KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan GoGet Malaysia bekerjasama untuk melindungi kewangan dan menyediakan komuniti pekerja gig yang turut dikenali sebagai 'GoGetters' semasa persaraan mereka, melalui pelancaran program simpanan bersepadu.
GoGet, aplikasi kerja atas permintaan akan menjadi yang pertama di Malaysia untuk memasukkan ciri caruman KWSP dalam platformnya yang bersepadu dan boleh disesuaikan sebagai antara usaha menggalakkan GoGetters menyumbang kepada simpanan persaraan melalui program caruman sukarela seperti i-Saraan dan caruman sendiri.
Dalam kenyataan bersama hari ini, mereka berkata pekerja gig yang mempunyai akaun KWSP sedia ada hanya perlu memberi kebenaran untuk menyertai program ini dan menetapkan kadar caruman mereka.
Katanya bonus yang diterima GoGetters daripada GoGet akan turut menjadi sebahagian daripada pendapatan yang dicarumkan kepada KWSP.
GoGetters yang bekerja secara sambilan dengan majikan formal atau mereka yang berumur 55 tahun ke atas, turut digalakkan menyumbang melalui program caruman sendiri, yang terbuka kepada semua individu yang boleh menyumbang pada bila-bila masa sehingga maksimum RM60,000 setahun.
Ciri ini sangat fleksibel berikutan GoGetters dapat melaraskan kadar sumbangan mereka atau menarik diri daripada program itu pada bila-bila masa.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata GoGetters memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi, namun akan memberikan kesan buruk kepada sosioekonomi dalam masa terdekat sekiranya mereka dibiarkan tanpa jaringan keselamatan sosial untuk persaraan.
"Pandemik COVID-19 telah banyak mengubah landskap kerja dan kami melihat peningkatan mendadak bilangan individu yang bekerja sendiri di Malaysia.
"Bagi sesetengah orang, bekerja sendiri boleh menjadi laluan kerjaya yang menarik. Namun, ia tidak disertakan dengan pelan persaraan yang tersendiri. Di sinilah peranan KWSP menjadi penting kerana kami mahu mereka mendapat sokongan pelan persaraan rasmi untuk jaminan persaraan mereka," katanya.
CEO GoGet Francesca Chia berkata, GoGetters akan mendapat manfaat daripada kuasa pengkompaunan dividen dengan memulakan simpanan awal dan konsisten walaupun melibatkan jumlah yang kecil.
Sebagai contoh, individu yang menyimpan RM50 sebulan selama 30 tahun akan dapat mengumpulkan simpanan sebanyak RM47,000 selepas 30 tahun atau lebih dua kali ganda jumlah caruman mereka sebanyak RM18,000.
"Jika GoGetters menjimatkan RM140 sebulan, mereka akan dapat memaksimumkan insentif i-Saraan dan mengumpulkan RM131,000 di sebalik RM50,400 jumlah caruman dalam masa 30 tahun," kata Chia.
Pada September 2021, KWSP telah menandatangani MoU dengan Grab Malaysia untuk tujuan yang sama.
Pada masa ini, lebih separuh daripada tenaga buruh Malaysia tidak dilindungi untuk jaminan pendapatan persaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022

GoGet akan menjadi yang pertama di Malaysia untuk memasukkan ciri caruman KWSP dalam platformnya yang bersepadu.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.

Dua lelaki termasuk warga emas didakwa edar 275 kg dadah
Dua lelaki termasuk seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bentong atas pertuduhan mengedar 275.19 kilogram dadah.
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.

Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig perlu ambil kira aspek perundangan, implikasi kewangan - Kesuma
Aspek perundangan merangkumi akta baharu, mekanisme kilanan dan implikasi kewangan antara perkara yang perlu diambil kira dalam kerangka penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig demi menjaga kebajikan golong

Suruhanjaya Pekerja Gig: KESUMA terajui jawatankuasa pelbagai kementerian, pihak berkepentingan
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan menerajui sebuah jawatankuasa pelbagai kementerian dan pihak berkepentingan bagi merealisasikan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig.

Penubuhan suruhanjaya pastikan pekerja gig dapat manfaat seperti pekerja formal
Dengan itu, pekerja ekonomi gig dapat memperbaiki status sebagai pekerja tidak formal bagi membolehkan mereka mencarum dengan Perkeso.

PM Anwar setuju wujudkan suruhanjaya untuk lindungi pekerja gig
Salah satu peranan utama suruhanjaya berkenaan adalah untuk melindungi hak pekerja gig, terutamanya dalam kalangan anak muda.

Peruntukan besar kepada usahawan rancakkan pembangunan PMKS - Ewon
Peruntukan pembiayaan yang besar oleh kerajaan kepada komuniti usahawan diyakini akan merancakkan lagi pembangunan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di negara ini.

Belanjawan 2024: Gandakan usaha bawa pekerja gig sertai skim simpanan persaraan arus perdana - Pakar ekonomi
Ini disebabkan oleh peningkatan kos sara hidup dan ancaman daripada penipu kewangan, yang boleh menjejaskan kebajikan jangka panjang pekerja gig.

Perkeso perkenal Standard Malaysia berkait keselamatan jalan raya bagi pekerja gig
Ia ke arah mencapai sasaran kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya seiring dengan perkembangan ekonomi digital dan pekerja gig.

Pekerja gig: Kerajaan peruntuk RM42 juta untuk Program Bina Kerjaya
Pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang lebih progresif perlu dilaksanakan dalam era ekonomi global yang sentiasa berubah dan mencabar.

Ada keperluan kaji kadar upah p-hailing - Pakar ekonomi
Satu perkara lagi yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan adalah berkenaan perlindungan sosial kepada pekerja-pekerja gig di negara ini.

KWSP, GoGet perkenal program simpanan persaraan bersepadu untuk pekerja gig
Pekerja gig yang mempunyai akaun KWSP sedia ada hanya perlu memberi kebenaran untuk menyertai program ini dan menetapkan kadar caruman mereka.