PENAMPANG: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan, kata Menterinya Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata usaha itu amat signifikan bagi merealisasi Dasar Keusahawanan Negara iaitu menjadikan Malaysia menjadi Negara Keusahawanan Menjelang 2030.
Katanya dasar itu membuka ruang kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan taraf hidup, dan kesinambungan dasar ini mampu menjadikan negara ini berdaya saing di peringkat global.
"Oleh itu, saya berharap agar koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau menjadi salah satu medan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan murid-murid di sekolah ini," katanya ketika merasmikan penutupan Hari Koperasi SMK Tansau Berhad di sini hari ini.
Beliau berkata program tahunan berkenaan amat penting untuk memperkenalkan koperasi kepada warga sekolah dan masyarakat setempat.
"Hal ini amat bertepatan dengan tema sambutan hari koperasi pada hari ini iaitu 'Memupuk Semangat Perpaduan Melalui Aktiviti Keusahawanan Koperasi Sekolah'. Menerusi program seumpama ini juga, kepimpinan dan keterampilan murid dapat digilap.
Kemahiran-kemahiran yang dikuasai ini secara tidak langsung menjadi asas untuk melahirkan pemimpin berwibawa yang bakal mewarisi masa depan negara pada masa hadapan," katanya.
Ewon juga menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan pentadbir dan guru-guru yang telah memberikan komitmen yang jitu dalam memperkasa koperasi di sekolah berkenaan.
"Saya menyaksikan kemeriahan sambutan Hari Koperasi pada hari ini sebagai manifestasi kepada iltizam semua pihak di sekolah ini untuk memajukan koperasi sekolah sekali gus menjana keuntungan seterusnya memberi manfaat kepada sekolah," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata usaha itu amat signifikan bagi merealisasi Dasar Keusahawanan Negara iaitu menjadikan Malaysia menjadi Negara Keusahawanan Menjelang 2030. - Gambar fail/BERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

PM Anwar salur peruntukan khas RM3.17 juta untuk rumah ibadat masyarakat India
Perdana Datuk, Seri Anwar Ibrahim menyalurkan peruntukan khas sebanyak RM3.17 juta bagi pelaksanaan program 90 buah rumah ibadat masyarakat India.

Kuskop terbuka kerjasama dengan institusi tawar latihan sektor tumpuan NIMP 2030
Kuskop terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana institusi pendidikan yang menawarkan kursus kemahiran dan latihan profesional.

LKAN: RM16.73 juta geran PKS tidak dibelanjakan, Kuskop jamin tangani kelemahan
Kuskop memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya sedang dilaksanakan bagi menangani kelemahan yang ditegur serta syor dalam LKAN 2021 berkaitan geran pembangunan program PKS.

Kuskop sokong koperasi sekolah beri peluang murid belajar asas keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyokong usaha koperasi sekolah yang berterusan untuk memberikan peluang kepada murid-murid mengenali asas keusahawanan.

Lima fokus utama Kuskop dalam Belanjawan 2024 - Ewon
Kuskop menggariskan lima fokus utama untuk direalisasikan menerusi Belanjawan 2024 bagi membangun ekonomi mampan dan mewujudkan negara keusahawanan yang unggul.

Kuskop lulus bantuan RM1.54 juta kepada koperasi di Selangor - Noh
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) meluluskan bantuan sebanyak RM1.54 juta kepada 34 koperasi di Selangor setakat 1 Jun tahun ini, menurut menteri berkenaan Tan Sri Noh Omar.

2,356 Sahabat Usahawan AIM di dua negeri terima bantuan banjir
Seramai 2,356 Sahabat Usahawan Amanah Ikhtiar (AIM) bagi Wilayah Selangor dan Kuala Lumpur menerima geran khas Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) berjumlah RM 7,068,000.