SEREMBAN: Kupang di Port Dickson masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan, kata Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan (JPNS) Kasim Tawe.
Beliau berkata hasil analisis sampel kedua kupang dan air diambil daripada perairan Port Dickson oleh makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur masih mengesan biotoksin melebihi kadar had pengambilan yang selamat.
"Kami perlukan tiga ujian untuk mengenal pasti sama ada nak teruskan atau batalkan larangan mengambil serta menjual kupang dari lokasi terbabit. Sampel ketiga sudah diambil hari ini dan dijangka Jumaat ini untuk keputusannya.
"Jadi, buat masa ini kupang di kawasan itu masih tidak selamat untuk dimakan dan larangan penjualannya kepada pengusaha atau nelayan masih dilaksanakan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata kadar biotoksin yang dikesan dalam sampel kedua lebih rendah berbanding sampel pertama namun ia masih belum mencapai kadar selamat untuk manusia iaitu 800 per bilion (ppb).
Kasim berkata kehadiran biotoksin di perairan terbabit juga berlaku secara semula jadi dan berkemungkinan dipercepatkan oleh perubahan cuaca atau kandungan nutrien air laut di perairan itu.
Pada 4 April lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Wan Aznan Abdullah dilaporkan berkata hasil analisis makmal Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur mendapati terdapat alga berbahaya yang menyebabkan kupang di perairan Port Dickson dicemari dan tidak selamat dimakan.
Beliau berkata sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari biotoksin serta alga spesies Prorocentrum, Alexandrium dan Pseudonitzschia berbahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 15 2024
![Kupang di Port Dickson masih tidak selamat dimakan - JPNS Kupang di Port Dickson masih tidak selamat dimakan - JPNS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713174923_KUPANGjpg.jpg)
Sampel kupang yang diambil dari kawasan penternakan di Sungai Sekawang dan Kampung Telok di Port Dickson bagi tujuan uji kaji, pada 5 April lalu. - Foto Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Lebih 1,000 murid terkesan banjir di Baling kembali ke sekolah esok Lebih 1,000 murid terkesan banjir di Baling kembali ke sekolah esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51657967528_TBabdulazeez.jpg)
Lebih 1,000 murid terkesan banjir di Baling kembali ke sekolah esok
Lebih 1,000 murid daripada 27 buah sekolah di Kupang yang terjejas dalam kejadian banjir dan kepala air pada 4 Julai lalu akan memulakan semula persekolahan esok.
![KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41657805771_TBMAHDZIRKHALID.jpg)
KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina rumah baharu bagi 17 keluarga yang hilang tempat tinggal dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di Kupang, 4 Julai lepas.
![Banjir Baling: Polis terima 627 laporan babitkan kerosakan premis Banjir Baling: Polis terima 627 laporan babitkan kerosakan premis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657202855_RazarudinHusain.jpg)
Banjir Baling: Polis terima 627 laporan babitkan kerosakan premis
Sebanyak 627 laporan diterima pihak polis membabitkan kerosakan premis dan rumah penduduk susulan kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di 12 perkampungan di Kupang, Baling, pada Isnin.
![Isu kuari batu di Gunung Inas, tunggu laporan PTG - Sanusi Isu kuari batu di Gunung Inas, tunggu laporan PTG - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641459455_TBSANUSI.jpg)
Isu kuari batu di Gunung Inas, tunggu laporan PTG - Sanusi
PTG akan menyerahkan laporan berkaitan dan kerajaan negeri bersedia mengambil tindakan sewajarnya tanpa mengabaikan kepentingan penduduk.
![Pecah masuk 10 rumah mewah, lima ahli 'Geng Fizi' ditahan Pecah masuk 10 rumah mewah, lima ahli 'Geng Fizi' ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71601810102_GengFizi.jpg)
Pecah masuk 10 rumah mewah, lima ahli 'Geng Fizi' ditahan
Geng Fizi akhirnya diberkas selepas aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak 14 September lalu.
![Tiga lelaki ditahan, ingkar PKP, positif dadah Tiga lelaki ditahan, ingkar PKP, positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71585891472_DadahPKP.jpg)
Tiga lelaki ditahan, ingkar PKP, positif dadah
Syed Basri berkata, tangkapan pertama yang dibuat sekitar jam 10.45 malam pada Khamis melibatkan suspek yang berusia 21 dan 22 tahun di Jalan Kampung Batu 3, Kuala Ketil.
![Ceroboh rumah, rogol kekasih ketika keluarga sedang tidur Ceroboh rumah, rogol kekasih ketika keluarga sedang tidur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/51436523459_RAPE.jpg)
Ceroboh rumah, rogol kekasih ketika keluarga sedang tidur
Suara bisikan pada waktu awal pagi, di rumah di Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling, membongkar kegiatan tidak bermoral dua pelajar yang terlanjur.
![Gempa 6.2 gegar timur Indonesia Gempa 6.2 gegar timur Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41535451139_TIMURINDONESIA.jpg)
Gempa 6.2 gegar timur Indonesia
Gegaran yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 100 km di tenggara Kupang, ibu negeri wilayah Nusa Tenggara Timur itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemusnahan atau kematian.
![Gudang Azeez bernilai ratusan ribu Gudang Azeez bernilai ratusan ribu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41527112411_TBGUDANGAZEEZRAHIMB.jpg)
Gudang Azeez bernilai ratusan ribu
Difahamkan, setiap barangan yang akan diagihkan kepada penduduk, disimpan di situ.
![Polis tumpas 'Geng Cendol' curi motosikal Polis tumpas 'Geng Cendol' curi motosikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/61439559003_WOMENHANDCUFF.jpg)
Polis tumpas 'Geng Cendol' curi motosikal
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menumpaskan Geng Cendol yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sini.