KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan pengembara dari luar negara yang telah lengkap vaksinasi COVID-19 akan menjalani tempoh kuarantin yang dipendekkan kepada tujuh hari.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagi yang tidak divaksin atau tidak lengkap vaksinasi COVID-19, mereka perlu menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari.
Menerusi satu kenyataan, KKM turut menyenaraikan mereka yang terlibat dan ia adalah seperti berikut:
1) Mana-mana warganegara, pemastautin tetap Malaysia, ekspatriat atau kor diplomatik atau mana-mana orang asing lain yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen memasuki Malaysia dari luar negara.
2) Kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
3) Individu yang diberi perintah pengawasan dan pemerhatian oleh pegawai diberi kuasa, contohnya individu yang pulang dari kawasan berisiko tinggi berlaku penularan jangkitan seperti yang diumumkan oleh kerajaan.
BACA: Kerajaan tidak buka sempadan negara sewenang-wenangnya - PM Ismail Sabri
Tambah Khairy, tempoh kuarantin wajib tersebut berkuat kuasa pada 18 Oktober 2021.
Kenyataan terbaharu itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini berkaitan Pengurangan Tempoh Kuarantin Wajib Pengembara dari luar negara serta Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Rapat.
Jelas Khairy lagi, bagi individu yang sedang menjalani kuarantin wajib, mereka akan diberi Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian (Release Order) mengikut tempoh kuarantin baharu yang telah diumumkan.
“Walau bagaimanapun ujian RT-PCR perlu dijalankan sebelum Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian.
“Sehubungan itu, bagi individu yang sedang menjalani kurantin wajib hari ke-5 dan ke atas serta telah lengkap vaksinasi COVID-19, mereka akan menjalani ujian RT-PCR bermula hari ini.
“Sekiranya keputusan ujian pengesanan COVID-19 adalah negatif, mereka akan diberikan Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian pada 18 Oktober 2021,” ujarnya.
Manakala bagi individu yang tidak mengambil vaksin atau tidak lengkap vaksinasi COVID-19 dan sedang menjalani kurantin wajib hari kelapan dan ke atas, mereka juga boleh menjalani ujian RT-PCR bermula Sabtu.
“Sekiranya keputusan ujian pengesanan COVID-19 adalah negatif, mereka akan diberikan Pelepasan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian pada 18 Oktober 2021.
“KKM ingin memaklumkan bahawa garis panduan sedia ada yang berkaitan masih terpakai dan orang awam diingatkan untuk mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan.
“Kegagalan untuk mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ini, merupakan satu kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” tegasnya.
Astro Awani
Sat Oct 16 2021

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, bagi yang tidak divaksin atau tidak lengkap vaksinasi COVID-19, mereka perlu menjalani tempoh kuarantin selama 10 hari. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.

Siasatan ke atas KJ: Malaysiakini hanya saksi, bukan sasaran - Fahmi
Portal berita dalam talian, Malaysiakini, hanya merupakan saksi dalam siasatan polis terhadap kenyataan yang dikeluarkan Khairy Jamaluddin.

Polis selesai rakam keterangan Khairy - KPN
Difahamkan proses merakam keterangan mengambil masa 45 minit dan Khairy dilihat keluar dari lokasi berkenaan pada 6 petang.

Titah Adendum: USJT Bukit Aman siasat KJ
Siasatan terhadap bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang mendakwa dua menteri dalam Kerajaan Perpaduan menyembunyikan kebenaran di sebalik Titah Adendum dijalankan USJT, Bukit Aman.

Pegawai Azalina lapor polis terhadap KJ
Setiausaha Politik Azalina, Suraya Yaacob membuat laporan polis terhadap Khairy di Balai Polis Sentul pada Jumaat.

KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.

KJ tepati ramalan rangkul anugerah Penyampai Radio Popular
Khairy atau KJ menewaskan penyampai lebih senior seperti Sharifah Shahirah, Haiza, Tyzo dan DJ Sonic.

Hampir 5,000 peserta ketepi fahaman politik sertai Larian Keluarga Malaysia
LKM mungkin jadi acara tahunan kerana dapat penyertaan menggalakkan dan ia membantu YKM meraih dana untuk menjaga ribuan anak yatim.

Pas perlu lupakan Muafakat Nasional, tumpu strategi baharu - Khairy
Khairy Jamaluddin sarankan Pas fokus strategi baharu dan tidak lagi bergantung pada Muafakat Nasional yang dianggap tidak relevan.

Kalau nak jadi PM, KJ perlu ikut keberanian Anwar ‘lawan’ AS - Zaid
Anwar sedar risiko yang dihadapinya jika 'melawan' AS tapi itulah jalan untuk menjadi pemimpin Islam terkemuka kerana Malaysia hanyalah sebuah negara kecil yang tiada suara besar di pentas dunia.