PUTRAJAYA: Kementerian Sumber Manusia (KSM) terus memberi perhatian terhadap isu perburuhan khususnya melibatkan pekerja asing selain melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap inisiatif sedia ada, kata Menterinya Datuk Seri M. Saravanan.
Memandang serius isu dibangkitkan dalam Laporan Tahunan 2021 Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagangan manusia, Saravanan berkata KSM antara lain akan mengkaji semula isu berkaitan kos dikenakan oleh agensi pekerjaan swasta serta menyemak semula memorandum persefahaman yang ditandatangani dengan negara-negara sumber.
Menurut Laporan Pemerdagangan Manusia (TIP) 2021 yang dikeluarkan baru-baru ini, Malaysia berada pada Tahap Tiga iaitu tahap paling rendah dan menyebut kerajaan Malaysia tidak memenuhi sepenuhnya standard minimum dan tidak melakukan usaha signifikan bagi memerangi jenayah pemerdagangan manusia.
Saravanan dalam kenyataan hari ini berkata KSM akan mengkaji semula isu berkaitan kos yang dikenakan agensi pekerjaan swasta sekiranya terdapat kos tersembunyi membebankan pekerja mahupun majikan sehingga menjurus kepada elemen eksploitasi dan perhambaan hutang.
Beliau berkata memorandum persefahaman yang telah dan akan ditandatangani dengan negara-negara sumber juga disemak semula bagi memperkasakan elemen perlindungan hak golongan pekerja dan dalam masa sama, tidak membebankan majikan.
Saravanan berkata KSM juga berkolaborasi dengan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi membangunkan satu pelan tindakan nasional mengenai buruh paksa dan buruh kanak-kanak yang dijangka dimuktamadkan pada suku keempat tahun ini.
KSM sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Pemerdagangan Buruh juga akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak berkepentingan lain dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang khususnya buruh paksa, katanya.
Mengakui isu perburuhan menjadi amat kompleks berikutan pandemik COVID-19, Saravanan berkata penguatkuasaan Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) juga diperketatkan seiring dengan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 untuk meningkatkan jumlah sabitan berkaitan isu buruh paksa.
Bagi membela kebajikan pekerja, beliau berkata majikan yang menggaji pekerja domestik, diwajibkan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bermula pertengahan tahun ini dan KSM juga akan memperhalusi aspek sama ada pekerja domestik perlu dilindungi di bawah Akta Kerja 1955.
Mengenai aplikasi Working for Workers (WFW) yang dilancarkan Mei lepas, Saravanan berkata sehingga 4 Julai, sebanyak 4,636 aduan diterima dengan 3,502 aduan telah disiasat dan diambil tindakan
"Maklumat daripada aduan yang diterima ini juga telah membantu pihak penguat kuasa KSM untuk menyiasat dakwaan kes buruh paksa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 05 2021

KSM terus memberi perhatian terhadap isu perburuhan khususnya melibatkan pekerja asing selain melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap inisiatif sedia ada, kata Menterinya Datuk Seri M. Saravanan. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Majikan dibenar menggaji pekerja asing diberhentikan majikan lama - KSM
KSM menggesa para majikan untuk memberikan keutamaan kepada pekerja tempatan dalam penawaran dan pengisian kekosongan yang ada.