AMPANG: Tiga ekor kuda dengan seekor daripadanya dalam keadaan lemah dikesan berkeliaran di jalan raya menghala Bukit Ampang di sini.
Menerusi kemas kini di Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, kesemua haiwan tersebut dipercayai bertuan, namun tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik.
"Seekor daripadanya kelihatan lemah dan tidak mampu bangun (terbaring di pembahagi jalan).
"Warga sekitar taman perumahan ini diminta membantu Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengesan pemilik untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang kerana membiarkan kuda peliharaan terabai dan tidak berkebajikan," katanya menerusi perkongsian pada Isnin.
Sementara itu, menerusi perkongsian tersebut, orang awam tampil memaklumkan haiwan tersebut kini telah diselamatkan dan berada di bawah jagaan unit berkuda Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Kuda sudah selamat dalam jagaan pasukan berkuda PDRM. Doakan yang baik-baik," kata pengguna akaun Facebook, Suzila Hashim.
Ada juga antara orang awam mendakwa pemilik kuda tersebut telah tampil menuntut haiwan tersebut, namun tidak dibenarkan berikutan haiwan tersebut perlu diberi rawatan kerana terdapat kesan luka serta dalam keadaan tidak terurus.
Seorang pengguna media sosial, Naza Majid pula meminta tindakan dikenakan ke atas pemilik kuda berkenaan kerana mengabaikan penjagaan haiwan itu.
"Pemilik tak nak bertanggungjawab, rampas saja haiwan itu dan dan buka untuk adoption.
"Pihak berkuasa tempatan suka benar melengahkan kerja. Kalau sudah rampas dan pemiliknya baru terhegeh-hegeh hendak mengaku maka saman dia. Saman betul-betul bukan takat celah gigi saja," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 23 2023

Persatuan Haiwan Malaysia berkongsi keadaan tiga ekor kuda yang dilihat berkeliaran di jalan raya. - Foto Facebook/Persatuan Haiwan Malaysia

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Semua haiwan di premis GISB Rawang sudah diselamatkan
Haiwan tersebut, antaranya enam ekor kuda dua ekor kuda padi - salah satunya bunting - dibawa keluar dari kawasan itu kira-kira jam 7 petang tadi.

Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.

Penghantar makanan naik kuda hantar pesanan pelanggan
Kejadian jarang berlaku itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu merakam gelagat lelaki tersebut.

Heba Nusaybah srikandi cilik handal memanah berkuda
Srikandi cilik antara atlet termuda dalam komuniti sukan tersebut tidak pernah serik biarpun beberapa kali terjatuh ketika menunggang kuda.

Kereta rosak teruk langgar kuda, mahu pemilik bertanggungjawab
Shamsuri Shamsudi berharap pemilik kuda tersebut menghubunginya susulan tiada individu tampil sejak kejadian tersebut berlaku.

Penduduk UK terkejut kuda cuba naik bas
Kuda itu dilihat dibantu oleh dua lelaki memakai jaket kuning untuk memanjat tangga kenderaan awam tersebut.

Kuda dibiar berkeliaran, pemilik digesa dikenakan tindakan
Kesemua haiwan tersebut dipercayai bertuan, namun tiada pihak tampil mengaku sebagai pemilik.

Kuda bawa pedati rebah akibat kekurangan air
Kuda itu hanya terbaring dan meletakkan kepalanya di atas jalan ketika pemandunya mengeluarkan ia daripada pedati tersebut.

Perarakan kematian diiringi helikopter dan kuda: 7 lelaki dirakam percakapan
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas hasil siasatan selesai.

Tokyo 2020: Opocot! Atlet ekuestrian dakwa patung sumo buat kuda terkejut
Ada peserta mengadu, 'pemandangan' paling jelas dilihat ketika hendak membuat lompatan adalah 'punggung' yang terdedah.