KUCHING: Sarawak mengisytiharkan dua bahagian di negeri itu iaitu Kuching dan Bintulu sebagai kawasan jangkitan rabies mulai hari ini.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
"Semua anjing berkeliaran yang diuji adalah tidak divaksinasi. Justeru, saya mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran jika digigit oleh haiwan yang disyaki berpenyakit rabies,"katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, beliau menandatangani perintah pemvaksinan anti-rabies di bawah seksyen 40 (1) Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999, yang menghendaki semua anjing di dalam negeri mendapatkan vaksinasi anti-rabies dan penggalak tahunan,
Dr Rundi berkata pemilik anjing mesti bertanggungjawab memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin dengan vaksin anti-rabies.
"Mana-mana pemilik atau orang yang menjaga anjing yang gagal mematuhi perintah ini akan didenda sehingga RM2,500.
"Manakala bagi anjing yang sudah terdedah kepada rabies yang tidak ada bukti vaksinasi akan dilupuskan," katanya.
Dr. Rundi berkata Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPVS) Sarawak bersama dengan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak (UKPS) telah mempergiatkan program vaksinasi anti-rabies di seluruh Sarawak.
"Orang ramai boleh mendapatkan vaksin anti-rabies anjing percuma mereka di mana-mana pejabat veterinar kerajaan pada waktu pejabat dan vaksinasi besar-besaran akan diumumkan dari semasa ke semasa di akaun Facebook rasmi JPVS," katanya.
Beliau berkata tahun ini pihaknya menyasarkan untuk memberi vaksin sehingga 50,000 ekor anjing.
Menurut Jabatan Kesihatan Negeri, Sarawak mencatatkan 16 kematian tahun lepas daripada 18 kes rabies manusia.
Jumlah kumulatif kes rabies manusia kini berjumlah 73 dengan 66 kematian sejak Julai 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024

Pemilik anjing mesti bertanggungjawab memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin dengan vaksin anti-rabies. - Gambar fail

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Empat maut dalam kemalangan di Jalan Stutong, Kuching
Empat maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta dan dua motosikal di Jalan Stutong, Kuching, tengah hari tadi.

Bayi cedera digigit: Pemilik, pembantu taska ditahan
Polis menahan tiga wanita bagi membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.

Malaysia anjur Forum Zakat dan Wakaf Dunia 2025 di Sarawak
Forum itu dijangka menjadi platform penting untuk menangani cabaran serantau dan meningkatkan kerjasama antara kerajaan.

RWMF 2024: Kitaro, legenda yang tidak mahu berhenti belajar mencipta muzik
Dengan lebih 24 album terhasil sejak 1977, legenda berusia 71 tahun itu merasakan proses pembelajaran itu tidak pernah terhenti.

Sarawak rancang bangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching
Sarawak merancang untuk membangunkan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Kuching tersenarai 13 bandar teratas mampu dinikmati pesara - Laporan
Walaupun banyak destinasi persaraan bernilai baik di seluruh dunia, International Living Magazine menonjolkan Kuching antara 13 tempat yang luar biasa.

AirAsia tambah penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari
AirAsia akan mempertingkatkan kekerapan penerbangan laluan Jakarta-Kuching bermula 8 Februari.

PDRM tubuh pasukan khas siasat kematian pelajar berhampiran pusat hiburan
Sebuah pasukan siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes kematian pelajar wanita yang ditemukan berhampiran sebuah pusat hiburan di Kuching.

Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia
Penganjur yakin jelajah pada 27 Okt di Hikmah Exchange itu akan mendapat sambutan luar biasa susulan imej Yuna yang tidak asing lagi.

Ada baiknya kerajaan terkebelakang dalam dasar teknologi - Pakar Dasar Teknologi
"Kerajaan harus fahami bahawa persediaan dan mekanisme yang mereka ada tidak membolehkan mereka untuk bergerak sepantas keperluan pasaran."