PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan lawatan khas Sheikh Al-Azhar Al-Sharif Profesor Dr Ahmad Muhammad Ahmad At-Tayyeb ke Malaysia sebagai penghormatan besar kepada negara kerana menerima kunjungan seorang tokoh dan imam besar yang dihormati dan dimuliakan oleh dunia Islam.
Beliau berkata Sheikh Al-Azhar, kini dalam rangka lawatan empat hari ke Malaysia hingga Jumaat, dikenali sebagai ketua ilmu yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia Islam sejak sekian lama.
"Saya bagi pihak rakan-rakan terutama dari pihak Kerajaan Malaysia berasa terharu kerana undangan saya tatkala bertemu dengan Imam Besar Al-Azhar Al-Sharif, beliau terus menerima dan mengatur pertemuan pada malam ini," katanya dalam ucapan aluan pada Majlis Ilmu MADANI: Distinguished Speaker Series di sini yang dihadiri lebih 400 tetamu.
Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Perdana Menteri berkata selain berpendirian tegas dalam isu Palestin, Sheikh Al-Azhar juga sangat arif mengenai permasalahan semasa.
"Beliau mahu umat Islam ke depan dalam soal digital, kecerdasan buatan, peralihan tenaga dan juga dalam hal ini, maknanya beliau minta supaya umat Islam jangan ketinggalan bidang-bidang penerokaan alam pemikiran teknologi baru.
"Sebab itu beliau juga akan terlibat secara langsung dalam perhimpunan The World Future's Summit di New York. Ini bagi saya satu peranan yang besar kepada kekuatan Islam, terikat kepada akidah dan akhlak Islam tetapi masih terus maju untuk membawa serta menuntut perubahan umat Islam dalam bidang-bidang yang perlu diterokai.
"Sebab itu bagi saya, kehadiran beliau insya-Allah akan beri manfaat kerana menekankan kepentingan peningkatan kefahaman Islam," katanya.
Lawatan khas Sheikh Al-Azhar, yang berstatus Perdana Menteri berdasarkan Perlembagaan Mesir, merupakan detik bersejarah dalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Arab Mesir selain membuktikan pertalian erat dan kerjasama rapat antara kedua-dua negara dalam usaha membangunkan umat Islam yang progresif serta dinamik.
Sementara itu, Sheikh Al-Azhar dalam syarahan beliau bertajuk 'Peranan Akhlak dan Toleransi Dalam Pembangunan Negara MADANI' menyeru rakyat Malaysia untuk menjaga keharmonian dalam kalangan rakyat yang berbilang bangsa.
"Saya juga ingatkan kalian yang hadir untuk mengambil pedoman daripada Nabi Muhammad SAW dari aspek pergaulan sesama muslim serta antara muslim dan bukan muslim," katanya dalam Bahasa Arab yang diterjemah ke Bahasa Melayu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 03 2024
Anwar berkata selain berpendirian tegas dalam isu Palestin, Sheikh Al-Azhar juga sangat arif mengenai permasalahan semasa. - Gambar Bernama
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Pantau Agenda Reformasi: Misi PM ke UK: Apa bakal kita dapat?
Selepas lawatan kerja rasmi ke UAE, PM meneruskan misi ke beberapa buah negara di Eropah seperti UK, Jerman dan Switzerland. Apa manfaat daripada hasil lawatan ini?
TRAVEX 2025 menghimpunkan peserta dari lebih 40 negara
Penganjuran ASEAN Travel Exchange (TRAVEX) 2025 yang diadakan bersempena dengan Forum Pelancongan ASEAN (ATF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, menghimpunkan peserta dari 42 negara, mencerminkan jangkauan luasnya.
Syarikat pembekal sandwic kontroversi dakwa bahan mentah ada sijil halal
Syarikat itu memberitahu, penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju, dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh Jakim.
Malaysia perkukuh perdagangan minyak sawit, kerjasama serantau - MPOB
Malaysia komited memanfaatkan rangka kerja serantau seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) ASEAN dengan negara seperti Korea Selatan, Australia dan New Zealand.
MOTAC seru negara anggota ASEAN tingkat kerjasama
Malaysia menyeru semua negara ASEAN mempertingkatkan kerjasama bagi melonjakkan sektor pelancongan di rantau ini.
Saya telah bertemu Jho Low di Abu Dhabi sebelum sertai 1MDB - Arul Kanda
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy memberitahu beliau bertemu Jho Low di Abu Dhabi, empat tahun sebelum pelantikannya ke dalam syarikat itu.
Hari Kebangsaan Singapura: Sama-sama Maju ke Hadapan
SINGAPURA menyambut Hari Kebangsaan yang ke-55 pada 9 Ogos 2020.