KOTA KINABALU: Usaha sedang dilakukan untuk memperbetulkan persepsi Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Sehubungan itu, Ongkili berkata pengumpulan data sedang dilakukan oleh kementeriannya untuk mendapatkan input yang tepat bagi pangkalan data nasional mengenai kemiskinan.
"Satu kumpulan akan pergi ke Kampung Gana dahulu sebelum bergerak ke tempat lain untuk mengumpulkan data dan sebarang maklumat yang diperoleh akan disalurkan kepada kerajaan. Bagaimanapun sebelum sebarang pembangunan dilakukan, kemudahan asas harus diperbaiki terlebih dahulu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ongkili berkata Kota Marudu dipilih untuk memulakan kerja pengumpulan data itu selepas dinamakan daerah termiskin di negeri ini.
Program itu bertujuan untuk mengumpul data serta mendidik dan membimbing pemimpin masyarakat tentang bagaimana menyebarkan maklumat mengenai bantuan kerajaan terutama untuk mengurangkan kadar kemiskinan.
"Kota Marudu bukan daerah termiskin di Sabah. Terdapat banyak pembangunan selama beberapa dekad di sini dan penduduk dapat menikmati kemajuannya," katanya.
Ongkili berkata di kawasan tanah rendah Kota Marudu, ekonomi luar bandar adalah kukuh.
"Daerah ini mempunyai lebih 20,000 hektar kelapa sawit, daerah penanaman padi kedua terbesar di Sabah dan terdapat 10,000 hektar getah.
"Ekonomi tempatan adalah lebih kukuh berbanding daerah lain," kata Ongkili, yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu.
Beliau bagaimanapun berkata lebih 10 kilometer dari pusat bandar, penempatan golongan miskin yang bergantung hidup sebagai petani seperti di daerah Pitas, Beluran, Kinabatangan, Kudat, Pensiangan dan Keningau.
"Kemudahan asas dan teknologi moden diperlukan serta pekerjaan yang produktif untuk belia luar bandar," tegasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 05 2021

Ongkili berkata pengumpulan data sedang dilakukan oleh kementeriannya untuk mendapatkan input yang tepat bagi pangkalan data nasional mengenai kemiskinan. - fotoBERNAMA

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

Polis tumpas sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta di Keningau
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan tidak berkastam dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri

Polis buru lelaki terlibat kes bunuh di Keningau
Seorang lelaki dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Lingkudau, Keningau, semalam.

Anggota tentera Brunei maut ketika berkonvoi ke Sandakan
Sarjan Mejar Mohammad Joeriman disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Keningau.

Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk
Sebuah stesen minyak dipecah masuk selepas cermin pintu kaca premis tersebut dilastik sehingga pecah dalam kejadian di Pekan Sook di Keningau.

Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah
Kenderaan MPV dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan pacuan empat roda, lalu berlaku pertembungan.

Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.

Anak dituduh mencuri punca lelaki maut
Mangsa, warga Indonesia berusia 47 tahun ditemukan pada jam 4 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Jambatan baharu Sungai Liau, Keningau bernilai RM7.2 juta dijangka siap 2024
Projek pembinaan jambatan baharu Sungai Liau di Kilometer 117.1 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom bernilai RM7.2 juta telah mula dilaksanakan dan dijangka siap pada Februari 2024.

Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pagalan bersama keluarganya di Kampung Baru Durok pada Sabtu.