Ringkasan AI
- Kepimpinan dan Keputusan: Krisis sebenar adalah kegagalan kepimpinan dalam membuat keputusan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim. Penggunaan AI dan Inovasi: Pemimpin perlu memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan inovasi untuk mencari solusi kepada masalah perubahan iklim. Penilaian Sumber Tenaga: Penting untuk menilai semula penggunaan tenaga dalam pembangunan teknologi dan AI agar tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar.
Pengarah Eksekutif Sunway Centre for Planetary Health Sunway University, Prof. Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata, pemimpin perlu memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dan inovasi dalam menangani isu alam semasa.
“Perubahan iklim bukan krisis. Krisis yang sebenar ialah kita yang tidak menggunakan kecerdasan buatan (AI) dan inovasi sedia ada untuk mencari solusi yang boleh mengatasi masalah perubahan iklim.
“Perubahan iklim bukan krisis. Krisis sebenar adalah pada kepimpinan dan keputusan untuk menggunakan teknologi, inovasi dan kecerdasan,” katanya.
Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim – Jemilah Mahmood
Pada masa yang sama, Jemilah turut membangkitkan keperluan untuk menilai semula penggunaan tenaga dalam pembangunan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) agar tidak memberi kesan parah kepada alam.
Jelasnya, keseimbangan perlu dicari antara meneruskan usaha pembangunan dan langkah-langkah kelestarian dalam mengejar kemajuan.
“Satu daripada risiko yang ketara seperti yang dikenalpasti melalui Laporan Risiko Global oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) ialah teknologi. Kita tahu bahawa teknologi dan kecerdasan buatan (AI) menggunakan tenaga yang sangat tinggi.
“Semasa kita bangunkan teknologi kita, kita perlu menilai kembali sumber tenaga yang digunakan. Adakah sumber tenaga itu satu sumber yang lestari dan hijau? Adakah kita boleh pastikan manfaat daripada teknologi dan AI tidak menghapuskan usaha kelestarian kita,” ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin ketika ditemui di Mesyuarat Tahunan Forum Ekonomi Sedunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland.
WEF menghimpunkan pemimpin global untuk menangani cabaran utama global dan serantau. Ini termasuk memberi respons kepada kejutan geopolitik, merangsang pertumbuhan untuk meningkatkan taraf hidup, dan menguruskan peralihan tenaga secara adil serta inklusif.
Agenda AWANI #WEF25: Krisis dunia | Bukan tiada solusi, manusia yang gagal mengurus?