LANGKAWI: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam usaha menjadikan Langkawi sebagai projek rintis gelembung pelancongan kepada pelawat luar negara.
Ketua Pegawai Eksekutif LADA Nasaruddin Abdul Muttalib berkata SOP berkenaan akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Antara cadangan SOP yang kita kemukakan kepada kerajaan adalah pelancong luar negara wajib melakukan ujian pengesanan RT-PCR COVID-19, iaitu 72 jam sebelum penerbangan dan setibanya di Langkawi terus ke tempat penginapan dan sekali lagi lakukan ujian saringan RT-PCR. Ini bagi mengelakkan kesesakan di lapangan terbang. Sekiranya positif mereka perlu dikuarantin di hotel tersebut.
"Selain itu, sekiranya mereka (pelancong luar negara) telah menetap lebih daripada tiga hari, boleh dibenarkan mengunjungi destinasi lain dalam negara ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program kembara media anjuran Kementerian Pendidikan (KPM) dan Jabatan Penerangan di sini semalam.
Baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara berkata kementerian itu mencadangkan kepada MKN supaya projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi, dibuka kepada pengunjung dari beberapa negara luar sebagai langkah membolehkan Malaysia mengembangkan ekonomi yang terjejas susulan pandemik COVID-19.
BACA: MOTAC cadang buka Langkawi kepada pelancong luar
Menurut Nasaruddin LADA menyambut baik cadangan kerajaan dan bersedia untuk menawarkan Langkawi sebagai destinasi projek rintis berkenaan kepada pelancong luar negara.
"Langkawi boleh dijadikan sebagai projek rintis gelembung pelancongan untuk pelancong asing di Malaysia dan semua orang perlu mematuhi segala SOP serta disiplin kawalan kendiri bagi memastikan penularan COVID-19 tidak berlaku," katanya.
Mengulas mengenai kedatangan pelancong dalam negara apabila rentas negeri dibenarkan sejak 11 Okt lepas, Nasaruddin berkata beliau menjangkakan seramai 100,000 pelawat akan berkunjung ke Langkawi sepanjang Oktober ini.
Katanya dalam tempoh dua minggu pertama pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi sejak 16 Sept, seramai 30,000 pelawat disasarkan mengunjungi Langkawi namun, pulau peranginan ini telah menerima 38,784 pengunjung.
"Namun, pada awal Oktober sasaran adalah 60,000 pengunjung tetapi setakat pertengahan Oktober, jumlah pengunjung sudah pun menjejas 51,400 orang," katanya menambah ia dijangka terus meningkat sehingga penghujung Oktober lebih-lebih lagi kebenaran rentas negeri diberikan kerajaan.
"Kejayaan ini bukan sahaja diukur dari segi jumlah kedatangan pelancong ke Langkawi tetapi ia lebih bermakna apabila tidak berlakunya kes mendadak jangkitan COVID-19 terhadap penduduk tempatan dan pengunjung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 15 2021

LADA menyambut baik cadangan kerajaan dan sedia menawarkan Langkawi sebagai destinasi projek rintis gelembung pelancongan kepada pelawat luar negara. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pulau Langkawi catat kunjungan 200,000 pelancong sebulan - LADA
LADA berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran 2.5 juta kemasukan pelancong ke Langkawi menjelang akhir tahun ini.

LADA yakin sasaran 2.5 juta pengunjung ke Langkawi tercapai
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yakin sasaran yang ditetapkan bagi kemasukan pengunjung ke Langkawi pada tahun 2022 iaitu sebanyak 2.5 juta orang mampu dicapai.

LADA kemukakan cadangan SOP kemasukan pelancong luar negara
SOP berkenaan akan dimuktamadkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).