan di sini hari ini.
Acara hibrid itu menampilkan padanan perniagaan, elevator pitch, bengkel, acara anugerah, persidangan dan pameran berlangsung dari 7 hingga 18 November di Cyberjaya.
Sejak diwujudkan pada 2009, Kre8tif! telah berkhidmat sebagai platform rangkaian perniagaan yang pasti untuk menghubungkan pemain industri dari seluruh Asia Tenggara.
Menurut Mohammad kementerian itu juga berminat untk melihat Kre8tif! berfungsi sebagai penyokong utama untuk peluang dan rangkaian perniagaan bagi industri kandungan digital di rantau ini dengan kelebihan penggerak pertama yang kukuh.
"Selama bertahun-tahun industri ini terbukti semakin berdaya tahan, membina perkongsian pengetahuan selama beberapa dekad dan memanfaatkan rangkaian pakar antarabangsa yang luas untuk memastikan kandungan Malaysia dapat menyaingi industri matang seperti di Amerika Syarikat, Korea Selatan dan China," katanya.
Mohammad berkata industri kandungan digital bukan hanya menyumbang kepada ekonomi negara tetapi juga pemboleh utama dalam mengeksport idea dan budaya Malaysia ke pentas antarabangsa.
Oleh itu beliau berkata Kre8tif! adalah peluang keemasan bagi pemain industri untuk mempelajari daripada gergasi industri, mengambil bahagian dalam perbincangan dengan individu kreatif berfikiran sama dan mendahului trend global yang membentuk industri.
"Kami menyeru kepada semua pencipta kandungan digital tempatan untuk mengambil peluang ini dan bersinar. Tunjukkan kepada dunia bahawa kita boleh setanding dengan atau lebih baik daripada rakan-rakan kita di Hollywood.
"Pada akhirnya, kami semua berusaha untuk menjadikan industri kandungan kreatif Malaysia berdaya saing di peringkat global dan bertaraf antarabangsa. Untuk itu, kami menerima mandat kami untuk memperkasakan industri kreatif negara dan membina ekosistem digital pengeluar kandungan yang mantap," katanya.
Sementara itu ketika ditemui, Mohammad berkata Malaysia mempunyai ramai juruanimasi yang berpotensi besar berdasarkan bakat dan kemahiran yang ada pada anak muda, setanding dengan negara-negara lain.
"Kita dapat lihat bagaimana mereka mempamerkan kreativiti masing-masing melalui pelbagai animasi dan ada di antaranya berjaya menghasilkan filem, cerita-cerita pendek sama ada melalui online punya OTT (perkhidmatan over-the-top) atau penyiar yang lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 08 2022

K-KOMM yakin Kre8tif! membuka pintu kreatif pencipta kandungan Malaysia dan membantu meningkatkan nilai ekosistem kandungan digital tempatan. - Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Kre8tif! Terus sokong wujudkan ekosistem kandungan digital Malaysia
K-KOMM yakin Kre8tif! membuka pintu kreatif pencipta kandungan Malaysia dan membantu meningkatkan nilai ekosistem kandungan digital tempatan.