KUALA LUMPUR:Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seharusnya diberi keutamaan kepada subjek teras bagi mengurangkan stres kepada murid dan guru.
Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia, Anuar Ahmad berkata PdPR yang lebih fleksibel semasa pandemik ini seharusnya mengurangkan bilangan subjek tertentu yang tidak penting bagi mengurangkan stres kepada kedua-dua pihak ini.
"Beberapa negara seperti England telah menggugurkan bilangan mata pelajaran semasa pandemik ini dengan memberi keutamaan kepada subjek yang dianggap teras dan tidak boleh ditinggalkan sahaja.
"Bukan bermaksud subjek lain itu tidak penting tapi buat masa sekarang kita harus ada keutamaan.
"Misalnya subjek Bahasa Melayu dan English adalah subjek teras dan memerlukan masa yang panjang untuk dikuasai, jadi ia tidak boleh digugurkan," katanya ketika ditemu bual secara dalam talian dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk "PdPR 2.0 - Solusi di Luar Kotak" malam tadi.
Pensyarah Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu Dr Abdul Mutalib Embong pula berkata PdPR secara "off-site" di sekolah rendah luar bandar bagi murid miskin perlu ditambah baik dengan sukatan pembelajaran mengikut tahap keupayaan semasa murid bagi memastikan mereka tidak tercicir.
Katanya PDPR secara "off-site" kebanyakan guru akan menyediakan modul sesuatu pelajaran kepada murid namun tiada bimbingan daripada guru berkenaan.
"Ini pula ditambah dengan ibu bapa yang datang daripada golongan kurang bernasib baik dari segi pengetahuan untuk menolong anak-anak mereka. Jadi modul pembelajaran itu boleh direndahkan.
Contohnya walaupun objektif untuk Tahun 3 adalah mengikuti pembelajaran Tahun 3 tidak tercapai tapi saya rasa lebih bermanfaat mereka dibekalkan modul pembelajaran Tahun 2, dan sekiranya ada peningkatan, murid Tahun 3 ini boleh dibekalkan modul yang lebih mencabar atau setarafnya," katanya.
Abdul Mutalib berkata langkah itu penting kerana ramai murid di Tahun 2 dan 3 di sekolah luar bandar masih tidak mampu untuk menguasai asas pembelajaran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira kerana banyak masa mereka tidak berada di sekolah sejak pandemik COVID-19 menular pada tahun lepas.
Pada masa sama Abdul Mutalib turut mencadangkan supaya dilakukan penjadualan semula guru yang mengajar bukan subjek teras seperti guru muzik dan pendidkan jasmani untuk membantu guru lain yang mempunyai ramai murid.
"Kita tidak boleh nafikan satu-satu kelas, guru dibebani dengan 30 hingga 40 murid, jadi apabila PdPR berjalan, guru lagi terbeban apabila murid bertanya soalan dengan masa yang terhad.
"Jadi mungkin sebahagian murid daripada kelas itu dipecahkan kepada kumpulan lain dan dipantau oleh guru lain bukan teras," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021

Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seharusnya diberi keutamaan kepada subjek teras bagi mengurangkan stres kepada murid dan guru. -Gambar fail
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran - Fadhlina
Fadhlina berkata pihak sekolah sememangnya bersedia untuk melaksanakan kaedah PdPR termasuk menyediakan bahan kepada pelajar.

Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.

Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.

Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.

Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.

PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.

Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.

Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.