LABUAN: Kutipan zakat di tiga Wilayah Persekutuan mencatat sebanyak RM800 juta tahun lepas, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya, meskipun berdepan pandemik COVID-19.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Mohd Nizam Yahya berkata zakat perniagaan menyumbang kutipan tertinggi berbanding zakat pendapatan.
"Ketika pandemik bermula pada awal 2020, kita menjangkakan kutipan zakat akan ada penurunan, namun berlaku sebaliknya.
"Berdasarkan statistik, pada tahun-tahun sebelumnya, peningkatan kutipan zakat adalah pada kadar empat hingga enam peratus, namun tahun lepas peningkatan kutipan begitu ketara," katanya kepada pemberita selepas majlis Malam Apresiasi Media 2021 di sini malam tadi.
Mohd Nizam berkata MAIWP akan menggunakan 80 peratus daripada jumlah RM1.1 bilion peruntukan sedia ada untuk pelbagai skim bantuan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 2022.
Dalam pada itu, Mohd Nizam berkata 'MAIWP Healthcare Clinic' akan diwujudkan di Labuan bagi membantu golongan asnaf menerima rawatan perubatan.
"Buat masa ini kita ada 22 MAIWP Healthcare Clinic di Kuala Lumpur dan Putrajaya dan kita akan lebarkan kemudahan rawatan ini ke Labuan. Kita akan buat perancangan ke arah itu," katanya.
Pada majlis itu, Mohd Nizam turut menzahirkan penghargaan kepada pengamal media di Labuan atas kerjasama dalam pelaporan berita sama ada sebelum dan semasa pandemik COVID-19.
"Banyak program dan skim bantuan MAIWP dilaporkan oleh pengamal media di pelbagai platform, dan ini sekurangnya membantu MAIWP dalam melebarkan lagi skim bantuannya kepada yang layak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021
![Kutipan zakat di tiga Wilayah Persekutuan meningkat 11 peratus Kutipan zakat di tiga Wilayah Persekutuan meningkat 11 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61633939127_MAIWP.jpg)
Dalam pada itu, Mohd Nizam berkata 'MAIWP Healthcare Clinic' akan diwujudkan di Labuan bagi membantu golongan asnaf menerima rawatan perubatan.
53 wilayah Thailand dilanda pencemaran debu halus
53 wilayah di Thailand dilanda pencemaran debu halus tahap berbahaya kepada kesihatan pada pagi Khamis menurut Agensi Pembangunan Teknologi Geo-informatik dan Angkasa (Gistda).
Puteri Thailand anugerahkan kain diraja rekaan sendiri
Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya berkenan menganugerahkan kain diraja "Siriraj Phasthra Phorn" yang direka oleh baginda sendiri kepada penenun dan artisan tempatan.
Galakkan digitalisasi usahawan wanita asia tenggara - Setiausaha Agung ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr. Kao Kim Hourn menggalakkan digitalisasi usahawan wanita di asia tenggara yang sering beri tumpuan kepada isu sosial yang diabaikan usahawan lelaki.
![BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739439422_LeongJunHaoYMar.jpg)
BAMTC: Malaysia tersingkir awal, gagal lepasi peringkat kumpulan
Buat pertama kali sejak Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) diperkenalkan Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan dan layak ke suku akhir.
Timbalan Menteri Luar Malaysia-Indonesia bincang kemajuan dua hala
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin bertemu rakan sejawatnya, Arif Havas Oegroseno bagi membincangkan kemajuan kerjasama dua hala.
Malaysia-Indonesia perkukuh kerjasama pertanian, keterjaminan makanan
Malaysia dan Indonesia berhasrat untuk terus memperkukuhkan kerjasama dua hala serta serantau dalam sektor pertanian dan keterjaminan makanan, menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
Malaysia terus ikhtiar jadikan negara destinasi pelaburan menarik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus mencari iktiar untuk menjadikan negara sebagai destinasi menarik kepada pelabur.
Tarif AS: Indonesia cari cara pelbagaikan pasaran
Risiko pergolakan perdagangan global menjadikan Indonesia mengambil sikap yang terukur, sementara ia terus mencari lebih banyak perjanjian perdagangan dan mengetatkan perlindungan bagi pengeluar tempatan daripada import murah yang dibuang dalam pasarannya.
Minyak sawit: CPOPC ramal pertumbuhan sederhana dalam pengeluaran
Walaupun pengeluaran Indonesia dijangka pulih, faktor seperti hasil yang tidak stabil dan menurun, peningkatan bilangan pokok kelapa sawit tua dan tidak produktif, dan kadar penanaman semula yang rendah berkemungkinan menghasilkan pertumbuhan kecil dalam pengeluaran minyak sawit.
Kem. Ekonomi akan lancar pelan hala tuju gas asli tahun ini – Rafizi
Rafizi berkata ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk merangsang sumbangan gas asli bernilai RM52 bilion kepada pertumbuhan ekonomi menerusi pelan hala tuju itu.
![Segera tunai zakat sebelum tahun berakhir, banyak ganjaran menanti Segera tunai zakat sebelum tahun berakhir, banyak ganjaran menanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735312878_TBppz.jpg)
Segera tunai zakat sebelum tahun berakhir, banyak ganjaran menanti
RM1.03 bilion telah diagihkan MAIWP kepada asnaf di Kuala Lumpur tahun ini, namun jumlah kutipan zakat masih sekitar RM969 juta setakat 26 Disember 2024.
![MAIM agih kutipan zakat RM134 juta kepada lapan golongan asnaf MAIM agih kutipan zakat RM134 juta kepada lapan golongan asnaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735008659_tbAbRaufYusoh.jpg)
MAIM agih kutipan zakat RM134 juta kepada lapan golongan asnaf
MAIM mengagihkan hasil kutipan zakat di bawah Zakat Melaka berjumlah RM134 juta kepada lapan golongan asnaf di negeri itu.
![Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735010510_BITCOIN.jpg)
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
![Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712526101_MohdSukkiOthman.jpg)
Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 10 hingga 12 Sept lepas.
![Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734074550_NaimMokhtar.jpg)
Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.
![FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733534444_FGVPPZMAIWP.jpg)
FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta
Sesi kesembilan program FGV Seikhlas Hati bagi tahun 2024 memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 orang asnaf seluruh negara.
![MAIWP sedia RM5 juta bantu mangsa banjir di seluruh negara - Mohd Na'im MAIWP sedia RM5 juta bantu mangsa banjir di seluruh negara - Mohd Na'im](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724411156_TBNaimMokhtar.jpg)
MAIWP sedia RM5 juta bantu mangsa banjir di seluruh negara - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam di Malaysia untuk segera menunaikan zakat bagi membolehkan bantuan berterusan disalurkan kepada golongan memerlukan.
![MAIPs beri zakat RM5,000 kepada bekas ahli GISB, bantu mulakan hidup baharu MAIPs beri zakat RM5,000 kepada bekas ahli GISB, bantu mulakan hidup baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728054136_MAIPSAsri.jpg)
MAIPs beri zakat RM5,000 kepada bekas ahli GISB, bantu mulakan hidup baharu
MAIPs hari ini memberikan sumbangan zakat RM5,000 kepada seorang bekas ahli GISB sebagai usaha membantu lelaki berkenaan memulakan kehidupan baharu mengikut ajaran Islam sebenar.
![Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727790089_FadillahYusof.jpg)
Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.
![Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727182260_TBISHAR.jpg)
Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari
Bank Rakyat menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) ke-5 tertumpu pada peranan zakat dan isu kontemporarinya dalam kewangan Islam.