SHAH ALAM: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang ditubuhkan pada 1995 telah dinaik taraf kepada universiti penuh dengan kini dikenal sebagai Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) bermula hari ini.
Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata penaiktarafan itu dibuat selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Datuk Seri Abdul Razak Jaafar bagi mempersembahkan watikah rasmi naik taraf KUIS sebagai UIS, di Istana Bukit Kayangan, di sini, semalam.
Beliau berkata naik taraf itu membuktikan UIS adalah sebuah institusi yang setanding dengan institusi pengajian tinggi (IPT) lain dan pihaknya berharap universiti berkenaan akan sentiasa mengekalkan momentum kecemerlangan serta memaksimumkan penghasilan pelajar cemerlang dalam bidang profesional serta hebat di sisi agama Islam.
"UIS perlu sentiasa mengorak langkah komprehensif serta mengambil peluang agar dapat membuktikan pengalaman 27 tahun mengelola pengajian tinggi ini akan merealisasikan kejayaan demi kejayaan apabila menjadi sebuah universiti.
"MAIS juga menyeru kepada ibu bapa dan pelajar di luar sana, agar memilih UIS sebagai salah satu institusi keutamaan untuk melanjutkan pengajian yang berteraskan syariah Islamiah di Selangor ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
UIS merupakan sebuah IPT milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan secara rasmi pada 15 Feb 1995 di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, menawarkan pelbagai program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah serta memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) antanya pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 14 2022

Naik taraf itu membuktikan UIS adalah sebuah institusi yang setanding dengan institusi pengajian tinggi (IPT) lain. - Foto: facebook Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

KUIS dinaik taraf kepada universiti penuh, kini dikenali UIS
Naik taraf itu membuktikan UIS adalah sebuah institusi yang setanding dengan institusi pengajian tinggi (IPT) lain.

Ketua Kesatuan Ulama Sedunia rujukan antarabangsa dalam Maqasid Syariah - Mujahid
Selain pemikiran yang jelas tentang kehidupan hari ini, ulama dari Maghribi itu layak dipilih berdasarkan banyak buku yang dihasilkannya.

Graduan perlu cipta peluang kerja, bukan hanya cari kerja - Azmin
Rantaian ekosistem untuk menaikkan nilai PKS perlu berpaksikan modal insan yang berpengetahuan dan terlatih dalam bidang masing-masing.

Selangor suntik RM101.73 juta pada sektor pendidikan
Datuk Seri Azmin Ali berkata ia adalah bagi memperkasa kualiti pendidikan dan kemahiran berinovasi.

Polis sahkan bekas pelajar KUIS terlibat IS
Polis mengesahkan seorang bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Syamimi Faiqah telah berlepas ke Syria, 4 Okt lepas dipercayai untuk menyertai kegiatan kumpulan militan IS