PUTRAJAYA: Kutipan keseluruhan zakat Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada tahun lepas meningkat 11 peratus kepada lebih RM1.03 bilion berbanding RM937 juta pada 2022.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata jumlah pembayar zakat pada 2023 juga meningkat sebanyak satu peratus kepada 1.85 juta orang berbanding 1.83 juta orang pada tahun sebelumnya.
Beliau berkata zakat pendapatan menyumbang kutipan tertinggi tahun lepas iaitu 68 peratus atau RM702 juta, diikuti zakat perniagaan sebanyak 16 peratus atau RM165 juta, manakala baki terdiri daripada zakat wang simpanan, zakat harta, fitrah, qada dan lain-lain.
"Saluran bayaran melalui potongan gaji menjadi pilihan utama pembayar yang telah menyumbang 50 peratus daripada keseluruhan kutipan iaitu sebanyak RM519 juta," katanya dalam sidang media Pengumuman Prestasi Kutipan dan Agihan Zakat Wilayah Persekutuan Bagi Tahun 2023 di sini hari ini.
Pada sidang media yang turut dihadiri Pengerusi MAIWP Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan Pengerusi PPZ-MAIWP Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman, Mohd Na'im berkata saluran kaunter PPZ-MAIWP pula mengutip sebanyak RM175 juta, portal PPZ-MAIWP merekodkan RM132 juta dan kutipan daripada ejen mencecah RM61 juta.
Setakat Disember tahun lepas, beliau berkata MAIWP telah mengagihkan RM952.27 juta dana zakat kepada lapan golongan asnaf melalui pelbagai program dan inisiatif termasuk skim bantuan zakat, al-Wakalah, institusi pendidikan dan kebajikan, prasarana umat Islam, perbelanjaan penyelenggaraan prasarana dan amil.
Mohd Na'im berkata antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat ialah strategi pemasaran dan promosi berterusan yang dilaksanakan PPZ-MAIWP berjaya menarik minat dan memupuk kesedaran berzakat kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Selain itu, kepelbagaian saluran bayaran dan Dasar Pengembalian Semula Wang Zakat telah berjaya menarik minat pembayar baharu dan pembayar sedia ada untuk mengekalkan dan menambah bayaran zakat, katanya.
Mohd Na'im berkata kutipan wakaf tunai bagi 2023 turut meningkat sebanyak 162 peratus kepada RM6.64 juta dengan jumlah pewakaf sebanyak 14,635 orang berbanding RM2.53 juta pada tahun sebelumnya.
Daripada jumlah itu, RM4.5 juta adalah melalui kutipan wakaf khas dan bakinya RM2.1 juta menerusi kutipan wakaf am, katanya.
Saluran yang menjadi pilihan pembayar wakaf adalah melalui kaunter PPZ iaitu sebanyak 33 peratus atau RM2.1 juta, manakala melalui ejen yang dilantik ialah RM1.3 juta, tabung masjid RM1.1 juta, dan selebihnya melalui kaunter kelompok, portal PPZ, potongan gaji dan saluran lain, katanya.
Mohd Na'im berkata pada tahun ini, MAIWP menyasarkan keseluruhan kutipan zakat dan wakaf tunai sebanyak RM1.12 bilion dengan jumlah bilangan pembayar 1.96 juta orang.
Sementara itu, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP Datuk Mohd Nizam Yahya berkata MAIWP telah menaikkan kadar bantuan barangan keperluan asasi daripada RM150 kepada RM300 sebulan berkuat kuasa bulan ini.
"Bantuan barangan keperluan asasi yang disalurkan menerusi aplikasi dompet elektronik ketua keluarga, merupakan bantuan tambahan kepada wang tunai yang diterima mereka.
"Kami menganggarkan lebih 30,000 keluarga yang akan mendapat manfaat daripada bantuan keperluan barangan asasi ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024

Mohd Na'im berkata jumlah pembayar zakat pada 2023 juga meningkat sebanyak satu peratus kepada 1.85 juta orang berbanding 1.83 juta orang pada tahun sebelumnya. -Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MAIM agih kutipan zakat RM134 juta kepada lapan golongan asnaf
MAIM mengagihkan hasil kutipan zakat di bawah Zakat Melaka berjumlah RM134 juta kepada lapan golongan asnaf di negeri itu.

MAINS kutip RM67 juta zakat pada separuh pertama 2024
Secara keseluruhan, RM98 juta telah diagihkan kepada asnaf, melibatkan rekod kutipan zakat yang terkumpul setakat ini.

Sejumlah RM500 juta disalur kepada golongan asnaf setakat Julai - Mohd Na'im
Sejumlah RM500 juta telah disalurkan kepada sekitar 27,000 golongan asnaf dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Astro Radio anjur program korban bersama jenama Siti Khadijah
Astro Radio menganjurkan program Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah bersama empat stesen radio popular termasuk Era, Zayan, Gegar dan Sinar pada Rabu.

Kutipan zakat Melaka meningkat 4.94 peratus kepada RM66.9 juta
Prestasi kutipan zakat di Melaka meliputi zakat harta dan zakat fitrah merekodkan peningkatan sebanyak 4.94 peratus kepada RM66.9 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 16 Mei tahun ini.

Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.

Lebih banyak syarikat swasta, NGO perlu kerjasama dengan anjur program kebajikan - Nancy
Lebih banyak syarikat swasta dan NGO tempatan perlu tampil untuk bekerjasama dalam menggerakkan program kebajikan di bawah Yayasan Kebajikan Negara.

Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta
Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

MAINJ peruntuk RM7 juta baik pulih rumah asnaf
MAINJ akan membaik pulih 280 rumah di Johor tahun ini dengan peruntukan RM7 juta.

Karnival MAIWP 2024: 'Perkasa peranan dalam membela kebajikan golongan memerlukan'
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutan (MAIWP) menganjurkan karnival MAIWP 2024 bersempena sambutan Jubli Emas penubuhannya pada 1 Februari 1974 dengan 100 buah reruai dan pelbagai aktiviti disediakan.