KUALA LUMPUR: Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan peruntukan RM400 bilion untuk pembangunan projek yang sedia ada dan baharu, mencetuskan kebimbangan tentang kemungkinan salah laku oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Perkara itu disuarakan Presiden Persatuan Pemeriksaan Penipuan Bertauliah Malaysia, Datuk Seri Akhbar Satar dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau yang juga bekas Presiden Transparency International Malaysia berkata, projek awam boleh menelan kos yang tinggi memandangkan kerajaan membelanjakan jumlah besar untuk projek-projek mega.
“Itu membolehkan mereka yang terlibat dalam pemberian projek mengambil peluang menyalah guna kuasa mereka dan melakukan rasuah.
“Situasi menjadi lebih buruk apabila sesetengah projek mega diberikan menerusi rundingan terus dan tender terhad kepada kroni atau syarikat tertentu,” ujar Akhbar.
Jelasnya, jika dibiarkan, krisis semasa tu akan berkembang menjadi hal yang lebih buruk dan pada bila-bila masa saja skandal rasuah seterusnya boleh terjadi.
Penubuhan akta
Menurut Akhbar, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menggesa penubuhan akta yang dikenali sebagai Akta Salah Laku Dalam Perkhidmatan Awam bagi menghukum penjawat awam yang menyebabkan kerugian dana awam akibat kecuaian dan tidak beretika di jabatan kerajaan masing-masing, dengan pertuduhan jenayah.
Tambahnya, undang-undang di bawah akta tersebut akan bertindak sebagai pencegah dan senjata utama bagi mereka yang berniat mahu menyalahgunakan kuasa.
"Datuk Seri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM menyatakan bahawa kes rasuah yang mengakibatkan kebocoran dan pembaziran perolehan kerajaan melibatkan penjawat awam (pimpinan atasan) dilihat semakin kritikal dan mendahului senarai kerugian kewangan yang ketara.
"Kira-kira 50 peratus kes tersebut melibatkan agensi kerajaan yang membuat keputusan, berpunca dari penyalahgunaan kuasa dan manipulasi proses perolehan dan penipuan,” katanya.
Akhbar berkata, di bawah undang-undang semasa, penjawat awam yang terlepas daripada penyalahgunaan kuasa dan rasuah kerana bukti yang tidak mencukupi atau isu teknikal lain, hanya menghadapi tindakan dalaman atau tatatertib.
"SPRM berpendapat, tanpa undang-undang khusus, ia mungkin menjadi lompong kepada pesalah, dilepaskan dengan hanya dikenakan tindakan tatatertib," kata beliau.
Projek sakit
Akhbar yang juga salah seorang Ahli Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) menambah, kewujudan ‘projek sakit’ yang gagal disiapkan, yang kebanyakannya diberikan melalui rundingan terus yang bukan sahaja melemahkan aspirasi kerajaan dan rakyat malah menyebabkan kos projek meningkat.
"Kontrak harus diberikan kepada kontraktor dengan bukti kebolehpercayaan, kemampuan, tanggungjawab, dan rekod prestasi baik dari segi teknikal dan kewangan.
“Dalam soal tadbir urus yang baik, semakan sewajarnya ke atas harga wajar dibuat terhadap kontraktor sebelum penganugerahan kontrak memandangkan sekarang ini mendapatkan maklumat menerusi internet begitu mudah terutamanya tentang harga pasaran,” terangnya.
Ujarnya, terdapat cadangan agar Akta Salah Laku Dalam Perkhidmatan Awam harus merangkumi menteri dan ahli politik, memandangkan mereka juga bertanggungjawab dalam keputusan muktamad berkaitan pemberian kontrak kementerian.
Menurut Akhbar lagi dalam kenyataannya, Jabatan Audit Negara harus diberi kuasa untuk menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas projek-projek besar kerajaan apabila terdapat tanda 'bendera merah' bahawa syarikat itu terlibat dalam tuntutan palsu atau aktiviti penipuan.
"Penting juga untuk difikirkan, selepas Rancangan Malaysia Ke-11 yang merangkumi 55 tahun, kenapa kita masih perlu membina banyak projek fizikal?
"Kita tidak perlukan projek mega yang akan membuka ruang lebih banyak tender dan perolehan, yang menjadikan penjawat awam yang tidak beretika cenderung untuk menyalah guna kuasa atau memanipulasi melalui rundingan terus dan kronisme," ujarnya.
Astro Awani
Sun Oct 24 2021

Akta Salah Laku Dalam Perkhidmatan Awam yang perlu ditubuhkan akan bertindak sebagai pencegah dan senjata utama bagi mereka yang berniat mahu menyalahgunakan kuasa. - Gambar hiasan

1MDB tarik balik saman terhadap Riza Shahriz dan dua pihak lain
Peguam yang mewakili 1MDB dan tiga anak syarikatnya memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi, beliau telah menerima arahan untuk menarik balik kes tersebut terhadap semua defendan.

Azerbaijan labur AS$2 bilion di Pakistan - Shehbaz
Presiden Azerbaijan dan PM Pakistan memuktamadkan portfolio pelaburan Azerbaijan bernilai AS$2 bilion dalam projek yang memberi manfaat bersama di Pakistan.

Remaja perempuan dua kali ganda berisiko murung - Noraini
Golongan remaja perempuan Malaysia berdepan dengan risiko menghidap masalah kesihatan berkaitan mental termasuk kemurungan, dua kali ganda lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Tenaga kerja: Kerjasama semua agensi tangani perubahan landskap pekerjaan
Zambry berkata, kerjasama semua pihak adalah penting untuk menangani landskap pekerjaan yang berubah dengan pantas.

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.

SPRM tidak boleh ikut cara lama sampai, cari maklumat - KP SPRM
Warga SPRM perlu berubah daripada segi pendekatan dan tidak boleh mengikut cara lama dalam menyampaikan atau mencari maklumat, kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

Bekas pemain badminton kebangsaan didakwa menipu lebih RM58,000
Seorang bekas pemain badminton kebangsaan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat atas dua pertuduhan menipu seorang lelaki berjumlah RM58,029 untuk tujuan pertaruhan dalam talian dan pelabura

Terbuka adakan siasatan segera terhadap Mohd Nazlan - MPM
Sebagai sebuah badan penguatkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat sesuatu dengan sesuka hati tanpa bukti.

Kritikal untuk cegah amalan rasuah dalam limpahan belanjawan RMK12 - Akhbar Satar
Situasi menjadi lebih buruk apabila sesetengah projek mega diberikan menerusi rundingan terus dan tender terhad kepada kroni atau syarikat tertentu

Rasuah: Jurutera daerah antara 6 ditahan SPRM, babitkan projek jutaan ringgit
Suspek berusia di antara 31 hingga 44 tahun itu dipercayai mengawal 11 syarikat didaftarkan atas nama mereka dan proksi untuk membolot projek agensi Pusat berkenaan yang ditawarkan di daerah itu.

Kementerian Pertahanan belum dimaklumkan penemuan isu 'land swap' - Mohamad
Mohamad menegaskan pihaknya telah mengemukakan laporan siasatan bagi dua daripada 16 projek land swap kepada pihak SPRM pada 21 Februari lepas.

'Mahathir tetap Mahathir, tapi...'
Dari segi dasar dan prinsip, Dr Mahathir dilihat jelas berubah berbanding masa lalunya.

1MDB: Abu Kassim sahkan SPRM bekerjasama dengan FBI
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed pada Ahad mengesahkan agensi berkenaan menjalin kerjasama dengan FBI.

SPRM Pulau Pinang tahan pegawai kanan ICU JPM
Pegawai kanan itu ditahan di pejabatnya kira-kira pukul 12 tengah hari sebelum dibawa ke pejabat SPRM Pulau Pinang, di sini untuk diambil keterangan.

Tiada keperluan untuk wajibkan ahli parlimen isytihar harta - Paul Low
Kerajaan ketika ini tidak melihat keperluan untuk mewajibkan semua ahli parlimen untuk mengisytiharkan harta masing-masing kepada umum.