KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia dijangka melanjutkan waktu operasi kaunter sehingga 10 malam, selama tiga bulan, bermula Rabu.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata ini berikutan permintaan yang tinggi untuk permohonan dan pembaharuan pasport antarabangsa susulan pembukaan semula pintu sempadan negara bermula 1 April lepas.
"Kita menjangkakan kesesakan di pejabat Imigresen dan mungkin akan mengambil sehingga tiga bulan untuk melanjutkan tempoh operasi kaunter," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau dan bertemu pelanggan yang memperbaharui pasport antarabangsa di Kompleks Kementerian Dalam Negeri di sini malam tadi.
Waktu pengoperasian di enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Imigresen dipanjangkan sehingga 10 malam manakala enam lagi dilanjutkan sehingga 6 petang mulai Rabu.
Enam premis yang waktu operasinya dipanjangkan sehingga 10 malam ialah Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka manakala Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Perlis melanjutkan waktu operasi sehingga 6 petang.
Khairul Dzaimee juga berkata pihaknya mempunyai simpanan buku pasport yang mencukupi untuk menghadapi peningkatan permohonan dan pembaharuan pasport antarabangsa.
"Kita mempunyai bekalan pasport sebanyak 1.2 juta dan jumlah ini dianggarkan mencukupi sehingga Jun ini.
"Jumaat lepas, kita mengeluarkan sebanyak 165,449 pasport dan hari ini setakat 7 petang, kita merekodkan 208,607 pasport yang menyaksikan pertambahan lebih 40,000 pasport dikeluarkan dalam tempoh lima hari," katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya membuat permohonan secara dalam talian bagi mempercepat proses permohonan pasport selain mengurangkan kesesakan di kaunter Imigresen.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 11 2022

Khairul Dzaimee berkata, waktu operasi di enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Imigresen dipanjangkan sehingga 10 malam manakala enam lagi dilanjutkan sehingga 6 petang mulai Rabu. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Jabatan Imigresen kenal pasti kewujudan koloni pendatang asing di kawasan flat
Jabatan Imigresen mengenal pasti kawasan perumahan khususnya di flat yang perlu pemantauan kerap dalam usaha membanteras kewujudan koloni pendatang asing.

Cuba lolos pemeriksaan Imigresen, warga asing maut jatuh jejantas
Seorang lelaki warga Sri Lanka maut ketika cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) selepas terjatuh dari jejantas pada Khamis.

Imigresen serbu kilang kitar semula barang elektronik, 49 warga asing ditahan
Jabatan Imigresen (JIM) menahan 49 warga asing dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah kilang barangan kitar semula peralatan elektronik di Kawasan Perindustrian Selat Klang Utara.

'Port' khidmat urutan gadis di Bukit Bintang digempur
Operasi kira-kira jam 9.30 malam itu dijalankan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.

Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.

Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.

Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.

Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.