LABUAN: Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) merancang untuk mengkaji semula dasar-dasar yang telah menjejaskan keistimewaan dan menghakis sedikit sebanyak status bebas cukai Labuan.
Menterinya Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah itu penting bagi memastikan kemakmuran dan kegemilangan Labuan sebagai pulau bebas cukai yang mesti dilawati seperti sebelum ini dapat dikembalikan semula.
"Labuan tidak mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dijadikan ikon pelancongan menarik, tetapi status bebas cukainya boleh tonjolkan Labuan sebagai destinasi menarik untuk dikunjungi.
"Untuk merealisasikan matlamat ini, ada dasar-dasar yang kita harus kaji semula yang memungkinkan status bebas cukai Labuan terhakis dan tidak ada keistimewaannya lagi," katanya kepada ahli-ahli Persatuan Penggiat Media Labuan semasa menerima kunjungan hormat mereka di pejabatnya di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur baru-baru ini.
Shahidan berkata KWP mahu Labuan kembali sebagai destinasi membeli-belah terkenal di rantau ini dengan barangan pengguna berjenama terdapat di pulau ini pada harga yang murah.
"Kita mahu ini dapat direalisasikan, dasar-dasar yang menghalang matlamat ini akan dikaji dan diperbetulkan.
"Untuk Labuan kembali sebagai destinasi membeli-belah dengan harga barangan yang murah, kita harus memastikan penghantaran kargo terus ke Labuan dan tidak melalui pelabuhan lain," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, pelbagai projek dan program turut dirancang untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung, sekali gus meningkatkan semula ekonomi Labuan.
"Kemudahan dan pembangunan infrastruktur harus juga diutamakan dalam kita berusaha menarik pengunjung," katanya.
Seramai 13 orang pengamal media dari Labuan mengikuti lawatan itu yang terdiri daripada wartawan dan jurukamera Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), RTM Labuan, Jabatan Penerangan, portal berita tempatan Borneo Bulletin, Sea Hua Daily News, Daily Express, Sabah360 Online, Asia Times serta pegawai Jabatan Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi Strategik, Perbadanan Labuan.
Sebelum itu, rombongan media Labuan itu berkesempatan berkunjung ke Pulau Langkawi untuk lawatan ke tapak geopark Kilim Geoforest Park.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 01 2021
![KWP rancang kaji semula dasar 'hakis' status pulau bebas cukai Labuan - Shahidan KWP rancang kaji semula dasar 'hakis' status pulau bebas cukai Labuan - Shahidan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71619674681_ShahidanKassim.jpg)
SHAHIDAN: Langkah itu penting bagi memastikan kemakmuran dan kegemilangan Labuan sebagai pulau bebas cukai dapat dikembalikan semula. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716827749_LogoSESB.jpg)
Sabah Electrity beri rebat RM10.2 juta kepada pengguna di Sabah, Labuan
Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberikan rebat berjumlah RM10.2 juta kepada 687,031 pengguna elektrik yang berdaftar di Sabah dan Labuan tahun ini.
![Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030 Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733672031_ZalihaMustafa.jpg)
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Labuan akan melancarkan Pelan Tindakan Pelancongan 2025 yang bertujuan meningaktkan sektor pelancongan dalam tempoh lima tahun akan datang.
![MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734846685_TBhujan.jpg)
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sabah dan Labuan hari ini.
![Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734510985_LimHuiYing.jpg)
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
![KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733722480_kpdnselewengdies.jpg)
KPDN Labuan gagalkan cubaan seleweng 500 liter diesel bersubsidi
KPDN Labuan menggagalkan cubaan menyeleweng 500 liter diesel bersubsidi menerusi Ops Tiris 3.0 - Kita Gempur Ahad lepas.
![Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733672031_ZalihaMustafa.jpg)
Tahun pertama galas tanggungjawab terhadap Labuan satu pencapaian produktif - Dr Zaliha
Dr Zaliha sifatkan tahun pertama beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan sebagai satu pencapaian yang produktif.
![RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731792779_LimHuiYing.jpg)
RM32.917 juta peruntukan untuk projek pembangunan di Labuan tahun depan
Ia termasuk projek menaik taraf Jambatan Patau-Patau 1, pembinaan sel pelupusan sisa sanitari dan penambahbaikan loji rawatan air larut resap.
![Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731158516_AnthonyLoke.jpg)
Kementerian Pengangkutan utama penambahbaikan di Labuan
Kementerian Pengangkutan (MoT) komited untuk memajukan kemudahan pelabuhan Labuan agar ia menjadi pelabuhan yang berdaya saing, mengukuhkan peranannya sebagai pintu masuk ekonomi di pulau itu.
![Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61730881003_RajaZarithSofiah.jpg)
Raja Permaisuri Agong akhiri lawatan rasmi ke Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mengakhiri lawatan rasmi sulung selama dua hari ke Labuan hari ini.
![Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730802637_TBRAJAZARITH.jpg)
Raja Zarith Sofiah berkenan melawat Kolej Matrikulasi Labuan
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengunjungi Kolej Matrikulasi Labuan hari ini bersempena dengan lawatan sulung ke Labuan.