SEPANG: Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia seramai 280 orang, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 9.30 malam tadi, menandakan bermulanya operasi haji fasa kedua untuk Musim Haji 1445H/2024M, bagi menyambut kepulangan jemaah haji ke tanah air.
Ketibaan mereka disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar; Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain serta Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman.
Kumpulan pertama yang terdiri daripada jemaah Kedah dan Kelantan, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 6.40 pagi (waktu Arab Saudi) hari yang sama menaiki pesawat AMAL by Malaysia Airlines (MH 8251).
Mohd Na'im berkata, operasi haji tahun ini, berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan tertib dan jayanya.
"Walaupun menghadapi beberapa keadaan yang amat mencabar seperti keadaan cuaca panas terik, namun kesemua para jemaah tetap dapat melaksanakan ibadat dengan selamat, teratur dan mempamerkan tahap disiplin yang tinggi.
"Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada TH, kerana sekali lagi telah meletakkan sepenuh komitmen dalam menyampaikan perkhidmatan bermutu tinggi dan tatakelola pengurusan yang amat cekap dengan pelbagai penambahbaikan demi kelancaran dan keselesaan ibadah para jemaah negara," katanya.
Mohd Na'im berkata, komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan TH dalam mengendalikan operasi haji tahun ini juga terbukti, dengan pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi melalui Anugerah Labbaittom bagi kategori kepuasan tertinggi dalam perkhidmatan, buat kali ketiga berturut-turut.
"Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada TH, agensi kerajaan, badan korporat, para dhuyufurrahman dan semua pihak yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung, dalam menjayakan operasi haji kali ini dan semoga amal kebajikan ini mendapat keberkatan di sisi Allah," katanya.
Mohd Na'im berkata, setakat hari ini, seramai 18 jemaah haji negara, iaitu 13 lelaki dan lima perempuan berusia antara 37 hingga 79 tahun, meninggal dunia di Tanah Suci dengan kebanyakan mereka terkena serangan jantung dan mendapat jangkitan kuman pada darah.
Beliau berkata, daripada 18 jemaah yang meninggal dunia, 10 jemaah sempat berwukuf pada 9 Zulhijah lepas, manakala urusan badal haji bagi baki lapan jemaah yang tidak sempat berwukuf, telah disempurnakan oleh pihak TH tanpa mengenakan sebarang kos tambahan.
Mohd Na'im berkata, pihak TH serta agensi, akan mengadakan pascanilai untuk mengenal pasti aspek penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk musim haji yang akan datang.
Sementara itu, Syed Hamadah berkata, pengiktirafan Anugerah Labbaittom yang diterima menjadi pemangkin buat TH, untuk sentiasa mencari ruang inovasi dalam menyedia dan memberikan perkhidmatan yang terbaik setiap tahun.
"TH akan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah haji negara dan membuat penilaian teliti bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi musim haji akan datang.
"Matlamat dan objektif yang digariskan untuk operasi haji kali ini telah berjaya dicapai, antaranya TH telah membantu menyelaraskan supaya hampir kesemua jemaah haji dapat melaksanakan wuquf di Arafah pada 9 Zulhijah dan ini bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW dalam riwayat At-Tirmizi, haji itu adalah Arafah," katanya.
Sebanyak 100 penerbangan sewa khas disediakan oleh AMAL by Malaysia Airlines dan Saudia Airlines, bagi membawa kesemua jemaah haji pulang ke tanah air bermula 24 Jun dan penerbangan terakhir dijadualkan pada 20 Julai.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024

Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, kira-kira pukul 9.30 malam tadi. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.

Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.

Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.

Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk

Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.

TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.

Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.

Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.

Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.

Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.