KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.
Menterinya Datuk Seri Zambry Abd Kadir dalam satu kenyataan juga memberi jaminan bahawa pelajar cemerlang SPM 2023 yang memperoleh keputusan 10A juga diberi jaminan tempat dalam matrikulasi atau pengajian Asasi di Universiti Awam.
"Lanjutan daripada itu juga Perdana Menteri turut memaklumkan kepada pihak KPT untuk terus membuat penilaian yang sama buat pelajar-pelajar yang memperolehi 10A ke atas untuk mereka mendpaat tempat belajar di universiti yang menawarkan tempat ke kursus asasi.
"Oleh yang demikian pihak kementerian dan KPT akan bekerjasama dalam memastikan supaya pelajar-pelajar yang memperolehi 10A ini akan diberikan tempat.
"Ini merupakan salah satu dasar yang dibuat oleh kerajaan bagi memastikan setiap pelajar yang berusaha, berjaya dalam pengajian diberikan tempat yang sewajarnya," tambahnya lagi.
Sementara itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin juga memberi jaminan bahawa kerajaan mengekalkan kuota Bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kuota itu tetap dikekalkan kerana ia termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Kenyataan dikeluarkan Zambry susulan pengumuman dilakukan Perdana Menteri pada Ahad di mana semua lepasan SPM yang mendapat keputusan 10A ke atas tanpa mengira kaum dan wilayah akan ditawarkan peluang melanjutkan pengajian pada peringkat matrikulasi bermula tahun ini. Ia merupakan keputusan yang dipersetujui Jemaah Menteri pada mesyuarat Jumaat lepas.
Anwar berkata walaupun keputusan itu memberikan pengiktirafan pada kecemerlangan tanpa mengira kaum dan latar belakang, namun kerajaan pada masa sama tegas mempertahankan kuota Bumiputera.
Azib Zikry
Mon Jul 01 2024
![Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719808655_ZambryKptMatriku.jpg)
ZAMBRY: Ini merupakan salah satu dasar yang dibuat oleh kerajaan bagi memastikan setiap pelajar yang berusaha, berjaya dalam pengajian diberikan tempat yang sewajarnya. - Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Agenda reformasi ke arah tangga ke-25 CPI
Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2024 Malaysia kekal dengan skor 50 pada kedudukan ke-57. Sejauh mana skor CPI 2024 beri kesan kepada sasaran Kerajaan untuk mencapai tangga ke-25 CPI menjelang 2033?
![KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723297269_TBEwonBenedick.jpg)
KUSKOP salur pembiayaan lebih RM300 juta untuk usahawan PMKS, koperasi negeri sembilan tahun lepas
KUSKOP menyalurkan pembiayaan berjumlah RM346.28 juta kepada 9,937 usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) serta koperasi di Negeri Sembilan sepanjang 2024.
![Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739447583_wargaasingditahan.jpg)
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
Pasangan warga asing ditahan 'berlakon' kurang siuman dalam pesawat
![Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712566563_TBsampah.jpg)
Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.
AirBorneo: Detik bersejarah sektor pelancongan Sarawak - STB
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga PElancongan SArawak (STB), Sherzade Datu Salleh Askor berkata, pengambilalihan maswings adalah detik bersejarah dalam sektor pelancongan sarawak dan tepat pada masanya ketika Sarawak sedang giat mempromosikan produk pelancongannya.
AirBorneo diyakini mampu lonjakkan industri pelancongan Sarawak
Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, yakin AirBorneo membantu merancakkan aktiviti pelancongan di Sarawak, terutama dari segi segmen kehadiran pelancong.
AirBorneo bakal jadi hab penerbangan serantau di ASEAN
AirBorneo akan diperluaskan secara berperingkat ke destinasi strategik, termasuk Singapura, Kuala Lumpur, Kalimantan, Jakarta, Bali, Hong Kong, dan Shenzhen, bagi memperkukuh keterhubungan dan pertumbuhan ekonomi rantau ini.
AirBorneo inisiatif bantu ekonomi Sarawak - Abang Jo
Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, penubuhan airborneo bukan semata-mata untuk mengaut keuntungan, sebaliknya sebagai inisiatif memacu pembangunan ekonomi wilayah itu.
SMJE tambah hasil RM100 juta
SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) menambah hasil pendapatan jualan sebanyak RM100 juta menerusi kargo minyak mentah pertama tahun ini.
Isu tanah, perbezaan kos punca kelewatan projek pembangunan
Isu tanah dan perbezaan kos anggaran awal dengan bajet sebenar dilihat antara punca kelewatan pelaksanaan lebih 400 projek pembangunan di Sabah.
!['Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil 'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736944404_TBfahmi.jpg)
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
![MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724382314_AHMADYAZIDOTHMAN.jpg)
MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.
![UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724237554_TBZAMBRYUMNO.jpg)
UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
![Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724063832_PuTERA.jpg)
Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.
![Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719822702_Pelajar.jpg)
Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.
![Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716470529_tbgenericstudentin.jpg)
Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.
![Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719927009_AgendaAWANI.jpg)
Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.
![Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719891692_TBWEEKASIONGJB.jpg)
Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.
![Matrikulasi: Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan - PM Anwar Matrikulasi: Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719887680_AnwarIbrahim.jpg)
Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.
![Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719808655_ZambryKptMatriku.jpg)
Kuota Bumiputera di Matrikulasi kekal, pelajar cemerlang SPM akan ditawar Asasi UA - Zambry
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memberi jaminan kuota bumiputera lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi melanjutkan pengajian ke peringkat matrikulasi adalah kekal.